Piala FA: Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Melanda SNBJ Petang Ini

Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir. JDT dan Selangor bakal berentap di final pada Sabtu bagi merebut kejuaraan Piala FA edisi ke-34 setelah cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir. Walau bagaimanapun, di sebalik kemeriahan aksi kali ini, pakar cuaca meramalkan Bukit […]

Safuwan Baharudin: Tiada Siapa Mahu Ke Final Untuk Kalah

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui pasukan gergasi Lembah Klang itu berdepan tugas sukar menjelang aksi final Piala FA 2024. Selangor mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan Terengganu FC dengan keputusan agregat 6-4 di peringkat separuh akhir. Meskipun begitu, lawan yang menanti mereka di final ialah juara liga 10 kali, Johor Darul Ta’zim FC (JDT […]

JDT ‘Kunci Mulut’

Menjelang perlawanan akhir Piala FA, pembantu jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Jose Lopez dan pemain, Junior Eldstal mengambil pendekatan berbeza dengan tidak memberi sebarang komen. JDT dan Selangor bakal berentap di final Piala FA bagi merebut gelaran juara bagi edisi ke-34 setelah masing-masing cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir. Dalam sesi sidang media […]

Pengeluar Bola Final Piala FA Ambil Tindakan Drastik Tukar Logo

Pengeluar bola rasmi final Piala FA, Active Sports telah mengambil tindakan drastik saat akhir untuk menukar logo yang tertera pada bola yang bakal digunakan pada aksi Sabtu nanti. Dalam satu instastory Active Sports, mereka mengumumkan telah menukar logo pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC dan mengubahnya kepada tulisan sahaja. Dalam pada itu, pihak […]

Piala FA: PDRM Gesa Penyokong Tidak Timbulkan Provokasi Melampau

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa penyokong agar tidak mencetuskan provokasi melampau menjelang aksi final Piala FA 2024. Peringatan tegas itu dinyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Rusdi Mohd Isa dalam sidang media keselamatan aksi final Piala FA 2024. Aksi final Piala FA 2024 pada 24 Ogos ini menemukan dua pasukan gergasi bola sepak tanah air, […]

Makan Malam Keluarga JDT Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengadakan Majlis Makan Malam Keluarga JDT buat para pemain, staf kejurulatihan dan ahli keluarga mereka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan pengurusan Harimau Selatan bagi meraikan para pemain dan staf kejurulatihan. Kebiasaannya, acara ini diadakan sebelum perlawanan penting sesebuah kejohanan yang disertai JDT. […]

Johor Umum Cuti Peristiwa Sempena Final Piala FA

Sempena aksi final Piala FA 2024, kerajaan negeri Johor mengumumkan 25 Ogos ini sebagai cuti hari peristiwa. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Onn Ghazi menerusi satu hantaran di akaun X beliau. Pengumuman cuti hari peristiwa tersebut turut mendapat perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Onn Hafiz menyifatkan […]

Tunku Ismail Dedah Projek Baharu JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor telah mendedahkan satu lagi projek baharu di bawah jenama JDT. Umum mengetahui bahawa JDT merupakan sebuah kelab bola sepak yang terkemuka dengan memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat domestik sejak lebih sedekad yang lalu. Setelah cemerlang dalam […]

Tunku Ismail Beri Bayangan JDT Bakal Ceburi UFC

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal menceburi dunia Ultimate Fighting Championship (UFC). Bayangan tersebut dinyatakan menerusi satu hantaran Instagram Story yang dimuat naik baginda baru-baru ini. Hantaran tersebut turut memetik nama bekas jaguh MMA dari Australia, Soa Palelei. Palelei bukan asing dalam dunia UFC kerana […]

Piala Presiden: Impak Bintang JDT, Sabah & Selangor Curi Tumpuan

Selepas tamat kempen peringkat kumpulan Piala Presiden 2024, bintang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Sabah FC dan Selangor FC mula mencuri tumpuan. Bintang-bintang yang dimaksudkan ialah Abdul Raziq Abd Rahman (JDT III), Muhamad Dainei Mat Disa (Selangor), Naim Zainudin (JDT III) dan Jenalter Justin (Sabah). Keempat-empat pemain ini merupakan penjaring terbanyak pasukan masing-masing dalam […]

Selangor Impi Gelaran Juara Piala FA

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengakui pasukan itu mahu mendapatkan gelaran juara Piala FA 2024. Keinginan itu timbul kerana kali terakhir Merah Kuning menjulang trofi berkenaan ialah tahun 2009. Selangor yang ketika itu dibimbing K. Devan muncul juara dengan menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti. Khairul Anwar Baharom, D. Surendran, Safee Sali dan Nasriq […]

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Aksi Perak & JDT Tak Perlu Ditangguh

Peguam sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan mengapa aksi Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu tidak perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Aksi di antara Perak dan JDT itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas hujan turun dengan lebat dan menyebabkan keadaan padang ditakungi air. Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Malaysian […]

Yusri Che Lah Mahu Manfaatkan Tempoh 7 Minggu Sebaik Mungkin

Pengendali Perak, Yusri Che Lah mahu memanfaatkan tempoh rehat 7 minggu sebaik mungkin setelah aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditunda pada Sabtu. Perak turun ke gelanggang sendiri setelah mencatatkan 3 kekalahan berturut-turut bagi saingan liga dan dijadualkan menentang jaguh dari selatan tanah air, JDT di Ipoh. Ketika permainan baru memasuki minit ketiga, pengadil terpaksa […]

Liga Super: Aksi Perak-JDT Ditunda

Perlawanan Liga Super melibatkan Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu terpaksa ditunda. Setelah mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut ke atas Kedah, JDT hadir dengan momentum positif untuk berdepan Perak yang tewas dalam tiga aksi terakhir liga. Kesebelasan utama JDT diketuai oleh pemain kebangsaan, Matt Davies di benteng pertahanan manakala Perak turun tanpa Lee […]

3 Tonggak JDT Cetus Kerisauan Buat Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah sedar akan kemenjadian prestasi tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan Liga Super di antara Perak dan JDT malam ini (17 Ogos). Tiga tonggak yang dimaksudkan Yusri adalah Juan Muniz, Bergson da Silva dan pemain sayap lincah, Oscar Arribas. Bagi Yusri, ketiga-tiga pemain ini sangat merbahaya dan […]

Keyakinan Kunci Perak Hadapi JDT

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mahu barisan anak buahnya tampil berkeyakinan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Keinginan itu dizahirkan beliau selepas melihat The Bos Gaurus kecundang tiga kali di Stadium Perak dalam saingan liga musim 2024/25. Pasukan itu tunduk kepada PDRM FC, Penang FC dan Kuching City FC. Dan kini, Perak bakal […]