Pratama Arhan Yakin Indonesia Tak Takutkan Australia

Pertahanan Indonesia, Pratama Arhan yakin Indonesia sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran Australia. “Persiapan menentang Australia sangat rapi dan teratur. Ahli pasukan mencurahkan seluruh masa dan tenaga untuk memastikan setiap aspek sempurna untuk aksi bertemu Australia.” “Bermain di pusingan 16 amat bermakna buat Indonesia dan setiap pemain sedang memberikan yang terbaik. Ianya sukar namun kami […]

Indonesia Cipta Sejarah Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia

Skuad Indonesia berjaya melakar sejarah baharu apabila melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup. Perkara ini disahkan menerusi satu hantaran di akaun rasmi AFC Asian Cup yang memaparkan poster Indonesia sebagai salah satu negara yang berhasil melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke pusingan kalah mati. “Indonesia meloloskan diri melepasi ke pusingan 16 […]

AFC Asian Cup: Jepun Tak Berdepan Masalah Tewaskan Indonesia

Jepun tepati ramalan apabila cemerlang menewaskan pasukan dari Asia Tenggara, Indonesia di pentas Piala Asia 2023. Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada Jepun. Jepun berjaya menjaringkan gol seawal minit keenam permainan menerusi sepakan penalti. Kekasaran kapten Indonesia, Jordi Amat mengundang padah apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Jepun. Ayase Ueda mudah […]

Perpindahan Ke Indonesia Tertangguh, Sergio Aguero Pilih Kekal Di Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero memilih untuk kekal beraksi di Malaysia sekali gus menepis gosip perpindahan sebelum ini yang mengaitkan beliau ke Liga Indonesia. Tonggak Sri Pahang itu telah disahkan menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah yang bakal menyaksikan beliau beraksi bersama pasukan itu untuk dua musim lagi. Perkara itu telah dikongsikan pihak pengurusan […]

Takehiro Tomiyasu Tidak Akan Benarkan Indonesia Jaring Gol

tomiyasu-japan

Takehiro Tomiyasu tidak akan membenarkan Indonesia menjaringkan sebarang gol dalam aksi terakhir kumpulan D kelak. Pemain pertahanan Jepun tersebut mahu membantu Jepun meraih cleansheet pertama setelah dibolosi 4 kali dalam 2 perlawanan menentang Vietnam dan Iraq. “Ini bukan perlawanan yang mudah. Tidak ada perlawanan mudah dalam Piala Asia. Kita harus belajar daripada kesilapan sewaktu melawan […]

“Bola Sepak Indonesia Sedang Membangun” – Shin Tae-yong

timnas indonesia-shin tae-yong

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mahu memberikan yang terbaik menentang Jepun untuk membuktikan bola sepak Indonesia sedang membangun. “Sudah tentu Jepun pasukan pilihan utama. Perlawanan sukar buat Indonesia tetapi kami mahu tampilkan aksi cemerlang dan saya mahu tunjukkan bola sepak Indonesia sedang membangun.” “Ada banyak senario untuk Indonesia layak ke pusingan 16 namun saya tidak […]

AFC Asian Cup: Indonesia Mahu Buat Sejarah Baharu

Pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri mahu membantu negaranya mencipta sejarah baharu buat bola sepak negaranya. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa Jepun merupakan lawan yang berkualiti dan mereka sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini. “Jepun adalah salah satu pasukan terbaik di Asia dan kami bersedia untuk menghadapi mereka.” Pemain berusia 24 tahun […]

AFC Asian Cup: “Indonesia Boleh Jatuhkan Kami” – Takefusa Kubo

Pemain sayap Jepun, Takefusa Kubo mahu rakan sepasukannya tidak memandang rendah dengan kekuatan Indonesia.  Beliau percaya Skuad Garuda mampu menjatuhkan Samurai Blue dengan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Indonesia dalam 2 perlawanan sebelum ini.  “Jika kita sudah memikirkan tentang perlawanan seterusnya menentang Korea, Indonesia boleh membuat kita jatuh,” kata Kubo, dipetik media Jepun, Soccer King. […]

Ranking FIFA: Indonesia Bakal Pintas Malaysia Dengan Satu Cara

Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia setelah mengharungi kempen yang cukup cemerlang di pentas Piala Asia AFC 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong bermula agak sumbang selepas tewas kepada Iraq dengan keputusan 3-1 namun kembali bangkit untuk menundukkan Vietnam. Kemenangan itu telah membuka jalan buat Sang Garuda menghampiri kelompok 130 dunia sekaligus memberikan tekanan kepada Malaysia […]

AFC Asian Cup: Pemain Vietnam Bertindak Ganas, Siku Muka Jordi Amat

Disebalik kemenangan tipis Indonesia ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan D Piala Asia 2023 semalam, beberapa insiden kekasaran yang dilakukan pemain Vietnam menjadi perhatian ramai. Dalam satu video yang dikongsikan MakanBola Indonesia, beberapa insiden kekasaran dapat dirakam kamera. Antaranya ialah insiden sikuan terhadap pemain pertahanan, Jordi Amat. Kekasaran ke atas Jordi Amat itu berlaku dalam […]

AFC Asian Cup: “Indonesia Menang Kerana Kesilapan Kecil” – Philippe Troussier

Kesilapan kecil yang dilakukan pemain Vietnam telah menghadiahkan kekalahan kedua Vietnam dalam saingan Piala Asia 2023 ini. Itu merupakan perkara yang bermain di dalam fikiran jurulatih Vietnam, Philippe Troussier selepas menyaksikan anak buahnya terpaksa akur tewas dengan jaringan penalti Asnawi Mangkualam. “Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini. Ia adalah perlawanan berkualiti tinggi di mana keputusan […]

AFC Asian Cup: Indonesia Tewaskan Vietnam

Asian Cup Indonesia Vietnam

Indonesia berjaya menewaskan Vietnam untuk meraih kemenangan pertama di pentas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong menampilkan aksi bertenaga apabila kerap menekan pemain Vietnam dan pantas melakukan serangan sehinggakan Vietnam bergelut untuk menyerang. Sandy Walsh hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-36 namun tandukan beliau berjaya ditepis penjaga gol Vietnam, Philip Nguyen. Indonesia akhirnya […]

AFC Asian Cup: Beraksi Lawan Indonesia Ibarat Final, Kata Jurulatih Vietnam

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier membayangkan aksi pasukan kendaliannya menentang Indonesia dalam aksi kumpulan D AFC Asian Cup bakal menjadi perlawanan yang sengit. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan berkata, anak-anak buahnya akan turun berjuang habis-habisan untuk menewaskan Indonesia dan layak ke pusingan seterusnya. “Pemain Vietnam akan memasuki permainan (menentang Indonesia) dengan semangat juang, […]

AFC Asian Cup: Marselino Ferdinan ‘Gegar’ Qatar, Asnawi Jadi Pemain Terburuk Lawan Iraq

Aksi Kumpulan D Piala Asia 2023 menyaksikan Indonesia tewas 3-1 kepada Iraq. Perlawanna sama turut menyajikan kisah berbeza buat Marselino Ferdinan dan Asnawi Mangkualam. Nama Marselino menjadi sebutan kerana menyumbat gol tunggal Tim Garuda semasa menentang Iraq. Selain mencipta gol pada minit ke-36, beliau juga hampir meletakkan Timnas Indonesia di hadapan seawal minit keempat. Bagaimanapun, […]

AFC Asian Cup: Shin Tae-Yong Akui Pemain Indonesia Gugup

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menyifatkan barisan pemain muda kegugupan ketika beraksi dalam perlawanan pertama Piala Asia tempoh hari.  Indonesia terpaksa akur tewas kepada pasukan Iraq dengan keputusan 1-3.  Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu percaya pasukannya telah melakukan persediaan yang rapi menjelang perlawanan pertama. “Kami telah membuat persediaan dengan baik, tetapi hanya kerana terdapat begitu  […]

Kelab K-League 1 Sambar Pratama Arhan

Selepas meninggalkan kelab J2 League, Tokyo Verdy pada penghujung tahun lepas, bek kiri Indonesia, Pratama Arhan akan terus beraksi di Asia. Ini selepas pemain pertahanan berusia 22 tahun itu sah menyertai kelab baru K-League 1, Suwon FC. Perpindahan tersebut diumumkan kelab K-League 1 itu hari ini. Ini menjadikan Arhan sebagai pemain Indonesia kedua beraksi di […]