Tano Solari: JDT Kena Beradaptasi Dengan Taktik Membuang Masa Lawan

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan Piala FA dengan mengalahkan PDRM 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi pada babak kedua, JDT dihampakan dengan taktik ‘roadblock’ pelawat termasuk kerap membuang masa – satu perkara yang menjengkelkan jurulatih mereka, Esteban Solari. Bukan sekali ancaman serangan JDT berjaya dipatahkan barisan pertahanan The Cops yang […]

Piala FA: JDT Mara Ke Suku Akhir, Mudah Tewaskan PDRM

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati status sebagai pasukan pilihan dengan mara ke suku akhir Piala FA. Ini selepas mereka berjaya mengatasi PDRM 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Sebaik sepak mula, Harimau Selatan mula mengasak dan memperoleh gol pertama menerusi Bergson da Silva pada minit ketiga. Sembilan minit selepas itu, derita The Cops semakin […]

Skuad Futsal JDT Dilengkapi Penjejak GPS Oliver

Dengan saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 bakal bersambung tidak lama lagi, pasukan-pasukan mula mempergiat persiapan mereka. Bagi pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka bertuah kerana mendapat kelengkapan latihan baru iaitu alat penjejak GPS jenama Oliver. Dengan menggunakan alat itu, ini bukan saja membantu jurulatih Harimau Selatan, Juan Antonio Miguel Garcia memantau sesi […]

PDRM Akui Tak Selesa Bertemu JDT

Perlawanan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah sesuatu yang dinantikan PDRM. Hal ini turut diakui oleh jurulatih The Cops, Azzmi Aziz bahawa pihak lawan berada pada satu tahap berbeza dan mereka boleh saja menjadi mangsa belasahan seperti beberapa pasukan sebelum ini. Selain perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang JDT esok, Sang Saka […]

Dari FC Setia Alam Ke JDT, Nazrul Aqeef Sertai Akademi Harimau Selatan

Selain merekrut pemain-pemain ternama, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga menunjukkan kesungguhan melahirkan bakat-bakat baru seperti Arif Aiman Hanapi dan Feroz Baharudin. Buktinya, JDT berjaya menarik pemain FC Setia Alam, Nazrul Aqeef Hairudin menyertai akademi Harimau Selatan. Hal ini dikongsikan oleh pengurus pasukan berkenaan, Shazwan Wong di Twitter dan kelab di Instagram. Nazrul dikatakan memenuhi profil […]

Liga Super: JDT Belasah Kedah Tanpa Belas Kasihan

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Super 2023 apabila skuad Harimau Selatan mencatat lapan kemenangan berturut-turut dalam saingan liga selepas menundukkan pasukan Kedah Darul Aman hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT mencatat kemenangan bergaya menewaskan Kedah Darul Aman, 6-0. Babak separuh masa pertama bermula dengan […]

TMJ: Bermain Di Luar Negara Tidak Semestinya Bagus

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pemain Malaysia mencuba nasib bermain di luar negara. Tetapi bagi Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, realitinya tidak seindah seperti yang disangka. Dari satu segi, ia bagus kerana membantu pemain mengutip pengalaman baru dan meningkatkan kemahiran mereka di liga baru. Tetapi menurut baginda, perlu […]

TMJ Akan Tampil Jawab Khabar Angin Perpindahan Arif Aiman

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan tampil menjawab segala desas desus dan khabar angin tentang berita perpindahan bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi. Dalam hantaran terbaru JDT di laman Johor Southern Tigers, DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor akan ditemu bual mengenai beberapa perkara berkait rapat dengan […]

Lim Teong Kim Buat Arif Aiman Marah

Seperti diramal, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan dengan membelasah Perak 5-0 di Stadium Perak hari ini. Tetapi apa yang menarik perhatian penonton ialah pertengkaran antara jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi. Insiden ini berlaku sekitar minit ke-74. Dengan bola terkeluar dari permainan, Arif Aiman […]

Liga Super: JDT Jinakkan Perak 5-0

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Perak menentang gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh menyaksikan skuad kendalian Lim Teong Kim terpaksa akur apabila tewas dilaman sendiri. Seawal minit kelima permainan, JDT mendahului perlawanan apabila kesilapan dilakukan benteng pertahanan Perak, Hasnul Zaim yang tertampan masuk bola […]

Pemain JDT Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Dengan situasi banjir di Johor terutama di Batu Pahat mula reda, pelbagai bantuan terus dihulur bagi membantu mangsa banjir yang terjejas. Terbaru, pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan kunjungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sri Medan, Batu Pahat hari ini. Kunjungan pemain-pemain ini turut disertai oleh kumpulan sukarelawan Boys of Straits, Yayasan JDT dan […]

Kelantan Terima Tajaan Khas Hino Ke SSI

Pihak Pengurusan TRW Kelantan mengumumkan telah menerima tajaan khas daripada Hino Malaysia bagi pengangkutan skuad Kijang Emas untuk ke Johor.  Skuad Kelantan akan ke Stadium Sultan Ibrahim bagi mengharungi saingan Liga Super 2023 menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Sebelum ini, pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman membuat hantaran menerusi laman Facebooknya untuk mencari penaja yang […]

Aksi Berani Sikh Izhan Terima Pujian Penyokong JDT & Negeri Sembilan

Kecemerlangan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel dalam aksi ketiga Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim telah mendapat pujian penyokong. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi itu menyaksikan JDT menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 7-0. Bagaimanapun, kecekapan yang ditampilkan penjaga gol berusia 20 tahun itu mendapat perhatian rata-rata peminat bola […]

“Saya Hanya Bercakap Benar” – Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan kental KL City, Giancarlo Gallifuoco menyifatkan kekalahan ke atas Johor Darul Ta’zim semalam oleh kerana kesilapan daripada individu sendiri.  Beliau akui selepas jaringan sendiri oleh penyerang KL City, Romel Morales antara punca utama moral pasukan mula jatuh dan tiada arah.  Semuanya nampak sempurna di awal permainan, KL City menunjukkan kualiti bertahan yang tinggi. Namun, […]

Endrick Dos Santos Mahu Pikat Hati Kim Pan-gon

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya kelak. Beliau kini berpotensi untuk berada dalam skuad Kim Pan-gon selepas secara sah bergelar pemain naturalisasi pada tahun 2023. Pemain berusia 27 tahun ini menzahirkan rasa gembira dan teruja setelah didaftarkan sebagai pemain tempatan. Sememangnya beliau akui perlu berusaha […]

Liga Super: JDT Tenang Atasi KL City

Aksi kedua Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari menundukkan The City Boys dengan keputusan 3-0. Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang agak basah. Peluang terbaik buat KL City […]