TMJ Pantau Padang Stadium Sultan Ibrahim SebelumBerdepan Sri Pahang

Menjelang aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang malam ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pasti mengharapkan rekod 100% JDT terus bertahan. Dan bagi meningkatkan peluang tersebut, baginda turun padang memantau kualiti padang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini. Perkara ini turut […]

Kelab Malaysia Diletakkan Di Tahap 2 Saingan AFC

Bermula musim 2024-2025, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal memperkenalkan tiga tahap pertandingan AFC berbanding dua ketika ini iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC. Dan bermula pada musim berkenaan, Malaysia hanya mempunyai satu slot ACL dan satu slot Piala AFC. Perubahan ini sudah dijangka sejak AFC mengumumkan perubahan format pertandingan mereka pada tahun […]

Corbin-Ong Disenarai Pendek Pertahanan Kiri Terbaik ACL 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas termasuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Dan terkini, bek kiri Harimau Malaya dan JDT, La’Vere Corbin-Ong disenarai pendek sebagai bek kiri terbaik ACL musim 2022. Selain Corbin-Ong, tiga lagi pemain yang tersenarai ialah Kim Jin-su (Jeonbuk Hyundai Motors), Mohammed Al […]

Piala MFL: Skuad Muda Penang ‘Titik’ JDT

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) II mengejar Kedah B dalam Kumpulan A Piala MFL tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Mariano Echeverria tewas 3-2 kepada Penang di Stadium Bandaraya, Georgetown. Dengan sebahagian pemain JDT II yang baru pulang dari tugasan Sukan SEA 2023, pemain-pemain ini pastinya mahu melupakan kekecewaan gagal mencapai sasaran asal […]

Zainal Abidin Mahu Kelab Di Malaysia ‘Tiru’ JDT

Selepas mencatat satu lagi kemenangan dalam perlawanan ke-11 Liga Super hari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan sukar ditandingi oleh mana-mana pasukan. Dan disebabkan penanda aras yang ditetapkan mereka begitu tinggi, bekas jurulatih Penang, Datuk Zainal Abidin Hassan mahu melihat kelab-kelab di Malaysia mencontohi kelab gergasi selatan tanah air itu. Hal ini kerana JDT dilihat […]

TMJ Beri Dua Cadangan Bangunkan Bakat Muda Malaysia

Semua sedia maklum skuad B-22 negara gagal layak ke peringkat akhir Sukan SEA 2023 seperti yang disasarkan. Kegagalan ini turut mendedahkan kepincangan program pembangunan muda negara – sesuatu yang mahu diatasi oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Dalam Sukan SEA 2023, ramai dapat melihat jurang perbezaan […]

Ketajaman Penyudah Bintang JDT Sukar Digugat

Ketika ini, tiada pasukan dalam Liga Super yang mampu menggugat Johor Darul Ta’zim (JDT). Dengan rekod 43 gol dan 30 mata dalam 10 perlawanan, ia disumbang oleh ketajaman barisan penyerang berstatus bintang mereka. Ini berdasarkan pengamatan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri. Beliau merasakan ia merupakan sebahagian daripada falsafah pasukan yang diterapkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), […]

Penyertaan Akademi JDT Dapat Sambutan Luar Biasa

Disebabkan statusnya sebagai entiti sukan yang profesional dan cekap, nama Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa meniti di bibir para penyokong. Disebabkan hal ini juga, bilangan individu yang mahu menyertai Akademi JDT baru-baru ini mencatatkan peningkatan yang luar biasa. Hal ini turut disedari oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards. Beliau percaya ia ada kaitan […]

Malaysia Mampu Menandingi Bahrain & Jordan

Semalam, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E Piala Asia 2023 bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Bagi bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof, beliau melihat kumpulan tersebut seimbang kerana percaya dengan kemampuan Harimau Malaya mengatasi dua pasukan Timur Tengah itu. Di atas kertas, ketiga-tiga pasukan memiliki kedudukan ranking FIFA dan Asia yang lebih baik berbanding pasukan kebangsaan. […]

Jordi Amat Tak Pernah Jumpa Pemilik Seperti TMJ

Dengan pengalaman beraksi di banyak kelab, Jordi Amat pastinya sudah biasa dengan ragam pengurusan termasuk pemilik kelab. Dan atas sebab itulah, kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berpandangan pemilik pasukan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sebagai seorang figura yang unik dan sentiasa mengambil berat terhadap pasukan. Amat berpandangan sedemikian kerana […]

Matthew Davies Optimis Dengan Kudrat JDT Di ACL

Biarpun selesa bergelar pendahulu Liga Super ketika ini, matlamat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023 ialah tampil lebih cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL). Dan bagi pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies, beliau percaya matlamat tersebut boleh direalisasikan. Saingan ACL musim lepas dianggap paling cemerlang untuk skuad Harimau Selatan. Selain mengungguli saingan di peringkat kumpulan, […]

Jordi Amat Anggap Pengalaman ‘Ratah’ Manchester United Amat Berharga

Sebelum beraksi dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat beraksi dengan banyak pasukan Eropah termasuk Swansea City. Justeru, tidak hairanlah salah satu memori paling berharga bagi Amat ialah membantu Swansea mengalahkan Manchester United sebanyak dua kali pada 2014 dan 2015. Ia satu memori indah kerana jika dibandingkan United dengan The Swans, mereka merupakan pasukan bukan […]

JDT Dijangka Tandatangani Kontrak Baharu Dengan Nike

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa berusaha memperkukuh pasukan miliknya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, baginda mengesahkan Harimau Selatan bakal memperbaharui kontrak penajaan dengan pengeluar barangan sukan yang terkenal, Nike. Keputusan ini didedahkan dalam satu ciapan baginda di akaun Twitter rasminya hari ini. Ini dilihat mampu memperkukuh kedudukan […]

JDT Bakal Anjur Kejohanan Akademi Antarabangsa

Di Malaysia, terdapat tiga pertandingan bola sepak untuk akar umbi iaitu Piala MFL (bawah 23 tahun), Piala Presiden (B-20) dan Piala Belia (B-19). Begitupun, tiada pertandingan khusus untuk pemain berstatus B-13 hingga B-18 – sesuatu yang mahu diubah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards berhasrat menganjurkan satu pertandingan […]

TMJ Arahkan Semua Padang JDT Dinaik Taraf

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa mengambil berat semua aspek pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi membantu mereka cemerlang di atas padang. Dan atas sebab itu hari ini, baginda mengarahkan semua padang milik Harimau Selatan dinaik taraf. Keputusan ini dibuat selepas meninjau keadaan padang JDT termasuk di pusat latihan dan […]

TMJ Setuju Tangguh Terima Hadiah Kemenangan Liga Super

Susulan pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa Malaysian Football League (MFL) berhutang wang kemenangan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, ramai ingin tahu apa yang berlaku. Hari ini, MFL menerusi Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan menjawab persoalan berkenaan. Menurut Ab Ghani, hutang yang dimaksudkan […]