AFF U23: Shin Tae-yong Waspada Dengan Ancaman Vietnam

Jurulatih skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong mengakui skuad B-23 Vietnam mampu menggugat peluang mereka untuk menjulang Piala AFF B-23 2023. Ini kerana biarpun majoriti pemain yang dihantar beraksi ialah pemain-pemain skuad B-20, mereka melakukan tugas cemerlang sepanjang kejohanan. Ini termasuk menewaskan Malaysia dalam aksi separuh akhir yang berlangsung semalam. Justeru, pengendali yang berasal dari Korea […]
AFF U23: Jurulatih Vietnam Jangka Indonesia Bakal Muncul Juara

Perlawanan akhir Piala AFF Bawah 23 tahun menyaksikan pertembungan diantara Indonesia dengan Vietnam. Jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan mengakui kekuatan yang dimiliki oleh Indonesia dari segi kualiti setiap pemain dan juga memiliki jurulatih luar yang sangat berpengalaman. Indonesia turun dengan prestasi terbaik selepas berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah Thailand, dengan keputusan 3-1. Oleh itu, beliau […]
AFF U23: Shin Tae-yong Puji Indonesia Biarpun Diuji Banyak Dugaan

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong gembira dengan prestasi yang ditampilkan anak buahnya ketika aksi separuh akhir Piala AFF B23 menentang Thailand malam semalam. Indonesia secara rasmi layak ke pusingan final Piala AFF B23 setelah menewaskan pasukan Thailand dengan keputusan 3-1. Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong menganggap kemenangan ini hasil usaha dan keringat para pemain yang beraksi […]
AFF U23: Jurulatih Thailand Akui Kehebatan Indonesia

Jurulatih skuad B-23 Thailand, Issara Sritaro mengakui anak-anak buahnya kecundang kepada Indonesia yan menampilkan aksi lebih bagus dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF B-23 2023. Indonesia terlebih dahulu di hadapan menerusi Jean Stroyer pada minit ke-10. The War Elephants kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Chukid Wanpraphao pada minit ke-27. Bagaimanapun, Tim Garuda memastikan kemenangan dalam […]
AFF U23: Indonesia Ke Perlawanan Akhir Selepas Tewaskan Thailand

Skuad bawah 23 tahun Indoenesia melakar kejutan Piala AFF U23 apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF U23 selepas mengejutkan pasukan tuan rumah, Thailand dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Wilayang Rayong sebentar tadi. Indonesia memulakan perlawanan dengan positif apabila mereka melancarkan serangan bertali arus ke kubu Thailand. Selain ghairah menyerang, […]
AFF U23: Thailand Mahu Balas Dendam Terhadap Indonesia

Aksi separuh akhir Piala AFF U23 2023 bakal menemukan Thailand dan juara edisi 2019, Indonesia. Perlawanan ini dijangka menjadi perhatian ramai selepas Thailand telah tewas kepada Indonesia dalam perlawanan akhir di Sukan Sea 2023 di Kemboja, Mei lalu. Perlawanan akhir itu pasti diingati banyak pihak apabila kedua-dua pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan berlangsung. […]
AFF U23: “Semua Pemain Indonesia Berkualiti” – Issara Sritaro

Jurulatih skuad B-23 Thailand, Issara Sritaro menjangkakan aksi separuh akhir menentang Indonesia esok sukar disebabkan semua pemain yang dibawa Shin Tae-yong ke Piala AFF B-23 2023 ini berkualiti. Biarpun berdepan masalah perlepasan pemain dan isu penggantungan dua pemain oleh AFC, Tim Garuda masih berupaya layak ke separuh akhir sebagai naib juara terbaik kumpulan. Justeru, Issara […]
AFF U23: Shin Tae-yong Ucap Terima Kasih Kepada Vietnam

Pengendali skuad bawah 23 tahun Indonesia, Shin Tae-yong sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan Vietnam yang berjaya menewaskan Filipina dalam aksi Kumpulan C Piala AFF U23 semalam sekali gus membantu Indonesia mara ke separuh akhir. Tae-yong juga melihat keempat-empat pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFF U23 ini adalah pasukan yang selayaknya berada […]
AFF U23: Bagaimana Malaysia ‘Bantu’ Indonesia Layak Ke Separuh Akhir Piala AFF

Kemaraan pasukan b-23 Indonesia ke pentas separuh akhir AFF U23 mengundang pelbagai tanda tanya oleh penyokong bola sepak Asia Tenggara. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong berjaya meraih 3 mata dari dua perlawanan peringkat kumpulan. Merujuk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh AFF, empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala AFF U-23 2023 terdiri daripada tiga juara […]
AFF U23: Keputusan Pengadil Buat Shin Tae-yong Marah

Pengendali skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan perlawanan Indonesia-Timor Leste dalam Kumpulan B semalam. Biarpun Tim Garuda meraih kemenangan menerusi Ramadhan Sananta, kelebihan gol mereka boleh saja bertambah sekiranya gol kedua penyerang Persis Solo itu diiktiraf. Ramadhan menyangka telah menyumbat gol kedua pada minit ke-79 tetapi dibatalkan kerana didakwa berada […]
AFF U23: Kita Usaha Habis-Habisan Sekat Indonesia – João Halle

Kapten pasukan Timor Leste, João Basco Halle sudah memastikan pasukannya memberi tentangan sehabis baik kepada Indonesia. Aksi kedua kumpulan B Piala AFF U23 menyaksikan anak didik Shin Tae-yong menang tipis menerusi jaringan Ramadhan Sananta. Perlawanan tersebut bagaimanpun berlangsung sengit dengan Timor Leste tidak memberi jalan mudah kepada sang Garuda. Mereka bagaimanapun terpaksa akur untuk tunduk […]
AFF U23: Indonesia Ada Banyak Peluang, Tapi Hanya 1-0 – Bagas Kaffa

Kapten pasukan Indonesia, Bagas Kaffa Arrizqi akui banyak peluang terhidang yang tidak dinatijahkan kepada jaringan. Indonesia berjaya mencatat kemenangan 1-0 menewaskan pasukan Timor Leste dalam aksi Kumpulan B saingan Piala AFF B23 malam semalam. Pemain berusia 21 tahun itu menghargai pengorbanan dan usaha seluruh timnas Indonesia yang bertungkus lumus demi mencatat keputusan positif ini. “Saya […]
AFF U23: Indonesia Kalahkan Timor Leste

Perlawanan kedua peringkat kumpulan B Piala AFF B-23 menyaksikan Indonesia menundukkan tentangan Timor Leste. Aksi yang berlangsung di Stadium Rayong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Sang Garuda memiliki peluang seawal minit ke-8 apabila rembatan Jeam Kelly Stroyer mudah ditangkap oleh penjaga gawang Timor Leste. Indonesia sekali lagi mempunyai peluang pada babak pertama permainan […]
AFF U23: Elavarasan Faham Masalah Indonesia

Kemenangan skuad Malaysia ke atas Indonesia dalam saingan Piala AFF U23 semalam nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi Indonesia merupakan juara bertahan yang memenangi kejohanan ini pada edisi lalu. Namun bagi jurulatih Malaysia, E. Elavarasan, beliau sangat memahami bahawa Indonesia menghadapi masalah yang sama dihadapi Malaysia. Masalah yang dikatakan itu adalah kedua-dua pasukan tidak dapat […]
AFF U23: Memang Sukar Berdepan Malaysia – Bagas Kaffa

Kapten pasukan Indonesia, Bagas Kaffa Arrizqi akur dengan kekalahan Indonesia dalam aksi pertama skuad Sang Garuda di pentas Piala AFF B23 2023. Selepas Indonesia mencatat jaringan pembukaan pada aksi separuh masa pertama, Malaysia berjaya bangkit di babak kedua permainan menerusi dua ledakan penyerang gantian Malaysia, Fergus Tierney. Bagas Kaffa menganggap kekalahan Indonesia pada aksi malam […]
AFF U23: Malaysia Tumpaskan Indonesia

Perlawanan pertama aksi Kumpulan B kempen Piala AFF B23 2023 yang berlangsung di Stadium Rayong menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan tentangan Indonesia. Seawal minit ketujuh permainan, Malaysia miliki peluang terhidang untuk memecah kebuntuan menerusi Aliff Izwan Yuslan. Rembatan penyerang dari Selangor itu bagaimanapun sedikit lemah dan berjaya ditangkap kemas penjaga gol Indonesia. Pada minit ke-29 permainan, […]