Indonesia Selangkah Pintas Malaysia

Skuad kebangsaan Indonesia kini menghampiri kedudukan ranking FIFA pasukan Malaysia. Selepas meraih kemenangan mengatasi Vietnam pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 malam semalam, skuad kendalian Shin Tae-yong telah melonjak naik di ranking ke-138 dunia. Keputusan 1-0 yang diraih Indonesia menerusi jaringan Egy Maulana Vikri memastikan Skuad Garuda mendaki lima anak tangga, mengutip sebanyak 15.37 mata […]

Indonesia Lakar Kejutan Benam Vietnam

Indonesia mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Vietnam untuk tahun 2024 selepas Indonesia sekali lagi memenangi perlawanan di antara kedua-dua pasukan bagi aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi. Indonesia menurunkan barisan terkuat bagi meraih kemenangan manakala Vietnam meletakkan dua bintang utama pasukan, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tien Linh di bangku simpanan. […]

Doan Van Hau: Kalau Mereka Bagus, Mereka Takkan Pilih Indonesia

Pertahanan kental Vietnam, Doan Van Hau menganggap kualiti pemain naturalisasi Indonesia hanyalah bertaraf Asia Tenggara. Memetik laporan VNExpress, pemain berusia 25 tahun itu menganggap tiada sebab untuk Vietnam takut berdepan Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda dan Vietnam berada dalam Kumpulan F dengan Indonesia menghuni tangga tercorot kumpulan hasil satu mata bertemu […]

Selangor Bakal Bertemu Kelab Indonesia?

Pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC dikhabarkan bakal bertemu kelab dari Indonesia.  Memetik laporan Astro Arena, The Red Giants bakal mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru bertemu kelab dari tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mempersiap dan menguji kekuatan pasukan sebelum menghadapi saingan musim baharu 2024/2025. Sebelum ini, Selangor pernah […]

Indonesia Sisihkan Jordi Amat Lawan Vietnam

Pertahanan Indonesia, Jordi Amat bakal terlepas peluang untuk membantu Indonesia berdepan Vietnam dalam aksi kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Perkhabaran ini disahkan oleh Persatuan SepakBola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi kenyataan di laman web rasmi tanpa dinyatakan secara terperinci kecederaan yang dialami pemain JDT itu. Selain Jordi Amat, Indonesia juga tempang […]

Marc Klok: Vietnam Sedang ‘Ketar-Ketir’

Pemain tengah naturalisasi Indonesia, Marc Klok mengatakan pasukan Vietnam sedang ‘Ketar-Ketir’ dengan perubahan positif yang dipamerkan pasukan Indonesia sejal kebelakangan ini. Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mencetuskan kontroversi yang mana pemain tengah Vietnam, Do Duy Manh mengatakan berdepan dengan Indonesia seperti bertemu dengan pasukan Belanda. Do Duy Manh menjelaskan ini kerana pasukan Vietnam tidak […]

“Kami Akan Lawan Belanda Atau Indonesia?” – Do Duy Manh

Pemain Vietnam, Do Duy Manh sempat menyindir mengenai lawannya, Indonesia menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Beliau berkata, melalui maklumat yang mereka dapati, Indonesia kini berbeza apabila diperkuat dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara seperti Justin Hubner, Sandy Walsh, Rafael Struijk dan lain-lain. “Menerusi maklumat […]

Justin Hubner Ke Jepun, Kini Milik Cerezo Osaka

Kelab Jepun, Cerezo Osaka berjaya menyambar khidmat pertahanan muda Indonesia, Justin Hubner bagi musim 2024. Perpindahan pemain berusia 20 tahun ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial kelab berkenaan. “Justin Hubner menyertai Cerezo Osaka secara pinjaman daripada Wolverhampton Wanderers FC!,” tulis Cerezo Osaka di kapsyen hantaran tersebut. Hubner yang sebelum ini beraksi buat skuad […]

Vietnam Sisih 5 Pemain Tunjang Hadapi Indonesia

Skuad kebangsaan Vietnam tempang tanpa lima tonggak utama menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk tugasan antarabangsa pada Mac ini. Lima pemain yang terpaksa disisihkan Philippe Troussier menurut TheThao247 ialah Dang Van Lam, Que Ngoc Hai, Doan Van Hau, Nguyen […]

Kejohanan Kelab Jerman & Indonesia Bakal Jadi Kenyataan

Sebuah kejohanan antara kelab Jerman dan kelab Indonesia bakal menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Jerman (DFL) mengumumkan kolaborasi bersama Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). Sebelum ini sebuah delegasi diketuai oleh Presiden PSSI, Erick Thohir telah melakukan lawatan ke Frankfurt, Jerman bagi membincangkan perihal bola sepak Indonesia dalam memperkuatkan dua aspek penting iaitu kepakaran teknikal […]

Indonesia Bawa 11 Pemain Luar Negara Gempur Vietnam

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan senarai 28 orang pemain yang dipilih ketua jurulatih, Shin Tae-yong ke kem latihan Timnas Indonesia. Daripada 28 pemain yang berada dalam senarai kali ini, seramai 11 orang pemain yang beraksi di luar negara dipertaruhkan Indonesia. Antara pemain tersebut ialah Asnawi Mangkualam (Port FC), Ivar Jenner (Utrecht FC), Jay Idzes […]

Malaysia & Indonesia Cipta Kebanggaan Di Mata Asia

Selepas Faisal Halim mengharumkan nama Malaysia dan ASEAN dengan memenangi anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023, giliran bintang Indonesia, Yakob Sayuri pula menuruti jejak langkahnya. Pemain sayap kanan PSM Makassar itu mengharumkan nama Indonesia dan ASEAN dengan menggondol anugerah Bantuan Gol Terbaik Piala Asia 2023. Pengumuman keputusan itu dibuat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi […]

Pakar Dari Jepun Kini Jurulatih Skuad Wanita Indonesia

Indonesia mengambil langkah ke hadapan bagi meningkatkan kualiti bola sepak wanita mereka. Ini selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan pelantikan jurulatih baharu dari Jepun, Satoru Mochizuki bagi mengendalikan skuad bola sepak wanita negara itu. Pengumuman ini dibuat menerusi ciapan rasmi di akaun PSSI dan berharap pelantikan ini dapat membawa skuad bola sepak wanita lebih […]

Korea Selatan Berisiko Jadi Seperti Indonesia

Arena bola sepak Korea Selatan dalam bahaya selepas pendedahan yang dibuat bekas pembantu jurulatih Korea Selatan, Andreas Herzog. Menerusi beberapa laporan yang tular di media sosial, Herzog dikatakan membuat pendedahan bahawa Presiden KFA terpaksa membuat keputusan memecat Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih kerana tekanan politik. Herzog juga berpendapat bahawa pergelutan antara Son dan Kangin memusnahkan […]

Shin Tae-yong Tarik Minat Korea Selatan, Bakal Tinggalkan Indonesia?

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong hangat diperkatakan untuk membuat kepulangan ke Korea Selatan. Masa depan pengendali berusia 54 tahun itu kembali hangat diperkatakan selepas difahamkan kontraknya bakal berakhir Jun ini. Beliau memilih untuk kekal membawa Timnas Indonesia ke Piala Asia 2023 di Qatar dan menyambung kontrak baharu selama 6 bulan. Khidmat beliau bagaimanapun […]

Ranking FIFA: Thailand & Indonesia Catat Peningkatan Tertinggi Negara Asean

Negara jiran, Thailand dan Indonesia terus mendaki tangga ranking FIFA pasca kempen Piala Asia yang lalu. Menerusi ciapan terbaharu daripada Asean Football menyaksikan Thailand dan Indonesia mencatatkan peningkatan drastik selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia bulan lepas. Thailand merupakan pasukan Asean yang merekodkan peningkatan tertinggi dengan lonjakan sebanyak 12 anak […]