Ed Sheeran ‘Mengalah’, Stadium Gelora Bung Karno Bakal Jadi Venue Aksi Indonesia & Vietnam

Penyokong Indonesia kini menghela nafas lega terima kasih kepada perubahan yang dibuat promoter konsert penyanyi British terkenal, Ed Sheeran. Voice of Indonesia melaporkan konsert jelajah penyanyi itu yang sepatutnya diadakan di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada 2 Mac ini kini ditukar lokasinya ke Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS). Keputusan ini dibuat oleh promoter konsert, AEG […]

BATC: Indonesia Tamatkan Perjuangan Hebat Malaysia

Malaysia terpaksa menelan kepahitan tersingkir dalam kejohanan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024 selepas tumpas kepada Indonesia pada Jumaat. Malaysia yang muncul naib juara kumpulan Y diundi berdepan juara bertahan edisi lalu bagi saingan wanita, Indonesia yang menjuarai kumpulan Z dalam aksi suku akhir ini. Skuad wanita negara menurunkan K. Letshanaa sebagai perseorangan pertama menggantikan […]

Indonesia Akan Bawa Masuk Lebih Ramai Pemain Warisan Berkualiti Tinggi

Pengerusi PSSI, Erick Thohir mengatakan akan memasukan lebih pemain warisan yang berkualiti tinggi untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Beliau akui ada beberapa calon sudah dikenalpasti untuk dipilih tetapi masih dalam perbincangan. Perkara itu dikongsikan di dalam temubual Erick Thohir bersama TvOne yang turut menjelaskan beliau akan berhubung dengan pemain warisan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun, nama pemain-pemain […]

Hasrat Penjaga Gol Belanda ‘Bantu’ Indonesia Berisiko Terhalang

Usaha Indonesia untuk menjadikan Maarten Paes sebagai pemain warisan terbaru mereka dijangka berdepan kesukaran. CNN Indonesia melaporkan usaha ini berdepan kesukaran kerana Paes pernah beraksi untuk skuad Belanda Bawah 21 Tahun (B-21). Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemain boleh mewakili pasukan kebangsaan baru sebelum berusia 21 tahun. Perubahan ini dengan syarat mereka […]

Shin Tae-yong Sanggup Ke Eropah Cari Peledak Kacukan Indonesia

Shin Tae-yong_PSSI

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong bersedia terbang ke Eropah untuk mencari peledak kacukan terbaik untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Jurulatih berusia 54 tahun itu mahu mendapatkan penyerang berkualiti bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan Indonesia. Malah beliau sudah melakukan perbincangan bersama pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia, Erick Thohir tentang perkara tersebut. “Saat ini saya sudah berdiskusi […]

AFC eAsian Cup: Indonesia Muncul Juara Asia, Tewaskan Jepun

Pasukan e-sukan Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara edisi sulung AFC eAsian Cup. Ini selepas mereka mengatasi wakil Asia Timur, Jepun dalam aksi final yang diadakan di Virtuocity eSports Arena, Doha semalam. Perlawanan final ini dinantikan ramai peminat e-sukan kedua-dua negara kerana kedua-dua pasukan sebelum ini bertembung di peringkat kumpulan. Pertembungan Indonesia-Jepun menyaksikan Indonesia […]

Kelab Indonesia & Thailand Jadi Pilihan Ong Kim Swee

Kelab Indonesia dan Thailand dijangka bakal menjadi lawan pasukan Sabah FC sebelum melangkah ke aksi separuh akhir Piala AFC 2023. Pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee membawa reputasi hebat di Asia selepas melayakkan diri ke pusingan berikutnya. Cabaran berikutnya yang menanti The Rhinos adalah wakil Australia, Macarthur FC yang kini turut berada dalam momentum yang […]

Shin Tae-yong Buru 4 Lagi Pemain Belanda, Tekanan Buat Pemain Tempatan

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini sedang giat memburu empat lagi pemain warisan Indonesia kelahiran Belanda untuk memperkuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong untuk aksi antarabangsa seterusnya. Empat pemain tersebut adalah pemain sayap Fortune Sittard, Ragnar Oratmangoen, pemain pertahanan kiri Heerenven, Nathan Tjoe-A-On, pemain tengah Heerenven, Thom Haye dan penjaga gol FC Dallas, Maarten Paes. […]

Kumpulan Indonesia & Thailand Hadapi Nasib Sama Di Qatar

Kumpulan yang dihuni oleh dua pasukan di Asia Tenggara, Indonesia dan Thailand mengalami nasib serupa di Piala Asia AFC 2023. Sang Garuda terpaksa menelan hakikat pahit untuk menamatkan cabaran pada pusingan ke-16 setelah tewas kepada Australia dengan keputusan 4-0. Thailand pula mengharungi tempoh yang cukup baik pada kempen kali ini namun terpaksa akur ditundukkan. oleh […]

Faisal Halim ‘Bantu’ Naikkan 60% Pasaran Ortuseight Di Malaysia

Prestasi cemerlang Faisal Halim bukan sahaja menaikkan populariti dirinya namun kini turut membantu melonjakkan nilai pasaran jenama terkemuka, Ortuseight di Malaysia. Pengurus Faisal Halim dalam bidang penjenamaan iaitu Encik Azrin Abdul Malik telah berkongsikan perkara tersebut kepada Astro Arena. Encik Azrin yang turut merupakan bekas pemain bola sepak tempatan mengakui pada mulanya tidak mudah untuk […]

4 Pasukan Kumpulan D Tersungkur Awal Di Qatar

Tiada satu pun pasukan daripada Kumpulan D yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia AFC 2023. Kekalahan Jepun di tangan Iran dengan keputusan 2-1 menamatkan perjalanan kesemua pasukan Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pada awal saingan. Sungguhpun memiliki tiga wakil ke pusingan kalah mati, Indonesia menjadi wakil pertama teringkir selepas dibelasah Australia […]

Indonesia & Arab Saudi ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia

Tiga pasukan termasuk Indonesia dan Arab Saudi difahamkan bakal menjadi lawan kepada skuad muda Malaysia menjelang sepak mula Piala Asia B-23 di Qatar tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres Garrido telah mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ini menentang China B-23 dan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Malaysia melakukan perubahan jurulatih selepas bekas pengendali, […]

Badminton Malaysia Bakal Terima Sentuhan Berbisa Indonesia

Khabar gembira menanti skuad badminton Malaysia apabila akan memiliki tenaga pakar dari negara jiran, Indonesia. Berita ini dikongsikan menerusi satu ciapan yang dilakukan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir bahawa seorang jurulatih kelahiran Indonesia bakal memperkuat barisan kejurulatihan negara dengan tumpuan beliau ke arah membantu pemain beregu wanita negara. “Difahamkan seorang lagi tenaga pengajar dari Indonesia […]

Shin Tae-yong Bakal Tinggalkan Indonesia?

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong disebut-sebut bakal melepaskan peranannya pada bulan Jun ini selepas beberapa tahun mengemudi pasukan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa Sang Garuda ke pusingan kalah mati namun tewas besar kepada Australia dengan keputusan 4-0. Timnas Indonesia juga mengharungi tempoh yang cukup baik sejak dikendalikannya selepas naik ke kedudukan 142 […]

Graham Arnold Sudah Jangka Corak Permainan Indonesia

Subway Socceroos-arnold

Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold mengakui sudah menjangkakan corak permainan skuad Indonesia disebalik tentangan hebat yang diterima Australia dalam aksi pusingan 16 Piala Asia 2023. “Kredit buat pasukan Indonesia, mereka beri aksi sukar kepada kami. Mereka mempunyai fizikal yang besar dan kuat jadi ia amat sukar namun kualiti penyudah kami berfungsi setelah kami menerapkan sesi […]

AFC Asian Cup: Australia Mudah Singkirkan Indonesia 4-0

subway socceroos-australia

Australia menamatkan perjuangan hebat Indonesia di Stadium Jassim bin Hamad untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. Skuad kendalian Graham Arnold menurunkan barisan pemain terbaik seperti Mathew Ryan, Harry Souttar, Jackson Irvine dan Martin Boyle manakala pasukan Garuda mengekalkan muka-muka penting seperti Jordi Amat, Sandy Walsh, Elkan Balggott dan Asnawi Mangkualam. Indonesia menerima […]