Jawapan Saddil Ramdani Tentang Sambutan Gol Berdepan Filipina

Pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani tampil memberi penjelasan berkenaan cara sambutan jaringan yang diraikan ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Filipina tempoh hari. Saddil menjadi wira pasukan Indonesia apabila menjaringkan gol penyamaan ketika Indonesia bertemu Filipina tempoh hari. Ledakan Saddil berjaya memberi satu mata penting buat anak buah Shin Tae-yong. Selepas menjaringkan gol, Saddil […]
Kelayakan Piala Dunia: Indonesia Bangkit Ikat Filipina

Indonesia meneruskan kemarau kemenangan dalam saingan kumpulan F apabila sekadar seri 1-1 berdepan Filipina. Filipina turun dengan formasi 4-4-2 dengan beberapa muka yang tidak asing dalam kancah liga Malaysia seperti Carli de Murga, Manuel Ott, Kevin Ingreso dan OJ Porteria. Indonesia pula tampil bermain 5-3-2 dengan meletakkan Saddil Ramdani di bahagian hadapan dan Jordi Amat […]
“Jangan Ulangi Kesilapan Semasa Menentang Iraq” – Shin Tae-yong

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mengharapkan barisan anak buahnya tampil lebih baik bila menentang Filipina esok. Aksi pertama Kumpulan F membabitkan Tim Garuda dan Iraq menyaksikan pasukan itu tewas 5-1 di tangan tuan rumah. Bukan itu saja, tiga daripada lima gol yang dijaringkan Singa Mesopotamia dalam perlawanan itu terhasil akibat kesilapan pemain Indonesia sendiri. Justeru, jurulatih […]
Kelayakan Piala Dunia: Vietnam Penuhi Jangkaan Kalahkan Filipina

Vietnam memulakan kempen Kumpulan F dengan kemenangan apabila menewaskan negara serantau Filipina di Stadium Memorial Rizal semalam. Dengan tiga negara ASEAN dalam Kumpulan F iaitu Vietnam, Filipina dan Indonesia, kedua-dua pasukan tahu kemenangan penting bagi merebut slot kedudukan dua teratas kumpulan. The Azkals yang diperkuat beberapa tonggak Liga Malaysia (Liga M) seperti Manuel Ott dan […]
Kevin Mendoza Dikaitkan Ke Persib Bandung

Selepas Giancarlo Gallifuoco, giliran rakan sepasukan beliau dari KL City FC, Kevin Ray Mendoza pula dikaitkan dengan perpindahan ke Persib Bandung. Gosip perpindahan ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di X lebih sejam yang lalu. Sekiranya gosip perpindahan ini menjadi realiti, Mendoza bakal bersatu semula dengan bos lamanya di KL City, Bojan […]
Vietnam Sisihkan Dua Bintang Utama Menjelang Tugasan Penting

Vietnam tempang tanpa dua tonggak utama menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Dua tonggak utama yang terpaksa disisihkan jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Philippe Troussier ialah kapten Nguyen Quang Hai dan bek kiri Doan Van Hau. Kedua-duanya tidak dipanggil jurulatih Perancis itu kerana mengalami masalah kecederaan seperti yang dilaporkan ASEAN Football. Selain […]
Filipina ‘Ratah’ Iran Di Kelayakan Wanita Olimpik Asia

Skuad bola sepak wanita Filipina mencerahkan peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik 2024 Zon Asia dengan mengalahkan Iran 1-0. Filipina tahu kemenangan saja yang dapat mencerahkan peluang mereka layak ke pusingan ketiga sebagai naib juara kumpulan selepas tewas 8-0 kepada Australia. Ini kerana hanya naib juara terbaik saja yang terpilih mengikut juara Kumpulan […]
Ranking FIFA: Indonesia Berpeluang Lonjak 13 Tangga, Pintas Malaysia Selepas 11 Tahun

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia dan melonjak kira-kira 13 anak tangga menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 November ini. Skuad kendalian Shin Tae-yong berada pada momentum terbaik ketika ini selepas membenam cabaran Brunei dengan agregat 12-0 pada pusingan pertama kelayakan. Sang Garuda berjaya mengisi slot terakhir Kumpulan F dan bakal bersaing bersama […]
Australia ‘Baham’ Filipina 8-0 Di Kelayakan Olimpik Wanita Asia

Hasrat Filipina meraih kemenangan kedua dalam pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2024 Kumpulan A tidak kesampaian apabila dibelasah Australia 8-0. The Matildas dianggap pilihan utama kerana majoriti pemain yang membantu negara itu layak ke separuh akhir Piala Dunia Wanita 2023 beraksi hari ini. Mary Fowler membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-15. Empat […]
Indonesia Muncul Juara Futsal Invitational, Tewaskan Filipina

Skuad futsal wanita Indonesia muncul juara PFF Women’s Tri Nation Futsal Invitational 2023 di Filipina. Ini selepas mereka mengalahkan tuan rumah, Filipina dalam aksi final kejohanan hari ini. Indonesia mara ke final selepas mengalahkan New Zealand 3-1 dan Filipina 9-4 dalam dua aksi terawal kejohanan. Dua kemenangan ini membolehkan Indonesia menanti siapa lawan mereka di […]
Futsal Invitational 2023: Indonesia ‘Bedil’ Filipina 9-4

Skuad futsal wanita Indonesia semakin garang dalam saingan PFF Women’s Tri-Nation Futsal Invitational 2023 apabila menewaskan tuan rumah, Filipina 9-4 hari ini. Selepas menewaskan New Zealand 3-1 semalam, Indonesia semakin garang memburu kemenangan kedua dalam kejohanan. Sementara Filipina pula berharap dapat meraih kemenangan pertama sebagai tuan rumah kejohanan. Bagaimanapun, apa yang diharap mereka tidak kesampaian. […]
Giliran Bahrain Malukan Filipina

Pasukan kebangsaan Filipina terpaksa akur dengan kekuatan Bahrain apabila perlawanan sengit itu berakhir dengan kekalahan tipis 1-0 di gelanggang lawan. Aksi yang berlangsung di Stadium Al Khalifa itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Filipina membariskan bintang utama seperti Neil Etheridge, Bienve Maranon, Patrick Reichelt dan Mike Ott dalam kesebelasan utama dengan misi memburu mata […]
Filipina Mantap Kejutkan Kyrgyzstan

Pasukan Filipina mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan dalam perlawanan persahabatan tertutup semalam. Selepas meraih kemenangan ke atas Afghanistan pada 12 September lalu, The Azkals mahu mengutip kemenangan kedua dalam kalendar antarabangsa FIFA. Kyrgyzstan yang dibimbing Stefan Tarkovic dilihat pilihan utama disebabkan kelebihan ranking FIFA. Selain itu, mereka juga mahu bangkit selepas tewas […]
Ranking FIFA: Filipina Kembali Pintas Kedudukan Malaysia

Pesaing hebat Malaysia, Filipina memberi saingan sengit kepada pasukan kebangsaan selepas memintas kedudukan FIFA berdasarkan kedudukan masa nyata. Skuad kendalian Kim Pan-gon melakukan satu tugasan yang cukup luar biasa selepas memintas kedudukan Filipina selepas kali terakhir melakukannya kira-kira 12 tahun yang lalu. Harimau Malaya berjaya mengejutkan pasukan ke-102 dunia, India di Stadium Nasional Bukit Jalil […]
Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Atasi Cabaran Filipina

Seperti dijangka, skuad sepak takraw Malaysia berjaya mara ke saingan final acara regu lelaki Sukan Asia 2023 selepas mengenepikan cabaran Filipina. Selepas menjuarai Kumpulan A semalam, skuad negara menghela nafas lega kerana tak perlu bertemu dengan musuh tradisi, Thailand di separuh akhir. Malaysia mempertaruhkan Syahir Rosdi sebagai tekong dengan Amirul Zazwan Amir dan Azlan Alias […]
Filipina Bangkit Tewaskan Afghanistan

Filipina bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan pasukan ke-157 dunia, Afghanistan dalam aksi persahabatan antarabangsa hari ini. Selepas seri 1-1 dengan Taiwan pada 8 September lepas, anak-anak buah Michael Weiss perlu menang bagi mengelak dipintas Malaysia yang kini di tangga ke-136 FIFA. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang jaringan. Peluang terbaik tuan rumah hadir […]