Kemajuan Arif Aiman Dianggap Cukup Menakjubkan

Pemain muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi terus mencuri tumpuan selepas menampilkan aksi yang cukup cemerlang dalam perlawanan pertama saingan Liga Malaysia 2023. Arif berjaya membantu JDT meraih kemenangan bergaya 2-0 mengatasi Terengganu sekaligus mengesahkan trofi Piala Sumbangsih kekal di bumi Johor. Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof dalam rancangan Nindia Bola di Astro Arena […]

JDT Naik Taraf Gimnasium Dengan Proinertial

Selepas mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa bagi menambahbaik kemudahan gimnasium mereka beberapa minggu lepas, hasil kerjasama yang ditunggu-tunggu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tiba. Ini selepas JDT memuatnaik gambar-gambar terbaru gimnasium mereka yang dilengkapi pelbagai peralatan moden yang disediakan oleh Proinertial. Dengan pelbagai peralatan terkini yang disediakan Proinertial, ia bukan saja membantu aspek […]

Bintang JDT, De Paula Sah Beraksi Di Liga M3 Bersama Melaka

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Guilherme De Paula bakal membuat penampilannya bersama Melaka dalam saingan Liga M3 musim ini. Perkara ini dikongsikan oleh Melaka United Media yang membuat hantaran di lama Facebook mengenai senarai 25 pemain Melaka FC. Beliau difahamkan menyertai Melaka secara pinjaman. De Paula antara tiga penyerang Melaka FC yang disenaraikan berserta Mohammad Fakhrul […]

Tano Solari Tak Mahu Arif Aiman Berhenti Asah Bakatnya

Kehebatan bintang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi semakin terserlah termasuk dalam Perlawanan Sumbangsih semalam. Atas sebab itu juga, jurulatih JDT, Esteban Solari mahu anak buahnya itu terus berusaha mengasah bakatnya untuk sampai ke peringkat lebih tinggi. Arif meraih satu bantuan gol apabila hantarannya mudah disempurnakan Bergson da Silva untuk gol kedua tuan […]

‘Adisak Tak Membantu Rakan Sepasukannya’ – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharunya, Adisak Kraisorn. Beliau melihat Adisak tidak membantu rakan sepasukannya sekaligus menyebabkan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mendominasi permainan. Oleh sebab itu, penyerang Thailand itu dikeluarkan pada separuh masa kedua dan menggantikan dengan pemain muda, Syafik Ismail. “Pada separuh masa […]

Shahrul Nizam Tak Sangka Jadi Kapten Terengganu

Pemain pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni mengakui tidak menyangka bahawa akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan bagi musim 2023 ini. Beliau optimis mampu menggalas tugas tersebut meskipun baru berusia 25 tahun. “Saya tidak pernah terfikir yang saya akan dipilih sebagai kapten. Saya tidak dilahirkan di Terengganu, dan saya tak sangka di usia saya ketika ini […]

Legenda Argentina Tak Dapat Hadir, Julio Cesar Bakal Serikan Aksi JDT

Ramai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa apabila legenda Argentina, Javier Zanetti tidak dapat hadir ke Perlawanan Sumbangsih esok. Tetapi seorang lagi legenda Inter Milan dijangka hadir esok iaitu bekas penjaga gol kebangsaan Brazil, Julio Cesar. Zanetti yang kini merupakan naib presiden Nerazzurri memohon maaf tidak dapat hadir ke perlawanan esok disebabkan perlu memenuhi komitmen […]

JDT Bakal Pertaruhkan Pemain Muda Di Piala Malaysia

Walaupun dibarisi pemain-pemain ternama seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Jordi Amat, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menekankan pembangunan pemain-pemain muda. Dan itu diharap dapat direalisasikan menerusi penglibatan pemain-pemain ini dalam Piala Malaysia. Hal ini mahu direalisasikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk musim ini. Ini kerana […]

JDT Terima Kunjungan Exco Belia Dan Sukan Pulau Pinang

Kisah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai sebuah kelab gergasi bola sepak menarik perhatian ramai. Justeru, ini mendorong Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee mengadakan lawatan ke kelab berkenaan bagi mengetahui rahsia kejayaan Harimau Selatan. Turut sama mengikuti lawatan berkenaan ialah delegasi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Stadium […]

TMJ Sasar Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara AFC

Selepas melakar kejayaan merangkul empat piala pada musim lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak mahu berhenti setakat di situ saja. Sebaliknya, baginda berharap Johor Darul Ta’zim lebih cemerlang musim ini termasuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Sebelum ini, JDT sudah menunjukkan keupayaan bersaing di pentas ACL. […]

Video Pelancaran Jersi JDT Catat Lebih 1 Juta Tontonan

Seperti sesetengah pasukan Liga Super lain, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menggunakan medium video untuk memperkenalkan jersi baru mereka untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023. Tetapi tiada siapa menyangka video pelancaran jersi mereka mencatat lebih sejuta tontonan di media sosial. Menurut pengurusan kelab, rekod tontonan tersebut merupakan yang paling tinggi pernah dicatatkan jika dibandingkan […]

“JDT Kelab Sukan Terbaik Di Malaysia” – Khairy Jamaluddin

JDT terus menambahbaik struktur pengurusannya dengan membawa masuk Khairy Jamaluddin sebagai ahli lembaga pengarah mereka semalam. Melihat kesungguhan kelab itu memburu kecemerlangan dalam dan luar padang, beliau tidak teragak-agak melabel Harimau Selatan sebagai kelab terbaik di Malaysia. Kenyataan ini dibuat semasa bertugas buat kali pertama sebagai penyampai radio Hot FM semalam. Khairy atau mesra disapa […]

TMJ: Ingat Projek Baharu Yang Saya Beritahu Awak

Selepas lama tidak beraksi selepas mengalami kecederaan lutut, akhirnya Syamer Kutty Abba dapat menjalani semula latihan bersama JDT. Semua ini takkan berlaku bantuan dan sokongan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengurusan pasukan. Atas sebab itu, bekas pemain tengah Penang itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya mengharungi proses pemulihan kecederaan […]

Kedai Barangan Rasmi JDT Bakal Diperkenalkan Di Stadium Sultan Ibrahim

Kedai Barangan Rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kini dalam peringkat terakhir pembinaan sekaligus bakal diperkenalkan kepada para penyokong tidak lama lagi. Usaha yang dilakukan ini dilihat bagi mengeratkan lagi hubungan antara kelab dan juga penyokong yang setia memberikan sokongan. Kedai ini merupakan sebahagian daripada fanzone di Stadium Sultan Ibrahim […]

Liridon Krasniqi Sertai Pra-Musim Terengganu Di Bangkok?

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi dilihat bersama skuad Terengganu di Bangkok, Thailand. Perkara itu dikongsikan di Twitter @11Terengganu, kelibat Liridon terlihat sedang makan semeja dengan salah seorang pemain import, Argzim Redzovic. Pemain berusia 31 tahun itu pada bulan lalu baru sahaja meninggalkan kelabnya, Khon Kaen United dan pada ketika itu beliau masih lagi sebagai status […]

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Digunakan Harimau Malaya Seawal Mac Ini?

Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini. Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim. Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih […]