JDT Catat Kehadiran Konsisten, Tertinggi Minggu 10 Liga Super

Hari perlawanan minggu ke-10 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus unggul dari segi rekod kehadiran tertinggi. Ini selepas aksi antara Harimau Selatan dan Penang FC pada 12 September lalu menyaksikan kehadiran seramai 13,975 orang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Rekod ini turut menyaksikan SSI merekodkan kehadiran konsisten melebihi 10,000 orang untuk […]

Zhang Linpeng Tak Sabar Pamer Taring Berdepan JDT

Pemain pertahanan Shanghai Port, Zhang Linpeng akui tidak sabar untuk membantu pasukan mencatat kemenangan dalam aksi pertama ACLE ketika berdepan wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada esok. Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, pemain berusia 35 tahun ini akui teruja dapat beraksi di pentas tertinggi Asia. Beliau yakin rakan sepasukan yang lain juga ingin […]

Kevin Muscat Waspada Ancaman JDT

Pengendali Shanghai Port, Kevin Muscat enggan memandang rendah cabaran Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Aksi antara The Red Eagles dengan Harimau Selatan merupakan yang pertama buat kedua-dua pasukan di pentas Asia termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Bagi JDT, ini kali kedua mereka bertemu pasukan dari China di […]

Jordi Amat Janjikan Aksi Sengit Bertemu Gergasi China

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat menjanjikan aksi terbaik menjelang perlawanan pertama AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Shanghai Port dari China pada Rabu. Turun selaku Juara Liga Super 2023, JDT berdepan ujian dari wakil China, Shanghai Port yang memiliki rekod kebal dalam saingan domestik apabila hanya tewas sekali dalam lima aksi. Skuad Harimau […]

Ramadhan Saifullah Sarung Jersi Kuching City

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah sah menyarung jersi Kuching City untuk baki saingan Liga Super 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video di akaun media sosial Kuching City yang memperkenalkan pemain kelahiran Johor ini sebagai muka baharu pasukan. Ramadhan yang berusia 24 tahun hanya beraksi sebanyak 3 kali sahaja bersama skuad […]

Malaysia Futsal Cup: 4 Pasukan Gergasi Hiasi Pertembungan Separuh Akhir

Pertembungan hangat melibatkan empat pasukan gergasi tanah air bakal disajikan dalam aksi separuh akhir Malaysia Futsal Cup (MFC). Empat pasukan sudah mengesahkan tempat di separuh akhir setelah menyingkirkan lawan masing-masing dalam aksi suku akhir yang telah berlangsung bermula 7 September yang lalu. Juara bertahan, Pahang Rangers antara pasukan yang mara meskipun dipaksa bekerja keras sebelum […]

Oscar Sambung Kontrak Di Shanghai Port

Shanghai Port menerima suntikan semangat menjelang aksi sulung Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas kapten mereka, Oscar memutuskan untuk kekal membantu pasukan itu sehingga Disember ini. Berdasarkan semakan sebelumnya di Transfermarkt, kontrak bekas bintang Chelsea itu bakal berakhir pada November ini. Kini, menurut portal 163.com, persetujuan penyambungan […]

3 Penyerang Liga Super Ledak Gol Debut

Tiga penyerang berbeza mula pamer belang apabila meledak gol dalam aksi debut Liga Super minggu ke-10. Jendela perpindahan kedua yang dibuka beberapa minggu lalu menyaksikan rata-rata kelab di Liga Super mula merekrut pemain baharu bagi menambah sengat di jentera serangan. Impak segera dapat dilihat dengan kemasukan penyerang-penyerang baharu ini apabila mereka tidak memerlukan masa yang […]

AFC Champions League Elite: Senarai Perlawanan, Waktu, Lokasi & Siaran TV

AFC Champions League Elite (ACLE) bakal membuka tirainya menerusi saingan Liga Timur dan Barat yang bermula pada awal pagi 17 September. Berbeza dengan saingan AFC Champions League (ACL) yang menggunakan format kumpulan, ACLE menggunakan format liga. Liga Timur dan Barat ACLE terdiri daripada 12 pasukan. Setiap 12 pasukan akan mengharungi lapan perlawanan di mana lapan […]

Bekas Bintang JDT Makin Berbisa Di Indonesia

Bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe memperlihatkan ketajaman beliau di Liga Indonesia bersama Persis Solo baru-baru ini. Pada aksi Liga 1 menentang Madura United, Sidibe menjadi tunjang utama Persis Solo dalam kemenangan besar 4-0 di laman sendiri. Dalam aksi tersebut, Sidibe telah meledak dua jaringan selain turut menyumbang dua lagi bantuan gol yang […]

Siaran Langsung Asia Road Racing Championship: Hafizh Syahrin (Live Streaming)

Perlumbaan kedua saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad bakal menyaksikan beberapa pelumba tumpuan negara seperti Hafizh Syahrin dan Azlan Shah. Pada perlumbaan pertama pada Sabtu, Hafizh turun ke litar dengan harapan untuk mengekalkan momentum cemerlang setelah meraih tempat kedudukan podium di pusingan ke-4 di Indonesia lalu. Walau bagaimanapun, hasrat […]

Malaysia Futsal Cup: JDT Singkirkan Sabah 11-5

Kelab Futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir Malaysia Futsal Cup (MFC) setelah menyingkirkan Sabah pada Sabtu. Setelah mencatat kemenangan dalam aksi pertama, JDT turun ke laman sendiri bagi berdepan cabaran Sabah yang mahu melakar kejutan di Pasir Gudang. JDT menyenaraikan barisan terbaik yang dimiliki diketuai Azrul Hadee manakala Lucas Nakazato diberi peranan […]

“Pemain Baru Buat JDT Lebih Baik” – Hector Bidoglio

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio melihat kehadiran pemain-pemain baru menjadikan pasukan itu lebih baik. Tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan tujuh pemain baru menyertai Harimau Selatan. Tujuh pemain tersebut ialah Christian Abad, Andoni Zubiaurre, Park Jun-heong, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Enzo Lombardo dan Jorge Obregon. Obregon, Lombardo, Israfilov dan […]

Liga Super: Bintang Baharu Bantu Kenduri Gol JDT Atasi Penang

Saingan Liga Super kembali bersambung setelah tugasan antarabangsa selesai dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol membenam cabaran Penang. Masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA hujung bulan lalu, JDT kembali ke gelanggang keramat untuk menerima kunjungan pasukan dari utara tanah air, Penang. Pengendali JDT, Hector Bidoglio merehatkan Bergson Da Silva sambil menyenaraikan empat pemain […]

Jorge Obregon Buka Akaun Gol Di Liga Malaysia

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Obregon mula meledak gol pertamanya dalam saingan Liga Malaysia. Obregon dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua oleh skuad Harimau Selatan dari kelab Croatia, HNK Rijeka untuk memperkuat jentera serangan pasukan. Pengendali JDT, Hector Bidoglio menaruh harapan buat penyerang Colombia ini untuk memulakan aksi Liga Super berdepan Penang pada Khamis […]

Oscar Arribas Perlukan Dua Minit Jaringkan Gol

Tonggak import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Oscar Arribas tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan buat pasukan itu. Arribas diberi kepercayaan beraksi dalam aksi terbaru liga membabitkan JDT dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Selain pemain berusia 25 tahun itu, jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio turut memberi kemunculan pertama buat empat […]