Nafuzi Zain Sambut Baik Pemain Terengganu Dipanggil Kim Pan-gon

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain menyambut baik seruan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang memanggil beberapa pemainnya bersama skuad kebangsaan. Pengendali kelahiran Kelantan itu yakin pentas antarabangsa merupakan medan terbaik buat anak buahnya untuk tampil lebih matang dan memperbaiki corak permainan. Katanya, peluang yang dimiliki oleh tiga orang pemain pasukan pantai timur itu […]
Reaksi ‘Mahal’ Kalamullah Selepas Dapat Panggilan Harimau Malaya

Reaksi penjaga gol Petaling Jaya City FC, Kalamullah Al-Hafiz yang kelihatan begitu gembira selepas mendapat panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan. Pemain berusia 27 tahun itu sudah beberapa kali hampir tersenarai bersama Harimau Malaya namun digugurkan. Namun begitu, reaksi puas beliau akhirnya terpancar selepas mendapat tahu bahawa namanya tersenarai dalam kalangan 25 orang pemain yang dipanggil […]
Dion Cools Sertai Jablonec, Kekal Beraksi Di Eropah

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menafikan desas-desus beliau pulang beraksi di Malaysia apabila difahamkan kekal beraksi di Eropah bersama FK Jablonec. Pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini telah pun beraksi bersama kelab Denmark, FC Midtjylland selama 2 musim dalam 53 perlawanna secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu telah pun mencapai kata sepakat […]
Thailand Jadi Lawan Malaysia Di King’s Cup

Harimau Maya akan memulakan aksi dalam Kejohanan Piala Raja Thailand (King’s Cup) berdepan dengan tuan rumah, Thailand. Kejohanan empat penjuru itu menyaksikan pasukan kebangsaan yang kini berada pada kedudukan ke-147 dunia akan bertemu dengan tuan rumah pada perlawanan yang akan diadakan pada 22 September nanti. Anak didik kendalian Kim Pan-gon yang kini dalam prestasi terbaik […]
Tonton: Gerakan Tenang Bersahaja Afiq Fazail ‘Ala’ Futsal Berdepan Terengganu

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail sekali lagi membuktikan mengapa posisinya di JDT tidak tergugat menerusi satu persembahan luar biasa pada pentas final Piala FA. Perancang berusia 27 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan bersama Leandro Velazquez dan juga Natxo Insa. Persefahaman yang wujud antara mereka bertiga sememangnya berjaya mematahkan […]
Pemain Kacukan Dikatakan Minta Bayaran Tak Masuk Akal Perkuat Harimau Malaya

Pemain kacukan negara dilaporkan meminta bayaran yang tidak masuk akal kepada FAM sekiranya khidmat mereka ditagih untuk memperkuat Harimau Malaya. Seperti yang sedia maklum, Malaysia dilimpahi oleh nama-nama pemain kacukan yang tidak asing lagi seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Brendan Gan dan Darren Lok yang telah bertungkus-lumus membantu pasukan kebangsaan. Terbaru, skuad kendalian Kim Pan-gon […]
Lee Tuck Perkuat Harimau Malaya Di King’s Cup?

Kehadiran pemain naturalisasi terbaru negara, Lee Tuck mampu untuk menjadi tonik tambahan buat pasukan kebangsaan namun pemilihannya masih lagi jadi tanda tanya. Berita mengenai proses naturalisasi pemain kelahiran England ini telah pun disahkan oleh beliau sendiri di laman rasmi Instagramnya baru-baru ini. Pemain berusia 34 tahun ini difahamkan sudah pun cukup tempoh lima tahu di […]
Pertahanan Sabah Dalam Pantauan Kim Pan-gon

Pertahanan pasukan Sabah FC dikatakan merupakan salah satu calon terbaik untuk mengisi slot ke kem latihan kebangsaan bulan ini. Umum mengetahui bahawa prestasi pasukan sedang berada pada tahap yang memberangsangkan setelah diambil alih oleh Dato’ Ong Kim Swee. Kini, mereka kekal bersaing untuk merebut slot kedua terbaik selepas kemampuan JDT agak sukar untuk ditandingi. Hal […]
Haziq Nadzli Dalam Radar Kim Pan-gon

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli disebut-sebut sebagai salah satu calon yang kini berada dalam radar Kim Pan-gon. Pemain muda berusia 24 tahun itu merupakan antara penjaga gol berbakat yang dimiliki oleh Malaysia sungguhpun jarang diturunkan. Walau bagaimanapun, bekas penjaga gol bawah 23 tahun negara itu membuktikan beliau mampu kekal pada tahap […]
Azraai Khor Yakin Malaysia Mampu Kejutkan Vietnam

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyifatkan peluang Harimau Malaya untuk melangkah ke separuh akhir cerah pada edisi Piala AFF kali ini selain mampu mencipta kejutan ke atas pasukan Vietnam. Beliau percaya hal ini mampu direalisasikan sekiranya pasukan negara memanfaatkan dua perlawanan awal untuk mengutip 6 mata. Azraai juga yakin ia turut mampu meningkatkan moral […]
Penyokong Harimau Malaya Risau Dengan Naturalisasi Lee Tuck

Pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck akhirnya berjaya mendapat kerakyatan Malaysia selepas melalui satu proses naturalisasi yang agak panjang. Proses tersebut juga menidakkan Lee Tuck untuk tampil dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Lee Tuck sangat disayangi oleh penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan selepas pemain berusia 34 tahun sentiasa memberikan segalanya di atas padang. […]
Kim Pan-gon Bakal Uji Muka Baharu Di King’s Cup

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal menguji muka baharu dalam Kejohanan 4 penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup 2022 di Chiang Mai pada 20 hingga 24 September 2022. Selain itu, dalam perlawanan Piala AFF kelak, beliau akui ada dua pasukan yang akan memberi ancaman kepada skuad kebangsaan iaitu Vietnam dan Singapura. Akan tetapi beliau menganggap […]
Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya?

Jeneral tengah pasukan Selangor FC, Brendan Gan berpeluang untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan tatkala kepulangan beliau memberi sinar baru buat jentera tengah pasukan. Bekas pemain tengah Perak FC ini telah dibelenggu kanser testis dan terlepas hampir semusim untuk beraksi bersama The Red Giants dan juga skuad kebangsaan. Sungguhpun begitu, kepulangan kapten pasukan Selangor ini jelas memberi […]
Khuzaimi Piee: Kami Akan Cuba Bawa Piala AFF Ke Malaysia

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan untuk membantu Harimau Malaya merampas kejuaraan Piala AFF edisi kali ini. Pemain yang mesra disapa Jimie ini menyedari cabaran yang bakal ditempuh oleh beliau dan rakan sepasukan selepas mendapat kumpulan yang seimbang semalam. Sungguhpun beliau akui harapan yang tinggi digalas selepas nama Malaysia dan juga Vietnam menjadi […]
Kim Pan-gon Yakin Harimau Malaya Sedia Cabar Kejuaraan Piala AFF

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan anak didiknya selepas melihat undian yang berlangsung petang tadi. Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok tersebut menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan ini sedar akan cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukannya dengan […]
Piala AFF 2022: Malaysia Berdepan Laluan Mencabar Hadapi Tentangan Vietnam

Undian penentuan yang dijalankan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi kedudukan balang undian pasukan dalam saingan Piala AFF 2022 hari ini menyaksikan Malaysia berdepan laluan mencabar kali ini. Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok petang ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos. Piala […]