TMJ Beri Bayangan Falcao Bakal Sertai JDT

Musim ini, banyak pasukan gerun dengan jentera serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) terutama selepas menyumbat 37 gol dalam sembilan perlawanan Liga Super. Dan hari ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim memberi bayangan bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao bakal menyertai Harimau Selatan. Dalam satu ciapan baginda di Twitter, baginda hanya […]
TMJ Terima Kunjungan Racing City Group

Dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat domestik dan antarabangsa, tidak hairanlah ramai pihak mahu bekerjasama dengan pasukan berkenaan. Hari ini, pemilik pasukan merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan dua pengasas Racing City Group (RCG), Naser Al Tamimi dan Morris Pagniello. Kunjungan Naser dan Pagniello ini […]
Pengurusan Profesional Stadium JDT Terus Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

Sejak digunakan secara rasmi sebagai stadium Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2020, pengurusan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) terus mendapat pengiktirafan. Terbaru, SSI telah menerima jemputan sebagai ahli Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) (VMA). VMA ialah sebuah organisasi mewakili industri venue profesional dari Australia, New Zealand dan benua Asia. Terdapat 900 ahli persatuan tersebut di […]
TMJ Tidak Akan Berhenti Menyuarakan Isu Bola Sepak Malaysia

Susulan ucapan Aidilfitri Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam Nadi Weekend dua hari lepas, ada penyokong menyangka baginda tidak lagi akan lantang bersuara tentang isu bola sepak. Hakikatnya, baginda akan terus bersuara demi menjaga kepentingan bola sepak Malaysia. Baginda menyifatkan ucapannya itu sebagai meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri dan permulaan […]
Statistik Buktikan JDT Sukar Dicabar

Selepas sembilan perlawanan Liga Super, ramai penyokong dan pemerhati bola sepak mula menilai prestasi setiap pasukan yang bertanding. Dan ramai pihak termasuk duo pengacara Gol Per 90, Keesh Sundaresan dan Lee Chun Hang berpandangan Johor Darul Ta’zim (JDT) sukar dicabar sebagai pendahulu liga ketika ini. Keesh yang turut dikenali sebagai Mat Stats berpandangan hal itu […]
Jordi Amat Puji Mentaliti Pemain Di JDT

Sejak sembilan tahun lepas, Johor Darul Ta’zim mengungguli kejuaraan Liga Super dan pelbagai trofi domestik termasuk Piala Malaysia. Dan bagi kapten dan bek tengah naturalisasi Indonesia, Jordi Amat, ia disumbang oleh mentaliti kemenangan yang menakjubkan pasukan berkenaan. Mengakui bukan senang untuk mengekalkan mentaliti kemenangan dalam pasukan, bekas bek tengah Swansea itu pada masa sama melihat […]
Kelantan Bersedia Wujudkan Kerjasama Dengan JDT

Susulan pertemuan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada 17 April lalu, ada berspekulasi beberapa pemain JDT bakal menyertai Kelantan secara pinjaman. Hari ini, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan berkenaan. Zamsaham mendedahkan pertemuan yang diadakan di Kelab Polo Diraja Johor itu bertujuan […]
Esteban Solari Puji Kekentalan Pertahanan PDRM

Kemenangan 1-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PDRM semalam dilihat kemenangan berharga bagi melebarkan lagi kelebihan mereka sebagai pendahulu liga. Di sebalik semua itu, jurulatih JDT, Esteban Solari turut memuji usaha pertahanan mantap yang dipamerkan lawan mereka di Stadium MBPJ. Biarpun menurunkan penjaga gol muda, Hakeem Hamidun, The Cops bermati-matian mempertahankan gawang mereka. Malah, […]
Jawapan Stuart Ramalingam Berkenaan Isu Bakar Suar Dalam Stadium

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam melihat tindakan penyokong membakar suar mungkin menghasilkan suasana yang hebat di stadium. Tetapi disebabkan ini berkait dengan isu keselamatan dan tatatertib, beliau menyerahkan hal berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Isu pembakaran suar kembali hangat susulan tindakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membakar suar […]
Statistik PDRM vs JDT ‘Menggerunkan’

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium MBPJ. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai penyokong ialah statistik percubaan ke arah gol yang dibuat pasukan pelawat terhadap Sang Saka Biru. Berdasarkan statistik, JDT melakukan 12 percubaan dengan sembilan daripadanya tepat ke arah gol. Bagaimanapun, hanya satu yang berjaya diterjemah […]
Debut Cemerlang Hakeem Hamidun Sekat Amukan JDT

Penampilan pertama penjaga gol PDRM, Hakeem Hamidun dalam kancah Liga Super Malaysia mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan. Beliau buktikan kemampuan sebenar apabila diberi kepercayaan oleh pengendali PDRM, Azzmi Aziz untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang pendahulu Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim. Pada babak pertama perlawanan, Hakeem bertindak cemerlang mengawal kubu Sang […]
Liga Super: JDT Menang Tipis Atasi PDRM

Aksi Liga Super LS9 hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan PDRM dan Johor Darul Ta’zim (JDT). PDRM turun sebagai tuan rumah melayan kunjungan JDT di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan. Harimau Selatan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan 82% penguasaan bola sementara PDRM hanya mencatat 18% penguasaan bola. […]
Moral PDRM Pada Tahap Tertinggi Hadapi Serangan JDT

Menjelang aksi Liga Super PDRM menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini, jurulatih PDRM, Azzmi Aziz sedar pasukannya bakal berdepan tugas sukar. Tetapi dengan moral pasukan masih berada pada tahap tinggi, beliau percaya pasukannya mampu mencipta kejutan ke atas JDT malam ini. Ini merupakan kali kedua dua pasukan ini bertemu selepas perlawanan pusingan 16 pasukan […]
Kemenangan Kedah Ke Atas JDT Berakhir Dengan Pergaduhan

Kedah Darul Aman FC B telah mengejutkan pasukan pelawat Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dengan keputusan 2-1 dalam saingan Piala MFL di Stadium Darul Aman semalam. Penyerang import dari Ghana, Ebenezer Assifuah menjadi wira buat Kedah apabila meledak kedua-dua gol buat Kedah manakala gol saguhati JDT dijaringkan oleh pemain muda berbakat besar mereka, Aysar […]
JDT Catat Rekod Kehadiran Tertinggi Sejak Tahun 2015

Bersesuaian dengan status sebagai pasukan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menarik ramai penyokong datang ke stadium. Dan sejak tahun 2015, JDT merekodkan kehadiran penyokong tertinggi di stadium tertinggi di Malaysia. Rekod ini bukan saja dicatatkan di gelanggang baru Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim. Malah, dari tahun 2015 hingga 2019, ia […]
James Okwuosa Bantu PDRM Tidak Jadi Mangsa Belasahan JDT

Ramai tidak akan berpuas hati dengan taktik ‘roadbloack’ yang digunakan PDRM terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA semalam. Tetapi itu semua tidak akan terjadi tanpa sumbangan besar bek tengah import mereka, James Okwuosa. Walaupun secara tidak langsung menyumbang kepada gol ketiga JDT, secara keseluruhannya, bek tengah Nigeria itu […]