Senarai Pilihan Shin Tae-yong Jadi Bualan Ramai

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada semalam telah mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan Indonesia. Pasukan kendalian Shin Tae-yong bakal turun berdepan Brunei Darussalam dalam aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Beberapa nama besar yang berkelana di luar negara dipanggil untuk memperkuat skuad kali ini seperti Jordi Amat, Asnawi Mangkualam, […]

Benteng Kebal Belanda Dalam Proses Naturalisasi Indonesia

Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia dijangka bakal menerima seorang lagi pemain naturalisasi apabila pemain kelab Venezia di Itali, Jay Idzes kini difahamkan sedang melalui proses naturalisasi Indonesia. Pemain berusia 23 tahun itu beraksi di bahagian posisi tengah dan berketinggian 1.91 meter yang mana ketinggiannya itu sangat ideal sebagai seorang pertahanan tengah. Persatuan Sepak Bola Seluruh […]

Jordi Amat: Indonesia Mampu Layak Ke Piala Dunia

Bek tengah Indonesia, Jordi Amat percaya tidak mustahil untuk pasukan itu mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026. Keyakinan Amat bersandarkan kepada peruntukan lapan slot kelayakan Piala Dunia yang diperuntukkan kepada AFC. Dengan lapan slot tersebut, peluang negara Asia Tenggara terutama Indonesia untuk layak amat cerah. Selain meningkatkan peluang layak ke Piala Dunia, ini secara […]

Asian Games: Indonesia Tewas Kepada Uzbekistan

Skuad B-24 Indonesia terkandas di pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 selepas tewas kepada Uzbekistan hari ini. Selepas layak sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan F, Garuda Muda memerlukan lebih daripada tuah jika mahu layak ke peringkat suku akhir. Separuh masa pertama menyaksikan Uzbekistan banyak menguji penjaga gol Indonesia, Ernando Ari. Percubaan terbaik mereka hadir pada […]

Asian Games: Malaysia Belasah Indonesia 9-2

Skuad hoki senior Malaysia terus membuktikan kejaguhan mereka apabila membelasah Indonesia 9-2 dalam aksi ketiga Kumpulan B Sukan Asia 2023. Perlawanan hari ini dilihat menarik kerana pertembungan dua jurulatih negara, Arul Selvaraj dan Muhammad Dharma Raj Abdullah. Dharma bukan asing kepada The Speedy Tigers kerana pernah melatih mereka satu ketika dahulu. Begitupun, itu bukan halangan […]

Kelab Liga Utama Korea Buru Pertahanan Kental Indonesia

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan bakal menyertai rakan senegara, Asnawi Mangkualam beraksi di K-League. Ini selepas Sports Chosun mendedahkan kelab K-League 1, Suwon FC berminat mendapatkan Arhan untuk tetingkap perpindahan liga tahun hadapan. Menurut satu sumber yang tidak didedahkan kepada Sports Chosun, kedua-dua pihak secara dasarnya telah mencapai persetujuan dan merancang untk memuktamadkan perjanjian itu […]

Asian Games: Regu Malaysia ‘Libas’ Indonesia

Skuad sepak takraw negara bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi pertama sepak takraw regu berpasukan Kumpulan B Sukan Asia 2023. Regu pertama diketuai tekong berpengalaman KL Thunder, Syahir Rosdi bermula dengan langkah kiri apabila tewas set pertama 21-15. Biarpun mereka cuba memberi tentangan sengit dalam set kedua, Indonesia memastikan kemenangan pertama pasukan […]

Asian Games: Indonesia Dihukum Korea Utara

Skuad B-24 Indonesia sekali lagi dirundung malang apabila tewas kepada Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan F Sukan Asia 2023 hari ini. Indonesia perlu menang ke atas Korea Utara hari ini agar dapat memintas Taiwan dan layak sebagai naib juara kumpulan. Jika mereka tewas, mereka perlu mengharap ihsan Kyrgyzstan untuk menewaskan Taiwan dan layak menerusi […]

Gagal Yakinkan Jurulatih Indonesia, Pemain Ini Sertai PSG

Pemain berusia 16 tahun dari Indonesia, Lionel Sinathrya berjaya membuka mata ramai pemerhati bola sepak Indonesia selepas berjaya diterima masuk ke pasukan bawah 19 tahun kelab ternama, Paris Saint Germain (PSG). Difahamkan sebelum ini, Lionel telah menjalani percubaan bersama skuad kebangsaan bawah 17 tahun Indonesia yang bakal beraksi di Piala Dunia B-17 November ini. Namun […]

Bintang Indonesia Sertai Kelab Portugal, ADCR Caxinas

Pemain futsal Indonesia, Evan Soumilena kini melebarkan sayapnya ke luar negara selepas menerima tawaran kelab Portugal, ADCR Caxinas. Perpindahan pemain Black Steel Papua itu diumumkan Caxinas di akaun Instagram rasmi mereka semalam. “Selamat datang Soumilena… Datang dari bahagian lain dunia untuk memperkuat skuad kita, salah seorang pemain terbaik dalam Liga Indonesia… EVAN SOUMILENA,” kata kelab […]

Tindakan Pemain Indonesia Pijak Lawan Jadi Perhatian

Pemain pertahanan Indonesia, Marckho Sandy menimbulkan kemarahan penyokong selepas didapati memijak pemain lawan. Insiden ini berlaku pada minit ke-73 perlawanan Liga 1 Indonesia membabitkan Persis Solo dan RANS Nusantara. Menurut MakanBola Indonesia, pada ketika itu, Persis sedang mendahului 2-1. Perlawanan mula panas apabila Marckho didapati melanggar pemain Persis, Muhammad Faqih Maulana sehingga terjatuh. Beliau yang […]

Asian Games: Taiwan Tewaskan Indonesia

Hasrat Indonesia untuk layak lebih awal ke pusingan 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2023 gagal selepas mereka tewas mengejut kepada Taiwan hari ini. Skuad Garuda Muda boleh layak ke pusingan seterusnya dengan syarat mereka mengalahkan Taiwan dengan Korea Utara menang atau seri dengan Kyrgyzstan. Begitupun, separuh masa pertama menyaksikan Taiwan amat berdisiplin mengawal pertahanan mereka. […]

Asian Games: Indonesia Bermaharajalela Hukum Krygryzstan

Aksi Sukan Asia 2023 (Asian Games) antara pasukan Indonesia dan Kyrgyzstan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Indonesia. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Zheijang menyaksikan Sang Garuda menurunkan kesebelasan terbaik berdepan lawan yang cukup baik. Pasukan bimbingan Indra Sjafri melakukan asakan. bertali-arus untuk memperoleh gol awal permainan. Bintang Garuda, Andi Nugro dilayangkan kad kuning akibat melakukan […]

Bintang Indonesia Dilamar Beraksi Di Liga Utama Korea

Bintang muda Indonesia, Asnawi Mangkualam akui telah dilamar untuk beraksi di liga utama bola sepak Korea Selatan. Dalam satu temu bual Asnawi di segmen Podcast Sport77, beliau mendedahkan bahawa ada menerima tawaran dari salah sebuah kelab yang beraksi di K League 1 yang ingin mendapatkan khidmatnya. Pemain Jeonnam Dragon ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara tersebut […]

Indonesia Hampiri Kedudukan Malaysia

Pasukan kebangsaan Indonesia terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila menunjukkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA ketika ini. Skuad Garuda yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong terus berada pada kemuncak prestasi selepas mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Turkmenistan dalam satu aksi persahabatan FIFA September ini. Kemenangan itu menyaksikan Indonesia yang menghuni kedudukan ke-150 dunia telah mencatatkan […]

Siaran Langsung Undian Piala Dunia U17: FIFA U-17 World Cup Indonesia 2023 | Live Stream

Undian Piala Dunia U17 akan berlangsung pada 15 September 2023 dengan tumpuan terarah kepada wakil ASEAN, Indonesia yang menyertai selaku tuan rumah pada edisi kali ini. Piala Dunia U17 akan berlangsung di Indonesia bermula pada 10 November hingga 2 Desember akan datang. Undian yang berlangsung di Zurich, Switzerland ini menyaksikan Indonesia bakal menerima cabaran sengit […]