Malaysia ‘Cucuk’ Filipina

Malaysia kembali berada di kedudukan terbaik berdasarkan ranking FIFA rasmi selepas negara dari Kepulauan Carribean, St Kitts and Nevis menjadi pemudah cara untuk Malaysia terus menghambat kedudukan Filipina. Harimau Malaya sebelum ini di kedudukan 137 selepas St Kitts and Nevis tewas dua aksi menentang Trinidad & Tobago dan Amerika Syarikat. Dalam dua aksi Piala Emas Concacaf itu, […]

Ranking FIFA: Malaysia Naik Satu Anak Tangga, Kini Ke-137 Dunia

Malaysia kini mencatatkan kemajuan yang cukup memberangsangkan apabila ranking pasukan negara dikhabarkan naik lagi setelah aksi bulan Jun berakhir. Malaysia memperoleh mata maksimum ranking FIFA dalam tetingkap kali ini selepas berjaya memenangi kedua-dua aksi perlawanan persahabatan berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Anak buah Kim Pan-gon mencatatkan kemenangan terhadap Kepulauan Solomon sekaligus memberikan Malaysia […]

Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Diundi Bersama Thailand, Bangladesh & Filipina

Skuad Malaysia B-23 kini mengetahui siapa lawan yang menanti mereka di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Cabutan kumpulan yang dibuat hari ini menyaksikan Harimau Muda ditempatkan bersama Thailand, Bangladesh dan Filipina dalam Kumpulan H. Keputusan undian diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi mereka termasuk Twitter hari ini. Undian […]

Sukan SEA: Skuad Wanita Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina

Biarpun berstatus pasukan bukan pilihan, itu bukan halangan buat skuad wanita Malaysia memaksa Filipina bekerja keras sebelum tewas 1-0 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Ia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi The Azkals berstatus pasukan menduduki ranking ke-49 dunia dan layak ke Piala Dunia 2023 di New Zealand pada Julai ini. Dengan membariskan […]

Sukan SEA 2023: Indonesia Kalahkan Filipina

Skuad B-22 Indonesia memulakan kempen Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2023 dengan langkah kanan hari ini. Ini selepas mereka berjaya mengalahkan skuad B-22 Filipina di Stadium Olimpik. Indonesia yang kali terakhir memenangi pingat emas acara itu pada temasya 1991 pastinya mahu menamatkan kemarau emas mereka dalam temasya kali ini. Sementara Filipina pula mahu […]

Piala AFF: Thailand ‘Kenyang’ Belasah Filipina

Perlawanan peringkat kumpulan A malam ini menyaksikan pertembungan Thailand menentang Filipina yang berakhir dengan keputusan 4-0. Thailand membuka jaringan seawal tiga minit permainan menerusi penyerang berbisa, Teraasil Dangda dengan tandukkan deras menewaskan penjaga gol. Lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, Thailand menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti diambil oleh Teerasil Dangda. Pada minit ke-57 permainan, […]

Piala AFF: Kemboja Kejutkan Filipina

Perlawanan pertama peringkat kumpulan A menyaksikan Kemboja berjaya mengejutkan Filipina dengan keputusan 3-2. Seawal minit permainan dilihat kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Pasukan Kemboja berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-16 permainan menerusi pemain tengah, Reun Bunheing selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukannya. Selang 4 minit permainan, Kemboja sekali lagi berjaya menggandakan jaringan […]

Kim Pan-gon Bukan ‘Hype’, Malaysia Mudah Tumpaskan Filipina 2-0

Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama dibawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon apabila menumpaskan Filipina 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Singapura. Kim Pan-gon mempertaruhkan formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini dimana Farizal Marlias diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten pasukan Harimau Malaya. Dion Cools bermain diposisi asalnya iaitu pertahanan kanan manakala Shahrul Saad dan […]

Kim Pan-gon ‘Selongkar’ Potensi Sebenar Akhyar Rashid

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid memulakan era baharu Harimau Malaya dengan menjadi watak penting ketika menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0. Pemain berusia 23 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dengan bergandingan bersama Syafiq Ahmad dan juga Arif Aiman. Akhyar membuktikan bahawa beliau layak berada dalam skuad utama pada malam ini […]

3 Pemain Filipina Yang Bakal ‘Menyusahkan’ Pemain Malaysia Jaringkan Gol

Perlawanan persahabatan antara Malaysia berdepan Filipina malam ini pastinya akan menjadi perhatian ramai. Para peminat sukan bola sepak terutamanya di Malaysia mahu melihat kemampuan pemain negara di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon. Namun jika diteliti, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang hampir sama dan hanya ranking yang membezakan kedua-dua pasukan. Filipina berada di ranking ke-129 […]

Filipina Panggil Bintang Bundesliga, Gerrit Holtmann Hadapi Cabaran Malaysia

Skuad kebangsaan Filipina telah mengumumkan senarai 25 pemain yang bakal menghadapi aksi persahabatan bertemu Malaysia dan Singapura kelak. Malah Filipina turut memanggil pemain bintang Bundesliga yang beraksi bersama kelab Vfl Bochum, Gerrit Holtmann buat pertama kalinya. Pemain berdarah German-Filipina ini berusia 26 tahun dan beraksi dibahagian sayap kiri pasukan. Sebelum ini Holtmann pernah membuat penampilan […]

Singapura Senaraikan Pemain-Pemain Terbaik Untuk Lawan Malaysia Dan Filipina

FA Singapura telah mengumumkan senarai pemain yang akan menggalas tugas mencabar dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia dan Filipina minggu hadapan. Jika dilihat senarai pemain yang dipanggil, pemain-pemain ‘core’ mereka seperti Hariss Harun, Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Safuwan Baharudin pastinya akan kekal membawa kestabilan pasukan di setiap posisi. Antara yang perlu diberikan tumpuan pastinya Ikhsan […]

Debut Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya Menentang Filipina Bulan Depan

Pelantikan Kim Pan-gon sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya ternyata telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tanah air. Rata-rata mereka memahami berkenaan ‘proses’ sebelum tibanya kejayaan. Para peminat pastinya tertunggu-tunggu perlawanan pertama Kim Pan-gon dalam mengendalikan pasukan Harimau Malaya yang terluka selepas tersingkir awal di Piala AFF Suzuki 2020 tahun lepas. Persatuan Bola […]

Filipina Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama Dalam Sejarah

Setelah memperagakan aksi yang cukup memberangsangkan dalam tiga perlawanan Piala Asia Wanita 2022, pasukan bola sepak wanita buat pertama kalinya dalam sejarah telah pun mengesahkan tempat ke dalam pusingan akhir Piala Dunia Wanita yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2023. Diundi dalam kumpulan B bersama tiga lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Australia, Thailand dan […]

Pemain Filipina, Angelo Brückner Melakukan Debut Bersama Bayern Munich

MakanBola.com, Petaling Jaya – Pemain kacukan Filipina-Jerman, Angelo Brückner melakukan debut bersama gergasi Jerman, Bayern Munich dalam satu perlawanan persahabatan menentang Ajax. Bruckner merupakan pemain produk akademi Bayern Munich dan turut mewakili pasukan Jerman bawah 17 tahun pada tahun 2019. Bruckner memperoleh kontrak profesional pertamanya pada 1 Julai tahun ini dan akan kekal bersama Bayern […]