Delegasi ITF Lawat Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dikenali ramai sebagai stadium keramat pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Dan disebabkan ia mesra orang kelainan upaya (OKU), ia turut menjadi pilihan lawatan delegasi Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) beberapa hari lepas. Pada 5 Julai lalu, pengurusan JDT FC mengalu-alukan lawatan delegasi ITF yang diatur Tourism Johor ke […]

Skuad Muda JDT Tewas Mengejut Kepada Negeri Sembilan

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC III memulakan kempen Kumpulan E Piala Presiden dengan langkah kanan terbantut hari ini. Ini selepas anak-anak buah Gonzalo Sanz Zaballos dikejutkan Negeri Sembilan FC 2-1 di Stadium Mini Tampin. Biarpun beraksi sebagai pasukan pelawat, JDT FC III terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Haiqal Khairuddin pada minit ketujuh. Tersentak, […]

Syihan Hazmi Kongsikan Rutin ‘Ritual’ Dalam Padang

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi berkongsikan amalan yang menjadi rutinnya sebelum memulakan sesuatu perlawanan bola sepak. Pemain berusia 27 tahun itu menggalas tugas selaku benteng terakhir pasukan Harimau Selatan sejak berpindah dari Negeri Sembilan musim ini. Ketangkasan anak jati kelahiran Kelantan ini sering menjadi bualan peminat yang menyaksikan gawang gol […]

FAM Denda JDT

Bukan sekali penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menyalakan suar bagi meraikan kejayaan pasukan mereka. Tetapi disebabkan perkara ini juga, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mendenda JDT FC sebanyak RM120,000. Denda tersebut dikenakan selepas penyokong Harimau Selatan menyalakan suar dalam dua perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC. Sementara satu […]

Pemain Bintang Baharu Bakal Sertai JDT?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menolak kemungkinan bakal membawa masuk pemain import baharu pada jendela perpindahan kali ini. Menerusi satu kenyataan oleh Astro Arena, pengendali Harimau Selatan, Tano Solari memberi bayangan bahawa pasukannya akan diperkuatkan dengan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua ini. JDT ketika ini terus gah memimpin saingan liga […]

Safiq Rahim Buktikan Dirinya Masih Berbisa

Safiq Rahim yang kini menginjak usia 36 tahun membuktikan dirinya masih berbisa apabila turut menyumbang gol dalam kemenangan besar JDT ke atas KL City tempoh hari. Hari ini (5 Julai), Safiq Rahim rasminya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36. Pemain tengah veteran ini hanya bermain sebanyak 36 minit buat JDT musim ini dan diturunkan dalam […]

KL City ‘Simpan Kuku’ Berdepan JDT Di Final

Pada Isnin lepas, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus dominan di puncak Liga Super dengan membelasah KL City FC 6-1. Tetapi bagi bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, beliau percaya ini bukan gambaran sebenar aksi final Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan pada 22 Julai ini. Ini kerana pasukan yang dibimbing Bojan Hodak itu mempunyai corak permainan […]

Tano Solari: Penting Untuk Terus Kekal Tanpa Bolos

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC melakar kemenangan besar 6-1 ke atas KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Tetapi gawang Harimau Selatan dibolosi menerusi gol tunggal pelawat oleh Matko Zirdum – satu perkara yang mahu dielak oleh jurulatih mereka, Tano Solari. Dengan gol tersebut, ini menjadikan City Boys pasukan ketiga dalam liga yang […]

Pengukuhan Liga Malaysia Hasilkan Skuad Harimau Malaya Berkualiti

Dalam beberapa tahun ini, kualiti Harimau Malaya semakin bertambah baik lebih-lebih lagi di bawah bimbingan jurulatih Kim Pan-gon. Bagaimanapun, bagi memastikan kualiti pasukan terjaga, pengukuhan Liga Malaysia (Liga M) perlu dibuat dari semasa ke semasa. Perkara ini dinyatakan oleh bekas jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan. Ini kerana beliau melihat apabila kualiti yang […]

JDT v KL City: Harimau Selatan Mengaum Di SSI

JDT terus mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas kempen Liga Super 2023 setelah cemerlang mengatasi KL City dengan keputusan 6-1. Rentak kemenangan tanpa seri dan tewas diteruskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi ke-15 saingan Liga Super hari ini. Empat jaringan Harimau Selatan menerusi hatrik penyerang import JDT, Diogo Luis Santo dan pemain sayap berbakat, […]

Radamel Falcao Sambung Kontrak Bersama Rayo Vallecano?

Hasrat untuk melihat penyerang Colombia, Radamel Falcao beraksi di Liga Malaysia dilihat samar apabila beliau dijangka menyambung kontraknya bersama Rayo Vallecano. Pemain yang sering dikaitkan ke JDT ini telah hadir dan melawat fasiliti kelab Johor Darul Ta’zim baru-baru ini. Bagaimanapun hingga kini masih belum ada kenyataan rasmi atau kata putus berkaitan perpindahan penyerang berusia 37 […]

Bojan Hodak: Kemajuan Arif Aiman Untungkan Malaysia

Sejak kebelakangan ini, Arif Aiman Hanapi terus memperaga kualitinya sebagai pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) FC yang digeruni. Bagi pengendali KL City FC, Bojan Hodak, kualiti yang ditunjukkan Arif musim ini menguntungkan negara untuk jangka masa panjang. Selepas menyumbat empat gol dalam kemenangan besar 10-0 Malaysia ke atas Papua New Guinea, beliau menyumbat hatrik […]

Bojan Hodak Mahu Ulang Taktikal Julang Piala Malaysia Bertemu JDT

Dengan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC layak ke final Piala FA, ramai ingin tahu kejutan taktikal yang bakal ditonjolkan pengendali City Boys, Bojan Hodak. Bagi pengendali Croatia itu, beliau hanya perlu mengulangi rancangan taktikal yang membantu mereka menjulang Piala Malaysia pada 2021. Hodak mengakui sekiranya mereka bermain secara terbuka seperti yang […]

Arif Aiman Tak Sangka Jadi Idola Kanak-Kanak

Pelbagai pencapaian yang dilakar Arif Aiman Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menjadikannya pemain muda negara yang berjaya ketika ini. Tetapi pemain sayap berusia 21 tahun itu tidak menyangka dirinya menjadi idola kepada ramai penyokong termasuk kanak-kanak. Selain menggondol pelbagai trofi di peringkat kelab, Arif Aiman juga turut meraih pelbagai pencapaian di peringkat individu. […]

Bergson: Jangkaan Terhadap JDT Sentiasa Tinggi

Dengan status masih belum kalah dalam Liga Super setakat ini, ramai meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sebagai pasukan pilihan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini. Bagi penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva, jangkaan tinggi sebegini sudah dijangka. Ini kerana dengan kejayaan Harimau Selatan menggondol empat kejuaraan musim lepas, pastinya ada yang mahu […]

Selangor Rancang Menyerang Bertemu JDT

Dengan rekod 100% dalam liga dan 54 gol setakat ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC satu pencabar sukar buat Selangor FC di pentas separuh akhir Piala FA. Tetapi tatkala sesetengah pasukan memilih untuk bertahan bila berdepan Harimau Selatan, Red Giants pula memilih sebaliknya. Menurut jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui jentera serangan JDT […]