Kiraan Sasaran Ranking Malaysia Pada Tahun 2026

Pasukan bola sepak Malaysia dilihat semakin mendaki ranking bola sepak dunia dengan yang terkini tambahan 4.73 mata berjaya dipungut selepas berakhirnya saingan King’s Cup di Thailand semalam. Namun begitu kedudukan ranking Malaysia tidak dapat dipastikan lagi kenaikannya kerana ada beberapa negara lain yang masih belum selesai perlawanan persahabatan masing-masing. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam F:30 […]

Syihan Hazmi Dalam Radar Jurulatih Tajikistan

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt mengakui bahawa ada bintang Malaysia yang berjaya mencuri tumpuannya pada aksi semalam. Pengendali kelahiran Croatia itu mengakui bahawa skuad Harimau Malaya memiliki kualiti untuk menandingi pasukan kendaliannya namun semangat juang mereka berjaya menoktahkan kemenangan. Katanya, beliau tertumpu kepada kelibat penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi yang tampil cemerlang menafikan peluang […]

“Kemasukan Sharul Nazeem Bukan Sebab Taktikal” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akhirnya menjelaskan sebab membawa masuk pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem untuk beraksi pada posisi tengah menentang Tajikistan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan bahawa keputusan itu dilakukan bukan disebabkan oleh percaturan taktikal pasukan. Menentang lawan yang berada pada kedudukan yang lebih baik, beliau mahu membawa elemen fizikal yang lebih bagi […]

Petar Šegrt: Saya Sukakan Sumareh

Ketua jurulatih Tajikisan, Petar Šegrt mengakui beliau sebenarnya sudah jatuh hati dengan aksi pemain sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh. Pengendali berusia 64 tahun itu mengakui bahawa beliau menghadapi tugas yang sukar untuk berdepan dengan anak buah Kim Pan-gon. Katanya, Malaysia telah membawa cabaran yang amat sukar sungguhpun kedudukan Tajikistan jauh lebih baik berbanding skuad kebangsaan […]

Malaysia Peroleh 4.73 Pungutan Mata Ranking FIFA, Berpeluang Naik 2 Anak Tangga

Malaysia menutup tirai kejohanan King’s Cup 2022 dengan penambahan 4.23 mata ranking FIFA selepas menamatkan kejohanan jemputan tersebut sebagai naib juara. Dalam perlawanan terakhir (perlawanan akhir kejohanan), Malaysia tewas menerusi sepakan penalti bertemu Tajikistan sekaligus memperoleh tambahan 1.16 mata ranking FIFA. Dalam perlawanan pertama menentang Thailand, Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus memperoleh tambahan […]

King’s Cup: Tajikistan Juara Tewaskan Malaysia

Pertembungan antara pasukan Malaysia menetang Tajikistan berkesudahan dengan kemenangan milik Tajikistan menerusi sepakan penalti. Kim Pan-gon telah membuat pertukaran dalam kesebelasan utama terutamanya pada bahagian serangan pasukan. Peluang terbaik buat Harimau Malaya hadir menerusi satu serangan balas namun rembatan Akhyar Rashid berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov. Anak didik Petar Segrt memiliki […]

Info Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan (King’s Cup)

Selepas berjaya menewaskan Thailand pada perlawanan pertama, Malaysia mara ke perlawanan akhir King’s Cup 2022 dan berjaya mengutip 3.57 mata ranking FIFA. Thailand pula mengesahkan kedudukan di tempat ke-3 selepas berjaya menewaskan Trinidad & Tobago 2-1 di Chiang Mai. Info dan link siaran langsung ada di bahagian bawah artikel ini. Kesebelasan utama Malaysia Kesebelasan Utama […]

Final King’s Cup Dalam Suasana Hujan?

Pertembungan antara dua pemenang separuh akhir, Malaysia dan juga Tajikistan berkemungkinan bakal diadakan dalam suasana hujan. Keadaan terkini di Chiang Mai, Thailand sudah berada dalam keadaan hujan sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Oleh uanh demikian, perlawanan ini berkemungkinan berlangsung dalam keadaan hujan selepas cuaca pada petang Ahad, 25 September hujan lebat. Namun begitu, keadaan […]

Semua Pemain Berkualiti, Kim Pan-gon Tak Takut Buat Perubahan Hadapi Tajikistan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa beliau akan melakukan perubahan menentang Tajikistan pada final King’s Cup esok. Pengendali berusia 53 tahun itu memuji kualiti yang dimiliki oleh anak didiknya yang sentiasa bersedia tatkala diberikan peluang untuk beraksi. Katanya, pemain Harimau Malaya memiliki mentaliti yang amat baik dan kemampuan yang mampu memberikan sesuatu […]

Declan Lambert Akui Gemuruh Namun Teruja Diberikan Kepercayaan

Pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert mengakui gemuruh apabila ditugaskan untuk masuk menggantikan Khuzaimi Piee ketika menentang Thailand tempoh hari. Namun, pada masa yang sama beliau teruja kerana diberikan kepercayaan untuk beraksi meskipun masa permainan berbaki 10 minit sahaja. “Saya akui sangat gemuruh kerana ini merupakan debut pertama saya namun dalam masa yang sama saya teruja […]

Lee Jeyoon Dirakam Teliti Ulang Kaji Perlawanan Skuad Senior

Juruanalisis prestasi pasukan bawah 23 tahun negara, Lee Jeyoon sudah mula menjalankan tugasnya apabila beliau dikesan turun bagi menganalisis perlawanan pasukan senior. Jeyoon dilihat berada dalam stadium bersama-sama seorang lagi pembantu jurulatih sedang mengumpul data kedua-dua perlawanan pada malam tersebut. Beliau yang memiliki Lesen B AFC (2020) & Analisis Prestasi Tahap 1 KFA (2022) berusaha […]

Rajin Berlari, Darren Lok Buat Perkara Betul

Kejayaan skuad bolasepak negara menumbangkan tuan rumah, Thailand dalam saingan King’s Cup nyata membuka mata ramai pihak mengenai pendekatan yang diterapkan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon. Sejak wisel permulaan ditiupkan, skuad negara tidak henti-henti memberikan tekanan kepada para pemain Thailand. Tekanan-tekanan yang dilancarkan itu juga melibatkan penyerang negara, Darren Lok yang dilihat beraksi dengan […]

Debut Berkualiti Declan Lambert Bersama Harimau Malaya

Pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert pamer aksi cemerlang bagi debut pertamanya bersama Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam saingan King’s Cup 2022. Pemain berusia 24 tahun ini dimasukkan pada minit ke-79 menggantikan Khuzaimi Piee di bahagian pertahanan tengah kiri sehingga tamat permainan. Debut yang lebih bermakna buat dirinya apabila berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti […]

Kombinasi 3 Serangkai Cools, Khuzaimi, Davies Petanda Era Moden Bola Sepak Malaysia

Percaturan yang digunakan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mempertaruhkan tonggak 3 pertahanan tengah membuahkan hasil apabila Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menurunkan Matthew Davies, Dion Cools dan juga Khuzaimi Piee sambil dibantu oleh Arif Aiman dan juga Corbin Ong di bahagian sayap. Sungguhpun berdepan lawan yang […]

Kim Pan-gon Mahu Analisis Semula Kelemahan

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan bahawa beliau perlu segera menganalasis semula kelemahan yang berlaku ketika Malaysia menentang pasukan Thailand malam tadi.  Beliau menjelaskan bahawa anak buahnya kehilangan fokus dan terleka di hujung permainan menyebakan Thailand mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan. Pan-gon juga mengharapkan kesilapan itu tidak akan berulang lagi pada final nanti.  Dalam […]

Syihan Hazmi Buktikan Kemampuan Sebagai Penjaga Gol No.1 Malaysia

Penjaga gol pasukan negara, Ahmad Syihan Hazmi membuktikan kalibernya untuk mengemudi benteng terakhir pasukan menerusi satu persembahan yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Thailand semalam. Pemain berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengemudi gawang gol Harimau Malaya ketika berkunjung ke Chiang Mai. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki dengan ketangkasannya menjadi faktor Malaysia layak […]