T. Saravanan: Kita Perlu Menang

Penyerang muda KL City FC, T. Saravanan menyifatkan perlawanan terakhir Kumpulan H menentang Thailand sebagai perlawanan wajib menang buat skuad B-23 Malaysia. Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menjamin kelayakan Harimau Muda ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara kumpulan. Kedua-dua pasukan ketika ini mengumpul enam mata dengan masing-masing meraih kemenangan kedua ke atas Filipina […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Gah Belasah Filipina

Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan membelasah Filipina 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini. Selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh, jurulatih E. Elavarasan tahu mereka perlu meraih kemenangan besar ke atas Young Azkals. Ini kerana berdasarkan kedudukan empat naib juara kumpulan terbaik ketika ini, Harimau Muda […]

Nooa Laine Harap Diturunkan Berdepan Filipina

Pemain tengah muda negara, Nooa Laine berharap dapat diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan H menentang Filipina petang ini. Nooa sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang Bangladesh kerana keletihan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Finland. Masalah sama turut dialami penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin. Kini, Nooa dilihat sudah bersedia […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia U23: Filipina vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia U23 melibatkan pertembungan antara Filipina dan juga Malaysia menjadi tumpuan pada 9 September 2023. Aksi kedua Kumpulan H menyaksikan percaturan penting ketua jurulatih negara, E. Elavarasan bakal menentukan perjalanan pasukan dalam kejohanan ini. Malaysia mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pembukaan sementara Filipina. tewas 5-0 kepada Thailand. Kemenangan […]

Fergus Tierney: 1-0 atau 5-0 Sama, Kami Nak Menang

Penyerang negara, Fergus Tierney hanya mensasarkan kemenangan ke atas Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H esok tanpa memikirkan jumlah jaringan skuad negara. Malaysia sebelum ini melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pertama kumpulan pada 6 September lalu. Aliff Izwan Yuslan dan Tierney masing-masing menyumbat satu gol dalam perlawanan itu. Bagi pemain berdarah Scotland […]

5 Pemain Liga Malaysia Diseru Bersama Filipina

Pasukan kebangsaan Filipina telah mengumumkan bahawa 5 pemain dari Liga Malaysia bakal menyertai kem latihan pusat September ini. Seperti yang sedia maklum, terdapat aksi persahabatan FIFA bulan September sebagai persediaan terutamanya bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Oleh yang demikian, The Azkals membuat keputusan untuk memanggil barisan terbaik untuk mengharungi beberapa […]

AFF U23: “Kami Jadikan Ini Pengajaran Sebelum Ke Piala Asia” – Christopher Pedimonte

Jurulatih skuad B-23 Filipina, Christopher Pedimonte menyifatkan pengalaman di Piala AFF B-23 2023 dijangka mematangkan lagi anak-anak buahnya sebelum pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini. Beliau mengakui majoriti pemain yang dibawa untuk kejohanan kali ini bukanlah pemain yang bakal diturunkan untuk kejohanan itu nanti. Bagaimanapun, pada masa sama, pengalaman beraksi di kejohanan ini […]

AFF U23: Vietnam Ke Separuh Akhir Selepas Tewaskan Filipina

Vietnam menepati ramalan untuk layak ke separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan C Piala AFF U23. Dalam aksi di Stadium Wilayah Rayong tadi, Vietnam berjaya menewaskan Filipina dengan keputusan 1-0. Penguasaan bola telah dipamerkan barisan pemain Vietnam dengan beberapa percubaan merbahaya telah dilancarkan namun benteng Filipina kebal dalam menahan asakan. Vietnam akhirnya […]

Bekas Bintang JDT Perkuat Filipina Pada Usia 37 Tahun

Bekas bintang JDT menjadi antara pemain yang dipanggil untuk memperkuat pasukan kebangsaan Filipina bagi kem latihan pusat bulan September. Beliau pernah beraksi bersama pasukan Harimau Selatan musim lalu tetapi lebih banyak diturunkan bersama JDT II. Pemain kelahiran Santa Maria, Sepanyol itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara selepas beraksi bersama […]

AFF U23: Aksi Tangan Bocor Penjaga Gol Filipina Curi Perhatian Ramai

Disebalik keputusan seri 2-2 antara Filipina dan Laos, jaringan gol kedua pemain Laos hasil kesilapan mudah penjaga gol Filipina telah mencuri perhatian ramai. Enrico Mangaoang selaku penjaga gol Filipina gagal menangkap kemas percubaan leret dari belah kanan pemain Laos, Souphan Khambai On pada minit akhir perlawanan. Kesilapan mudah Mangaoang menyaksikan Laos berjaya menyamakan kedudukan pada […]

AFF U23: Lambat Panas Punca Filipina Gagal Raih Kemenangan

Kapten Filipina, Yrick Gallantes mengakui pasukannya lambat panas menyebabkan mereka gagal meraih kemenangan dalam aksi bertemu Laos bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan C. “Kami bermula dengan tidak baik namun kami cuba untuk perbaiki permainan kami kemudiannya.” ujar Gallantes kepada pihak media setelah tamat perlawanan. Filipina yang berjaya menjaringkan gol pembukaan bagaimanapun gagal meraih 3 mata […]

AFF U23: Kapten Laos Akui Kesilapan Benarkan Filipina Bangkit

Kapten skuad B-23 Laos, Khamsa Phimmasone mengakui kesilapan yang berlaku pada minit akhir perlawanan membolehkan Filipina meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C Piala AFF B-23. Filipina menyangka sudah mendahului 2-1 menerusi Dennis Chung pada minit ke-93. Namun begitu, pada akhirnya, Souphan Kambai On membantu mereka meraih satu mata pada minit ke-95. “Kesilapan […]

AFF U23: Filipina Diikat Laos

Skuad B-23 Laos diikat Filipina 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C, Piala AFF B-23 (AFF U23) di Stadium Wilayah Rayong, Rayong hari ini. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ialah pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada 2019. Perlawanan tersebut menyaksikan Young Azkals tewas tipis 3-2 kepada Million Elephants. Justeru, tidak hairanlah anak-anak buah Christopher […]

Bintang Filipina Sertai Kelab Gergasi Turki, Antalyaspor

Pemain sayap Filipina, Gerrit Holtmann telah berpindah secara pinjaman dari kelab Bundesliga, VfL Bochum ke kelab Super Lig, Antalyaspor selama semusim. ASEAN Football melaporkan perpindahan ini turut mempunyai klausa perpindahan tetap sekiranya Holtmann menampilkan persembahan memberangsangkan sepanjang berada di Stadium Antalya. Bagi Holtmann, perpindahan ke Antalyaspor dianggap babak baru dalam karier bola sepaknya selepas menghabiskan […]

Indonesia Berdepan Laluan Mudah Ke Piala Dunia

Skuad kebangsaan Indonesia telah diundi dalam saingan kumpulan F menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Pada pusingan pertama aksi kelayakan, Indonesia terlebih dahulu perlu berdepan Brunei sebelum mengesahkan tempat dalam kumpulan F. Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House Bukit Jalil hari ini, Indonesia diundi dalam saingan kumpulan F bersama Iraq, Vietnam […]

New Zealand vs Filipina: Filipina Kejutkan New Zealand Di Piala Dunia

Skuad wanita kebangsaan Filipina mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan New Zealand 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia Wanita 2023 hari ini. Gol tunggal Filipinas disumbang oleh Sarina Bolden pada minit ke-24 menewaskan penjaga gol Football Ferns, Victoria Esson. Gol tersebut dianggap bersejarah kerana ini merupakan gol pertama yang dijaringkan pasukan yang membuat kemunculan […]