Ranking FIFA: Malaysia Peroleh 3.57 Mata Tambahan Selepas Tewaskan Thailand

Kemenangan menerusi sepakan penalti terhadap Thailand membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir King’s Cup 2022 edisi ke-48 sekaligus memberikan penambahan positif buat mata ranking FIFA Malaysia. Malaysia berjaya memperoleh 3.57 tambahan mata ranking FIFA hasil kemenangan menerusi sepakan penalti terhadap pasukan Thailand. Malaysia yang pada asalnya berpeluang memperoleh tambahan 6.07 mata terlepas peluang keemasan memungut […]
King’s Cup: Malaysia Ke Final Hampakan Thailand

Aksi separuh akhir yang melibatkan pasukan Harimau Malaya yang turun menentang pasukan tuan rumah, Thailand berkesudahan dengan kemenangan bermakna milik Malaysia. Malaysia turun dengan barisan terbaik dengan nama seperti Brendan Gan dan juga Safawi Rasid kembali dalam kesebelasan utama pasukan jelas mampu memberi impak yang cukup luar biasa. Menentang jaguh yang beraksi di laman sendiri, […]
Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia (King’s Cup)

Thailand diundi bertemu Malaysia dalam perlawanan ke-2 King’s Cup 2022 di Thailand. Thailand sebelum ini belum pernah menang menentang Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan perlawanan ini sudah pasti bakal digunakan sebaik mungkin beraksi di halaman sendiri untuk menewaskan Malaysia. Namun skuad Kim Pan-gon yang sebelum ini mara ke Piala Asia 2023 dilihat agak […]
Dion Cools Pastikan Malaysia Bermati-Matian Julang King’s Cup

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools mahu memastikan beliau dan rakan-rakan akan turun berjuang habis-habisan untuk menjulang King’s Cup di Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu kini tampil dengan aksi konsisten sejak tiba di Czech untuk menyertai FK Jablonec. Katanya, beliau percaya bahawa pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mahu memanfaatkan pengalaman yang dimilikinya di pentas […]
Mukhairi Ajmal: Taktikal Baru Kim Pan-gon Cetuskan Revolusi

Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal mengakui bahawa taktikal baru yang dibawa oleh Kim Pan-gon telah mencetuskan revolusi dan semangat yang tinggi buat semua pemain. Beliau menjelaskan skuad Harimau Malaya telah membuat persiapan yang awal dan rapi bagi mengharungi saingan Piala Raja Thailand itu kerana mereka sudah selesa dengan sistem baru yang direncanakan oleh Pan-gon. Mukhairi […]
Impak Dion Cools Bakal Jadi Kunci Harimau Malaya di King’s Cup

Kemenjadian pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools ditagih untuk membantu pasukan negara dalam kejohanan King’s Cup di Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu kini sedang menikmati musim cemerlang setelah melengkapkan perpindahan ke kelab Republik Czech, FK Jablonec. Bekas bintang Club Brugge ini kembali mendapat rentak terbaiknya bersama kelab tersebut apabila berjaya menjaringkan gol dalam aksi […]
Aura Penyokong Sabah Bantu Tingkatkan Semangat Dominic Tan

Pemain pertahanan kebangsaan, Dominic Tan mengakui aura penyokong Sabah ketika bermain di kelab telah membantu meningkatkan prestasi beliau untuk beraksi menentang Thailand kelak. Beliau menjelaskan bahawa setiap pemain yang menyertai skuad negara adalah yang terbaik. Tetapi, jika dipilih turun dalam kesebelasan utama beliau sudah pasti akan beraksi dengan cemerlang. Sementara itu, Dominic turut menyatakan persediaan skuad […]
Azam Azih Selesa Jalankan ‘Arahan’ Kim Pan-gon

Perancang tengah Harimau Malaya, Azam Azih sedia memberikan yang terbaik buat skuad kebangsaan sungguhpun sedang berusaha mendapatkan semula rentak terbaiknya. Anak jati kelahiran Maran, Pahang ini merupakan antara pemain yang sering mendapat tempat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sejak era Tan Cheng Hoe lagi. Beliau kekal menjadi taruhan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan ini bagi […]
Kim Pan-gon Kenal Pasti 3 Barisan Kapten Masa Hadapan Harimau Malaya

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon difahamkan telah pun menyenarai pendek tiga calon untuk mengetuai Harimau Malaya pada kejohanan King’s Cup ini. Pengendali berusia 54 tahun itu sebelum ini telah pun menaklumkan bahawa beliau sedang melakukan penilaian terhadap pemain yang berpotensi untuk memimpin pasukan. Menerusi satu kenyataan oleh FAM, mereka memaklumkan bahawa Pan-gon sudah pun […]
Kim Pan-gon: Pemain Malaysia Ada Karakter Yang Bagus

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon teruja dengan karakter yang dimiliki oleh barisan pemain negara sebelum bertandang ke Thailand minggu hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berpuas hati dengan mentaliti anak didiknya tatkala mereka tidak akan berdepan tugas mudah dalam kejohanan kali ini. Katanya, beliau gembira dengan barisan pemain yang dipanggilnya kali ini dan yakin […]
Kim Pan-gon Gugurkan Shahrul Saad

Pertahanan kental Harimau Malaya, Shahrul Saad sah digugurkan daripada pasukan menjelang Piala Raja Thailand tidak lama lagi. Pemain berusia 28 tahun itu pada mulanya tersenarai dalam kalangan 25 orang pemain yang dipanggil menjalani kem latihan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kim Pan-gon terpaksa melupakan khidmat pemain JDT […]
Kim Pan-gon Teruja Dengan Barisan Pemain Muda

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keterujaannya terhadap barisan pemain muda yang dipanggil bagi memacu cabaran negara kali ini. Pengendali berusia 54 tahun itu telah membuat keputusan untuk membawa beberapa orang muka baharu yang lebih segar bagi berdepan cabaran Thailand 22 September ini. Katanya, beliau mahu menggunakan peluang ini untuk melihat kemampuan sebenar pemain masa […]
4 Bintang Terengganu Bakal Ikut Langkah Nafuzi Zain

Berita mengenai situasi semasa ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain sudah pun diketahui umum. Menerusi satu pengumuman rasmi oleh beliau sendiri, Nafuzi telah pun menyatakan secara terbuka bahawa musim ini mungkin menjadi musim terakhir bersama Terengganu. Beliau yang sudah memasuki musim ketiga bersama pasukan dari Pantai Timur itu difahamkan mahu membawa haluan baharu bagi memperoleh […]
Panggilan ‘Kecemasan’ Nurshamil Ghani Ke Kem Kim Pan-gon ?

Penyerang berbisa Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani dikatakan telah pun mendapat panggilan oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tunjang utama bagi bahagian serangan The Red Warriors pada musim ini. Nurshamil difahamkan bakal memperkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan pada bulan September ini. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh […]
Darren Lok Mahu Meledak Sebelum Tampil Bersama Harimau Malaya

Penyerang berbisa PJ City FC, Darren Lok berazam untuk meledak ketika melayan kunjungan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim di Kelana Jaya esok. Pemain kelahiran Malaysia-England itu merupakan tonggak penting pada bahagian serangan The Phoenix musim ini selepas bergelar selalu penjaring terbanyak kelab setakat ini. Tatkala melayan kunjungan pasukan Harau Selatan di laman sendiri, penyerang berusia 31 […]
KL City Minta FAM Lepaskan Duo Bintang Kelab Daripada Tugasan Kebangsaan

Kuala Lumpur City FC meminta pengecualian dua bintang mereka daripa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada tugasan antarabangsa September ini. Hal ini difahamkan apabila skuad The City Boys tidak mempunyai pemain yang mencukupi untuk menempuh beberapa perlawanan yang akan diadakan serentak dengan tugasan Harimau Malaya. Menerusi satu ciapan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau memaklumkan […]