Shin Tae-yong Dikesan Jalani 3 Tugas Berbeza Bersama Indonesia

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong kini meraih pujian penyokong bola sepak Indonesia apabila berjaya membimbing Indonesia layak ke 3 kejohanan berbeza Piala Asia iaitu Piala Asia 2023, Piala Asia B-20 2023 dan Piala Asia B-23 2024. Pengendali berusia 52 tahun itu menyertai pasukan Indonesia pada Disember 2019 dan membimbing Indonesia dari kedudukan 173 dunia hingga […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Mara Ke Piala Asia, Tewaskan Turkmenistan

Skuad B-23 Indonesia berjaya layak ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara Kumpulan K selepas menewaskan Turkmenistan hari ini. Selepas mengalahkan Taiwan 9-0 beberapa hari lepas, Indonesia berpeluang cerah ke Piala Asia B-23 2024 dengan syarat mereka perlu mengatasi cabaran Turkmenistan. Tuan rumah yang beraksi di Stadium Manahan, Surakarta mendapat sokongan padu penyokong termasuk Presiden […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia U23: Turkmenistan vs Indonesia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi terakhir Kumpulan K antara pasukan Indonesia dan Turkmenistan di Kelayakan Piala Asia B-23 mencuri tumpuan untuk menempah slot ke pusingan akhir. Perlawanan ini menjadi detik penentu kepada anak buah Shin Tae-yong untuk ke Qatar, tahun hadapan. Sang Garuda mencatatkan kemenangan berdepan Taiwan dengan jaringan 9-0 sekaligus memberikan motivasi terbaik berdepan Turkmenistan. Kesebelasan Utama Turkmenistan […]

Indonesia Bakal Memiliki Pemain Naturalisasi Brazil

Skuad B-17 Indonesia bakal diperkuatkan dengan seorang pemain naturalisasi Brazil menjelang kempen Piala Dunia B-17. Ini selepas pemain Sao Paulo, Welber Jardim kini sah memiliki pasport Indonesia. Perkara ini disahkan oleh jurulatih skuad B-17 Indonesia, Bima Sakti dalam akaun Instagramnya dua hari lalu. “Alhamdulillah, untuk Indonesia. Terima kasih pemerintah, PSSI, dan Kedutaan Besar Republik Indonesia […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Bantai Taiwan 9-0

Skuad B-23 Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan bergaya apabila membelasah Taiwan 9-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Manahan, Surakarta hari ini. Hadir sebagai naib juara Piala AFF B-23 2023, Timnas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong tampil garang pada babak pertama. Pemain tengah KMSK Deinze, Marselino Ferdinan membuka tirai jaringan […]

Gol Berkelas Dunia Pastikan Indonesia ‘Titik’ Turkmenistan

Indonesia melakukan satu lagi kejutan berdepan pasukan yang lebih baik rankingnya apabila mencatatakan kemenangan tipis 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Gomo itu menyaksikan percaturan ketua jurulatih, Shin Tae-yong menurunkan barisan terbaik mencuri perhatian. Aksi ini juga menjadi debut buat pemain warisan Indonesia, Sandy Walsh membuat kemunculan bersama pasukan kebangsaan. Turkmenistan dilihat bergelut […]

Jordi Amat Bakal Ke Sukan Asia?

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) FC terpaksa melupakan khidmat kapten Jordi Amat sekiranya PSSI menyenaraikannya dalam senarai pemain yang beraksi di Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Perkara ini dinyatakan oleh Exco PSSI, Endri Erawan. Terdapat beberapa pemain senior yang sedang dipertimbang untuk disenaraikan dalam skuad B-24 Indonesia ke Sukan Asia nanti. Selain Amat, nama […]

Syarikat Pajak Gadai Jadi Penaja Liga Indonesia

Saingan Liga 2 Indonesia musim 2023-2024 bakal lebih meriah dengan kehadiran Pegadaian sebagai penaja rasmi liga itu. Berita ini sudah dikongsikan oleh beberapa portal berita bola sepak Indonesia termasuk GARAGARABOLA hari ini. Nama syarikat itu diperkenalkan sebagai penaja rasmi Liga 2 dalam satu majlis khas bagi memperkenalkan musim baru liga berkenaan. Pegadaian merupakan anak syarikat […]

Kapten Bali United Waspada Prestasi Buruk Menjelang Piala AFC

Kapten Bali United, Fadli Sausu berharap rakan-rakan sepasukannya tidak patah semangat terutama menjelang perlawanan pertama Piala AFC pada 20 September ini. Ini selepas Serdadu Tridatu tewas 2-1 kepada PSIS Semarang semalam. Tuan rumah meraih kemenangan menerusi gol Carlos Fortes dan Paulo Gali dengan Bali meraih gol saguhati menerusi Jefferson Assis. Biarpun masih berada dalam kedudukan […]

Giliran PDRM Asah Taring Berdepan Kelab Indonesia

Selepas tewas kepada Selangor FC dalam aksi pra-musim baru-baru ini, Persiraja Banda Aceh mempergiat persiapan mereka dengan turun menentang PDRM FC esok. Perkara ini disahkan Sang Saka Biru menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Seperti aksi menentang Merah Kuning pada 27 Ogos lalu, perlawanan Persiraja-PDRM bakal diadakan di Stadium Harapan […]

Shin Tae-yong Panggil Lima Pemain Luar Negara

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 24 pemain yang dipanggil ke kem latihan ‘Sang Garuda’ bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 8 September depan. Untuk panggilan kali ini, Tae-yong ada membuat sedikit perubahan apabila tidak memanggil tiga pemain ‘regular’ bagi skuadnya iaitu Pratama Arhan,Elkan Baggott dan Rizky Ridho […]

Peminat Indonesia Terlalu Gembira Bertemu Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melayani sambutan hangat yang diterimanya tatkala pasukannya kini berada di Indonesia. The Red Giants ke Aceh bagi satu aksi persahabatan bertemu Persiraja Banda Aceh. Perlawanan antara finalis Piala Malaysia 2022 menentang pasukan Liga 2 Indonesia itu berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Selangor FC, 3-0. Faisal memainkan watak penting […]

AFF U23: Pemain Vietnam Hentak Kepala Bintang Indonesia Jadi Perhatian

Tindakan pemain skuad b-23 Vietnam, Nguyen Hong Puch menghentak kepala pemain Timnas Indonesia jadi perhatian di kejohanan Piala AFF B-23. Perlawanan akhir Piala AFF itu menyaksikan Sang Garuda terlepas peluang untuk bergelar juara selepas tewas menerusi penentuan penalti. Aksi panas tersebut bagaimanapun tertumpu kepada satu insiden yang cukup keras melibatkan seorang pemain vietnam dan Indonesia. […]

AFF U23: Kualiti Pengadilan Buat Shin Tae-yong Berang

Beberapa keputusan kontroversi yang dibuat pengadil Jepun, Hiroki Kasahara dalam aksi final Piala AFF B-23 2023 semalam mencetuskan kemarahan jurulatih skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong. Salah satu insiden berkenaan ialah insiden Haykal Alhafiz disiku pemain Golden Star Warriors. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil ke atas pemain berkenaan sekaligus mencetuskan kemarahan pemain dan pegawai Tim Garuda. Perasaan […]

AFF U23: Kapten Vietnam Lega Tangkapan Terakhirnya Bawa Tuah

Kapten skuad B-23 Vietnam, Quan Van Chuan mengakui amat lega bila berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil penjaga gol Indonesia, Ernaldo Ari dalam aksi final Piala AFF B-23 2023 semalam. Dengan kedua-dua pasukan masih terikat 0-0 selepas 120 minit, penentuan penalti dibuat bagi menentukan pemenang. Dengan kesemua lima penalti berjaya disempurnakan kedua-dua pasukan, nasib kedua-dua […]

AFF U23: Vietnam Rangkul Gelaran Juara Tewaskan Indonesia

Vietnam secara sah bergelar juara Piala AFF B23 2023 selepas menewaskan Indonesia pada aksi final yang berlangsung di Stadium Provincial, Rayong Thailand. Babak pertama perlawanan tamat dengan tiada jaringan yang terhasil. Vietnam bagaimanapun memiliki peluang terhidang untuk menjaringkan gol setelah pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Vietnam. Hasrat Vietnam meledak digagalkan penjaga gol Indonesia, Ernando […]