JDT Bakal Bina Stadium Mini Baru

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus berusaha membuat penambahbaikan kepada pasukan terutama dari segi infrastruktur. Terbaru, Harimau Selatan merancang untuk membina sebuah stadium mini baru di Iskandar Puteri bagi menggantikan Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah (SMTUTA). Pengumuman ini dibuat JDT FC menerusi laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Pembinaan stadium mini baru […]
Corbin Ong Kongsi ‘Petua’ Kekal Dominan Di Kelab & Harimau Malaya

Semua sedia maklum ketika ini, La’Vere Corbin Ong merupakan bek kiri utama untuk Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Tetapi tidak ramai tahu, sikap rendah diri yang diamalkannya membantu beliau kekal dominan di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan. Sikap itu amat membantu lebih-lebih lagi ramai rakan sepasukan di JDT FC dan Harimau Malaya […]
JDT FC Mudah Atasi Cabaran Albirex Niigata

Biarpun perlawanan menentang Albirex Niigata Singapura hanya perlawanan persahabatan kelab, ia dipandang serius oleh jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Esteban Solari. Ini dibuktikan apabila mereka membelasah Albirex 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Walaupun ramai pemain JDT FC dipanggil menyertai skuad kebangsaan masing-masing, Solari masih berupaya menurunkan kesebelasan utama yang kuat menentang White […]
Bergson & Leandro Velasquez Dahului Undian Gol Terbaik Akhir ACL 2022

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2022 menyaksikan banyak gol cantik dijaringkan. Dan untuk undian Gol Terbaik Akhir ACL 2022, undian ketika ini diterajui oleh duo Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Leandro Velasquez dan Bergson da Silva. Leandro mendahului undian dengan 63% menerusi sepakan percuma cantik dari jarak 30 kaki semasa menentang Ulsan Hyundai FC. […]
“Saya Kekal Di JDT” – Safawi Rasid

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid tampil menafikan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini. Beliau menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya bakal berpindah ke salah sebuah kelab Liga Super yang berpangkalan di Pantai Timur. Kata Safawi, beliau akan terus kekal bersama kem Harimau Selatan. “Ya sebenarnya selepas ini saya akan terus kekal di JDT. Saya […]
JDT FC Buat Penambahbaikan Pada Akademi

Biarpun menunjukkan prestasi cemerlang dalam Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sentiasa memastikan kecemerlangan itu selari dengan kemajuan di luar padang. Salah satu daripadanya ialah membuat penambahbaikan ke atas akademi Harimau Selatan. Penambahbaikan di sini ialah penambahbaikan pada bahagian dapur Pusat Latihan Junior JDT di Padang Mawar. Ini bagi memastikan para pemain […]
Sri Pahang FC Sasarkan Seorang Lagi Pemain JDT

Dengan jendela perpindahan kedua Liga Super dibuka awal bulan hadapan, kebanyakan pasukan sudah mula merancang strategi membawa masuk muka baharu bagi memperkuatkan pasukan. Sri Pahang FC juga tidak ketinggalan. Difahamkan, Sri Pahang semakin hampir untuk membawa seorang lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman. Pemain yang dimaksudkan adalah pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid […]
Piala MFL: Skuad Muda JDT FC Robohkan ‘Roadblock’ PDRM FC

Ramai menjangkakan skuad muda PDRM FC pasukan yang liat disebabkan taktik ‘roadblock’ mereka. Tetapi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II berupaya merobohkan taktik berkenaan dengan melakar kemenangan 3-0 ke atas pelawat di Stadium Pasir Gudang. Biarpun The Cops dibarisi dua pemain import iaitu Jacque Faye dan Nnabuike Chijioke Chukwu, Harimau Selatan II langsung tidak gentar. […]
Safee Sali: Cerita Terengganu FC & JDT FC Berbeza Jika Ada VAR

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC meraih kemenangan ke-14 dalam liga dengan membenam Terengganu FC 3-1 semalam. Tetapi bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, keputusan perlawanan mungkin saja berbeza sekiranya Harimau Selatan dipaksa beraksi dengan 10 orang pemain. Beliau merujuk kepada satu insiden kekasaran membabitkan pemain gantian Peteh, Ivan Mamut dan bek tengah JDT FC, […]
JDT FC Bakal Berentap Dengan Albirex Niigata FC Di Stadium Sultan Ibrahim

Dengan Liga Super bakal berehat seketika bagi memberi ruang kepada kalendar antarabangsa FIFA bulan Jun, banyak pasukan dijangka akan tampil lebih mantap pada pusingan kedua liga. Justeru, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC tidak ketinggalan menerima jemputan aksi persahabatan antarabangsa dengan Albirex Niigata Singapore FC. Perkara ini diumumkan sendiri oleh White Swans dalam laman sesawang rasmi […]
Liga Super: JDT Tiada Masalah Tewaskan Penang Kali Kedua

Perlawanan Liga Super minggu ke-13 menyaksikan pertembungan diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC yang berkesudahan dengan jaringan 2-0. Permainan bermula rancak apabila kedua-buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. JDT tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi bek kiri, Corbin Ong dengan sepakan ‘half-volley’ menerjah ke gawang gol pada minit ke-18 permainan. […]
Bergson & Leandro Velasquez Mendahului Undian Gol Terbaik ACL 2022

Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 menyaksikan banyak gol menarik dijaringkan pada musim lepas. Dan ketika ini, berdasarkan undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), duo Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Leandro Velasquez dan Bergson da Silva jauh mendahului pemain-pemain lain. Selain gol Velasquez dan Bergson, kategori gol terbaik ACL 2022 turut menyenaraikan nama […]
Stadium Sultan Ibrahim Dipilih Sebagai Venue Perlawanan Akhir Piala FA

Dengan Piala FA 2023 kini memasuki pusingan separuh akhir, ramai ingin tahu venue aksi final kejohanan itu. Hari ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue aksi final pada 22 Julai 2023. Pemilihan SSI dibuat selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan yang membuat bidaan hak tuan rumah aksi final […]
Piala FA: JDT Tundukkan Penang, Jumpa Selangor Di Separuh Akhir

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir Piala FA 2023. Ini selepas anak-anak buah Esteban Solari membelasah Penang 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini. Seperti beberapa pasukan yang bertandang ke SSI sebelum ini, jurulatih Penang, Manzoor Azwira Abdul Wahid memilih pendekatan bertahan. Justeru, tidak hairanlah, sebaik […]
Safee Sali Ada Pesanan Khas Kepada Lawan JDT

Selepas 12 perlawanan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. Biarpun pasukan yang dibimbing Esteban Solari itu sukar ditandingi, bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan JDT boleh saja tewas sekiranya kelab-kelab lain menerapkan dua aspek ini dalam pasukan mereka. Dua aspek tersebut ialah menganalisis segala kelemahan dalam pertemuan sebelumnya […]
Liga Super: JDT Kekal Rekod Kebal Tewaskan Sri Pahang

Dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang merupakan dua pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super musim ini, ramai menjangkakan perlawanan hari ini sebagai sukar. Dan itu yang terpaksa dilalui Harimau Selatan sebelum berjaya mengalahkan skuad Tok Gajah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Dalam sidang media Sri Pahang yang lepas, jurulatih Sri Pahang, […]