Mohamadou Sumareh Buktikan Dirinya Masih Berbisa

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh membuktikan dirinya masih berbisa apabila kembali meledak buat JDT dalam aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Singapura pada Sabtu. Pada aksi tersebut, Sumareh telah meledak satu gol pada minit ke-90 perlawanan sekali gus menghadiahkan kemenangan mutlak 3-0 buat JDT di Kallang Football Hub. Dua lagi jaringan JDT telah […]
Skuad Muda JDT Uji Kekuatan Kelab Jepun, Tokyo Verdy

Kelab Jepun, Tokyo Verdy bakal menjadi lawan buat skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu kejohanan di Singapura. JDT bawah 15 telah dijemput bagi menyertai Lion City Cup 2024 pada awal Oktober hadapan bersama-sama tiga lagi pasukan iaitu Tokyo Verdy, BG Pathum dan juga Singapura B-15. Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama pasukan muda […]
JDT ‘Takluk’ Malaysia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka adalah kuasa terbesar dalam saingan Liga Malaysia sejak tahun 2014 lagi. Mana tidaknya, pelbagai kejuaraan berjaya diraih selepas JDT dipimpin dengan jayanya oleh individu bersemangat waja iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dalam satu muatnaik terkini di laman Instagram, Official Johor, pihak kelab telah menyenaraikan kesemua trofi […]
Malaysia Futsal Cup: Laluan Getir Menanti Selangor

Laluan berliku menanti Selangor menjelang saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 tidak lama lagi. Enam pasukan terbaik dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 dan dua pemenang aksi play-off melengkapkan lapan pasukan yang akan bersaing bagi merebut kejuaraan MFC ini. Sesi undian yang dijalankan pada Isnin menyaksikan juara MPFL, JDT dan naib juara Selangor […]
Senarai 8 Pasukan Ke Malaysia Futsal Cup

Lapan pasukan sah bakal berentap dalam saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024. Lapan pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Pahang Rangers FC, Shah Alam City, Sabah, Gombak TOT United, KL City FC dan Kedah. JDT, Selangor, Pahang Rangers, Sabah, Shah Alam City dan Gombak TOT United layak selepas menduduki enam […]
JDT Belanja Jutaan Ringgit Demi Penyerang Baharu?

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dikesan berbelanja jutaan ringgit demi membawa masuk penyerang baharu pasukan tersebut, Jorge Obregon. Obregon yang berusia 27 tahun telah diperkenalkan secara rasmi oleh JDT melalui pengumuman di laman sosial rasmi kelab tersebut pada Ahad. Sebelum ini, telah tersebar khabar angin bahawa kemasukan Obregon ke JDT adalah menerusi proses […]
Tarikh Aksi Singapura vs JDT Terjawab

Tarikh aksi antara skuad kebangsaan Singapura dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) akhirnya didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Sebelum ini, wartawan sukan The Straits Times, Deepanraj Ganesan mendedahkan dua lawan yang bakal dihadapi The Lions untuk kalendar antarabangsa September ialah BG Tampines Rovers dan JDT. Ini disusuli dengan tiga aksi persahabatan dengan […]
JDT Belasah Skuad Muda Lion City 5-1

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) Bawah 15 Tahun (B-15) terus memperkukuh kedudukan di persada Singapore Youth League (SYL) dengan membelasah Lion City Sailors 5-1. Skuad muda The Sailors berharap dapat mencalarkan rekod kemenangan 100% yang dimiliki pasukan itu dalam Divisyen 1 B-15. Malangnya, apa yang dihajati pasukan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, Harimau […]
Syihan Hazmi Buktikan Keputusannya 3 Tahun Lalu Tepat

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Syihan Hazmi membuktikan bahawa keputusan yang dibuat pada tiga tahun lalu adalah satu keputusan yang tepat. Pada tahun 2021, Syihan yang pada ketika itu mewakili pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) hanya diturunkan tiga kali sahaja bagi musim 2021. Syihan terpaksa bersaing dengan penjaga […]
Pemain JDT & Selangor Ketuai Cabaran Ke Kelayakan Piala Asia B-20

Pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC membentuk teras pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) yang akan bersaing di pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya […]
Celoteh Peminat Cilik Selangor Berborak Dengan Arif Aiman Buat Netizen Pecah Perut

Telatah seorang peminat cilik Selangor yang berborak bersama bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman mengundang gelak tawa orang ramai. Satu segmen yang dikendalikan oleh stesen radio, Hot FM, telah menjemput seorang peminat cilik Selangor bernama Sadha ke konti untuk berborak bersama-sama pemain JDT, Arif Aiman. Sebelum ini, adik Sadha telah tular kerana memakai jersi […]
Nasi Kandar Sulaiman Sampaikan Ucapan Tahniah Dengan Cara Tersendiri

Restoran Nasi Kandar Sulaiman mengucapkan tahniah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan cara unik dan menarik perhatian warga maya. Pada Sabtu, JDT berjaya menjulang Piala FA buat kali ke-3 berturut-turut setelah menumbangkan Selangor dengan keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Hatrik daripada Juan Muniz dan 1 jaringan masing-masing hasil penyudah Arif Aiman, Bergson Da […]
Momen Indah Faisal Halim & Arif Aiman Di Final Piala FA Undang Sebak

Momen indah buat pemain Selangor FC, Faisal Halim selepas dapat bertemu bekas rakan sepasukannya ketika mewakili skuad kebangsaan, Arif Aiman usai tamat perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu. Arif yang menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat telah berjabat tangan dan memeluk erat Faisal selepas tamat perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. Momen […]
Bergson Da Silva: Duduk Di JDT Sentiasa Dahagakan Kejayaan

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva menjelaskan bahawa pemain yang berada di JDT sentiasa dahagakan kejayaan. Ianya berjaya dibuktikan apabila JDT menjulang dan mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas membelasah Selangor FC 6-1 di pentas akhir pada Sabtu. “Kami membuat persediaan yang banyak untuk perlawanan ini (menentang Selangor). Semua perlawanan akhir, kami buat […]
“Berdepan JDT, Tak Boleh Ada Kesilapan Kecil” – Nidzam Jamil

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil mengakui kesilapan kecil menjadi punca kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu. Dalam aksi final tersebut, Selangor terpaksa akur tumpas di tangan juara bertahan, JDT dengan keputusan 6-1 hasil hatrik daripada pemain tengah Harimau Selatan, Juan Muniz. Menurut Nidzam, kekalahan ini bagaikan satu pengajaran buat […]
Penyokong Selangor Tinggalkan SNBJ 15 Minit Sebelum Tamat

Aksi final Piala FA menyaksikan segelintir penyokong Selangor yang mula meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika permainan berbaki 15 minit. Selangor turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut kejuaraan Piala FA bagi edisi ke-34 pada Sabtu. Walau bagaimanapun, JDT mendahului 2-0 di babak pertama hasil jaringan Juan Muniz dan Arif Aiman. Selangor mula […]