Bekas Pakar Analisis JDT, Haydee Agras Sertai Kejurulatihan Brentford Di EPL

Selepas meninggalkan JDT pada pertengahan tahun 2022, ramai tertanya-tanya destinasi terbaru bekas penganalisis pasukan Haydee Agras. Hantaran terbarunya di Instagram mendedahkan dia kini bersama pasukan EPL, Brentford. Sebelum menerima tawaran Bees, Haydee sempat menjadi pengulas jemputan perlawanan La Liga untuk radio Cadena Ser pada Ogos tahun lepas. Dia dijemput bagi memberi analisis dari segi taktikal […]
Bekas Pemain JDT Anggap Bakat Arif Aiman Layak Berada Di Eropah

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Armin Maier menganggap bahawa bakat yang dimiliki oleh pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi berkualiti tinggi dan mampu terbang sehingga ke Eropah. Pemain kacukan Singapura, Malaysia dan Jerman ini pernah berkelana bersama beberapa kelab di Eropah tidak menyembunyikan hasrat untuk beraksi bersama Malaysia suatu hari nanti. Malah, dalam satu […]
Insiden Terjahan Keras Ke Atas Safawi Rasid Mengerikan

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mengalami kecederaan serius ketika pertemuan menentang Lamphun Warrior hari ini. Kapten Harimau Malaya itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang lawan yang berada di tangga ke-14 Liga Thai itu. Beliau membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan sepasukan di JDT, Mossaa Sidibe dan hampir menjaringkan gol pembukaan perlawanan. Tandukan […]
Info Siaran Langsung Lamphun Warrior vs Ratchaburi | Thai League 1

Aksi minggu ke-17 menyaksikan pertembungan antara pasukan Lamphun Warrior FC berdepan dengan Ratchaburi FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mae Guang menyaksikan pasukan tuan rumah berhasrat untuk emperbaiki kedudukan dalam liga apabila terpelosok di tangga ke-14 Liga 1 Thailand ketika ini. Pasukan pelawat, Ratchaburi FC yang dibarisi pemain sensasi Malaysia, Safawi Rasid nyata mahu memberikan […]
JDT Dinobatkan Kelab Ke-15 Terbaik Asia Oleh IFFHS

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada kedudukan ke-15 kelab terbaik di Asia bagi tahun 2022. Peningkatan mendadak yang direkodkan oleh skuad Harimau Selatan ini bertitik tolak daripada aksi cemerlang yang ditampilkan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lalu. Ini susulan pengumuman daripada Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa […]
Syihan Hazmi Lulus Cemerlang Ujian Pertama Lawan Kelab Eropah

Penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi melakukan penampilan yang cukup cemerlang ketika pasukannya menewaskan PFC Levski Sofia semalam. Bekas penjaga gawang Negeri Sembilan ini melakukan penampilan pertama bersama skuad Harimau Selatan musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu diturunkan dalam aksi yang bertahan hanya selama 54 minit ini selepas beberapa insiden […]
Levski Sofia Tak Mengaku Salah

Kelab Liga Bulgaria, PFC Levski Sofia tidak mengaku salah susulan pertemuan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu aksi pra-musim semalam. Perlawanan tersebut mencuri tumpuan apabila ia dihentikan seawal minit ke-57 selepas berlakunya insiden kekasaran melibatkan kedua-dua pasukan. Situasi yang terjadi itu menyebabkan perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Harimau Selatan […]
Info Siaran Langsung Levski vs JDT | Pra-Musim 2023

Aksi yang melibatkan pertembungan juara bertahan Liga Super, JDT bakal melayan kunjungan gergasi Liga Bulgaria, Levski di Stadium Sevens malam ini. Anak didik Tano Solari sudah pasti mahu menebus kehampaan pada aksi pertama selepas tewas 0-2 kepada wakil Rusia, FC Rostov. Skuad Harimau Selatan sudah tentu mahu mmeberikan yang terbaik di samping menguji muka baharu […]
Khairy Jamaluddin Bakal Dilantik Sebagai CEO JDT Pada Masa Hadapan

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahaqa Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin bakal dilantik selaku Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) JDT. Menerusi satu kenyataan oleh TMJ menerusi laman Instagram rasminya, beliau dilihat memberi penghargaan yang cukup besar kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini. […]
Sentuhan Bekas Bintang JDT, Pereyra Diaz Menjadi-Jadi Di India

Bekas import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz mempamerkan aksi yang cukup luar biasa dalam saingan Liga Super India musim ini. Pemain kelahiran Argentina ini sudah dua musim berkelana di India apabila sebelum ini beraksi buat Kerala Blasters. Walau bagaimanapun, beliau tidak berupaya mencipta sesuatu apabila mereka menamatkan saingan India Super League dikedudukan ke-2 […]
Bakal Bertemu JDT, Zenit Bagi ‘Amaran’ Awal

Pasukan gergasi Rusia, Zenit St Petersburg memberi amaran awal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan aksi persahabatan pra musim di Dubai. Pasukan yang sedang mendahului Liga Russia ini sedang mempersiapkan pasukan menjelang separuh musim kedua dalam memastikan kedudukan teratas liga kekal hingga penghujung musim. Pasukan yang terkenal dengan jolokan Zenitchiki ini bagaimanapun memberi petanda […]
Izham Tarmizi Zahir Penghargaan Kepada TMJ

Selepas lapan tahun bersama JDT, Izham Tarmizi Roslan kini bersama skuad Sri Pahang. Dan ia diharap dapat menjadi pencetus kebangkitan untuk kelab yang dibimbing Fandi Ahmad itu sebagai pencabar liga musim ini. Izham merupakan sebahagian daripada kuartet JDT yang menyertai Tok Gajah musim ini. Izham, Azrif Nasrulhaq dan Syazwan Andik menyertai kelab secara pinjaman dengan […]
Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]
Piala Sumbangsih: JDT & Terengganu Berentap Di Stadium Sultan Ibrahim

Juara Liga Super Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim bakal memulakan kempen Liga Malaysia bertemu dengan Naib Juara Liga Super 2022, Terengganu FC. Finalis Piala Malaysia 2022 itu sekali lagi akan berentap dalam memburu gelaran juara Piala Sumbangsih. Musim lepas, JDT berjaya menyandang gelaran tersebut apabila menundukkan pasukan KL City dengan keputusan 3-0. Tahun ini Terengganu […]
Tano Solari Puas Hati Aksi JDT Berdepan Jaguh Russia

Semalam, JDT turun buat kali pertama untuk aksi pra-musim menentang FC Rostov. Walaupun tewas 2-0 kepada kelab Liga Perdana Rusia itu, jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan anak-anak buahnya. Perlawanan semalam menyaksikan Solari menguji semua pemain termasuk trio Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri. Tetapi pasukan gergasi […]
Tano Solari: JDT Ada Standard Yang Tinggi

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengakui bahawa pasukannya memiliki standard yang tinggi dalam pentas bola sepak. Pengendali kelahiran Argentina itu baru sahaja tiba bagi mengisi jawatan daripada Hector Bidoglio yang kini bergelar Pengarah Teknikal. Dalam satu kenyataan, jurulatih muda berusia 44 tahun itu berpuas hati dengan persiapan pasukan selama dua minggu […]