EPL: Kad Merah Cemar Kemenangan Arsenal Ke Atas Wolves

Ramai menyangka selepas mengharungi mini pra-musim di Dubai, Arsenal akan menjadi lebih baik. Ini perlawanan pertama mereka dalam tempoh beberapa minggu tetapi ia masih Gunners yang sama. Anak buah Mikel Arteta bernasib baik dapat meraih tiga mata ke atas Wolverhampton Wanderers walaupun kehilangan Gabriel Martinelli selepas dilayangkan kad merah. Selepas kalah dalam separuh akhir Piala […]
EPL: Dua Gol Diogo Jota Benam Leicester

Harapan Brendan Rodgers mengulangi kemenangan Leicester City ke atas Liverpool pada Disember lepas tidak kesampaian. Ini selepas Reds berjaya mengalahkan mereka di Anfield dengan keputusan perlawanan 2-0 memihak kepada mereka. Kedua-dua gol disumbang oleh bekas penyerang Wolves, Diogo Jota. Liverpool kembali mendapat khidmat Mohamed Salah tetapi pengurus Jurgen Klopp memilih untuk merehatkannya di bangku simpanan. […]
Ralph Hassenhuttl Enggan Ikuti Jejak Langkah Roy Hodgson

Bagi mana-mana pengurus, mereka sentiasa menetapkan tempoh sesuai untuk bersara dari dunia bola sepak. Ini bagi membolehkan mereka meninggalkan kelab dalam keadaan stabil. Dan itu merupakan harapan pengurus Southampton, Ralph Hassenhuttl yang mahu bersara dua tahun dari sekarang. Hassenhuttl, 54, langsung tidak berminat mengikut jejak langkah pengurus veteran Roy Hodgson. Hodgson yang mempunyai pengalaman pengurusan […]
Leicester City Inspirasi Nottingham Forest

Malam ini, satu lagi perlawanan Piala FA akan berlangsung membabitkan juara musim lepas, Leicester City dengan pasukan Liga Kejohanan, Nottingham Forest. Keupayaan Foxes beroperasi dalam EPL mengikut model kewangan yang stabil diharap dapat membantu Forest mencapai perkara sama dan batu asas untuk kembali ke liga utama England itu. Sebelum ini, kelab dikenali kerana suka berbelanja […]
Dan Burn Sasaran Terbaru Newcastle United

Semua sedia maklum, benteng pertahanan Newcastle United amat rapuh. Walaupun berjaya mencatat kemenangan dalam EPL ke atas Burnley dan Leeds United, ia masih lagi tidak memuaskan pengurus Eddie Howe. Ini selepas kelab melepaskan gol saat akhir seperti disaksikan dalam perlawanan menentang Watford beberapa minggu lepas. Justeru, keutamaan Howe ialah memperkukuh pilihan bek tengahnya. Malangnya, pemain-pemain […]
Hwang Hee-chan Sah Sertai Wolverhampton Wanderers

Selepas menunjukkan prestasi baik dalam tempoh pinjaman semusim di Wolverhampton Wanderers, akhirnya penyerang Korea Selatan Hwang Hee-chan berpindah secara tetap ke Molineux. Ini selepas kelab mengaktifkan klausa perpindahan yang disertakan dalam kontrak pinjaman dengan kelab lamanya, RB Leipzig. Ia dijangka berkuatkuasa pada 1 Julai 2022. Penyerang itu bersetuju memeterai kontrak empat tahun bersama Wolves. Dalam […]
EPL: Chelsea Ratah Spurs 2-0

Punah sudah harapan Antonio Conte untuk mencuri tiga mata daripada pasukan lamanya, Chelsea. Ini selepas Tottenham yang dikemudinya tewas 2-0 di tangan Blues di Stamford Bridge. Seperti Liverpool, Chelsea juga mahu merapatkan kedudukan mata dengan Manchester City selepas Citizens diikat Southampton 1-1. Sementara Spurs pula mahu membalas dendam selepas kecundang di tangan lawan sama dalam […]
EPL: Liverpool Kecewakan Crystal Palace Di Selhurst Park

Harapan bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira untuk mencipta kejutan ke atas Liverpool tidak kesampaian. Ini selepas pasukan bimbingannya, Crystal Palace tewas 3-1 di tangan Reds. Walaupun tewas, barisan muda Eagles menunjukkan prestasi membanggakan kerana berjaya bersaing dengan Reds sehingga tamat wisel permainan. Selepas Manchester City diikat seri 1-1 oleh Southampton semalam, Liverpool berpeluang merapatkan kedudukan […]
EPL: Gol Minit Ke-93 Marcus Rashford Benam West Ham

Beberapa minggu sebelumnya, ramai mengetahui penyerang Manchester United Marcus Rashford berdepan masalah kemerosotan prestasi yang teruk. Tetapi apa saja tonik yang diberi Ralf Rangnick kepada anak buahnya itu, ia kelihatan memberi kesan positif kepada beliau. Selepas menamatkan kemarau gol di Brentford, Rashford menjahanamkan West Ham dengan gol minit terakhirnya. West Ham tahu dengan kemenangan di […]
Christian Eriksen Pulang Ke EPL Bersama Brentford?

Selepas pulih daripada sakit jantung yang dialaminya semasa kejohanan EURO 2020 bersama Denmark, bekas perancang Spurs Christian Eriksen sedang fokus mencari kelab baru. Ini selepas khidmatnya ditamatkan secara bersama oleh Inter Milan beberapa bulan sebelumnya berikutan peraturan kesihatan Itali buat pesakit jantung. Dan khabarnya, beliau bakal menyertai Brentford dengan kontrak enam bulan dengan pilihan lanjutan […]
Rafa Benitez Dipecat Everton Selepas 200 Hari

Semasa Everton mengumumkan perlantikan Rafa Benitez sebagai pengurus baru pada musim panas lepas, ia kurang disenangi oleh penyokong Toffees. Senang cerita, ia seolah-olah petanda tempohnya sebagai pengurus tidak bertahan lama. Dan itulah yang berlaku hari ini selepas kelab memilih memecat Benitez selepas 200 hari perlantikannya. Dengan rekod kemenangan sebanyak 26%, ini meletakkan bekas pengurus Liverpool […]
EPL: Liverpool Benam Brentford 3-0

Selepas Chelsea tewas di tangan Manchester City semalam, Liverpool berharap mereka dapat menewaskan Brentford hari ini. Dengan mengutip tiga mata di Anfield, jurang mata yang wujud antara Citizens dan Reds dapat dikurangkan. Dan ia dapat direalisasikan menerusi jaringan Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino. Liverpool turun di Anfield tanpa kelibat Sadio Mane dan Mohamed Salah […]
EPL: Gol Kevin De Bruyne Julang Man City Tewaskan Chelsea

Sebaik saja Kevin De Bruyne melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-70, Thomas Tuchel sudah tahu. Manchester City terus melebarkan jurang mata dengan pasukan-pasukan lain. Dan sekiranya trend ini berterusan, ini bermakna kejuaraan EPL akan terus kekal di Stadium Etihad untuk satu musim lagi. Kedua-dua pasukan segar dari kemenangan dalam Piala FA […]
Jutawan Serbia Pemilik Baru Southampton

Pada permulaan musim perpindahan Januari, ramai menjangkakan kelab-kelab seperti Newcastle, Manchester City dan Chelsea berbelanja besar. Tetapi seminggu lepas, semua itu berubah selepas Southampton diambil alih oleh jutawan Serbia Dragan Solak dengan nilai £200 juta (RM1.14 bilion). Pengambilalihan itu dimuktamadkan menerusi pembelian pegangan 80% kelab milik jutawan China, Gao Jisheng. Jutawan China itu memiliki saham […]
Coutinho Kembali Ke EPL, Sertai Aston Villa

Pemain tengah Barcelona, Phillippe Coutinho sah akan menyertai pasukan Aston Villa secara pinjaman sehingga akhir musim seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano dalam laman twitternya. Sebelum ini pemain kelahiran Brazil menyertai pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich secara pinjaman. Beliau telah berjaya memenangi treble Bundesliga, DFB Pokal dan gelaran Liga Juara Juara sepanjang tempoh beraksi […]
EPL: Wolverhampton Wanderers Kejutkan Manchester United

Skrip perlawanan Manchester United-Wolverhampton Wanderers berkisar kepada dua pemain Portugal berpengalaman, Cristiano Ronaldo dan Joao Moutinho. Tetapi hanya Moutinho saja yang menjadi sebutan peminat pada akhir perlawanan. Sementara Ronaldo yang menjadi kapten untuk Red Devils pula kecewa kerana dikekang oleh barisan pertahanan Wolves yang berdisiplin. Dengan kemenangan 1-0 ini, kelab menikmati kejayaan pertama di Old […]