EPL: Everton Bakal Bawa Masuk Nathan Ferguson

Selepas dua kali dikecewakan Rangers kerana menolak bidaan untuk bek kanan muda mereka Nathan Ferguson, akhirnya hajat Rafa Benitez mendapatkan khidmatnya tercapai jua. Ini selepas Rangers bersetuju menerima bidaan berjumlah £16 juta (RM90.12 juta) dengan £12 juta (RM67.6 juta) dibayar sebagai bayaran muka. Sementara £4 juta (RM22.51 juta) dibayar mengikut klausa-klausa tertentu seperti jumlah penampilan […]

EPL: Chelsea dan Liverpool Seri Di Stamford Bridge, City Tersenyum Lebar

Jika ditanya tentang pemenang perlawanan Chelsea-Liverpool semalam, ramai mungkin condong salah satu daripada kedua-dua pasukan. Tetapi apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada akhir perlawanan, pemenang sebenar ialah pandahulu liga, Manchester City. Dengan kelebihan 11 mata di hadapan Liverpool, Citizens mempunyai peluang untuk mengekalkan kejuaraan liga musim lepas. Hakikat ini diakui oleh bek tengah Virgil van […]

EPL: Everton Beli Bek Kiri Ukraine Vitaliy Mykolenko

Everton membuat pembelian pertama dalam pasaran perpindahan Januari dengan membawa masuk Vitaliy Mykolenko dari Dynamo Kiev. Terma perpindahan termasuk yuran perpindahan tidak didedahkan. Bek kiri berusia 22 tahun itu memeterai kontrak empat setengah tahun dengan Toffees. Walaupun berusia 22 tahun, Mykolenko telah membuat 21 penampilan bersama Ukraine. Malah, beliau turut membantu pasukan itu mara ke […]

EPL: West Ham Hampiri Slot UCL, Tewaskan Crystal Palace Di Selhurst Park

Selepas tamat 90 minit di Selhurst Park, skrip perlumbaan mengejar kedudukan empat teratas kembali memihak West Ham. Dengan Arsenal tewas di tangan pendahulu Manchester City beberapa jam sebelumnya, pasukan bimbingan David Moyes itu hanya dipisahkan satu mata dengan Gunners. Sekiranya mereka menang perlawanan seterusnya dengan Norwich City, tempat keempat sekali lagi akan dihuni mereka. Begitupun, […]

EPL: Man City Curi Tiga Mata Di Emirates, Akibatkan Meriam Arsenal Tersumbat

Sekali pandang, ia merupakan kemenangan rutin buat Manchester City yang dibimbing Pep Guardiola. Benar, ia merupakan kemenangan ke-11 Citizens dalam liga. Tetapi jika ditanya penyokong-penyokong Arsenal, pasukan mereka lebih berhak menang jika tidak kerana campur tangan pengadil dan VAR. Sejak dari babak pertama, Gunners yang bermain tanpa kelibat bos mereka, Mikel Arteta yang menjalani kuarantin […]

Barcelona Intai Khidmat Aymeric Laporte

Selepas berjaya mendapatkan Ferran Torres dengan harga 55 juta euro (RM260.16 juta), nampaknya Barcelona enggan berhenti mendapatkan pemain Manchester City. Kini, wujud khabar angin kelab berpangkalan di Nou Camp itu sedang mengintai bek tengah Sepanyol, Aymeric Laporte. Sebelum ini, pemain pertahanan berdarah Basque itu merasa tidak gembira kerana dipintas John Stone sebagai bek tengah utama […]

Manchester United Ingin Dapatkan Boubacar Kamara

Manchester United berada pada kedudukan terbaik untuk membawa masuk pemain tengah Marseille, Boubacar Kamara sama ada secara pra-kontrak atau yuran perpindahan rendah. Ini kerana pesaing United, AS Roma juga meminati Kamara tetapi bergelut untuk menawarkan pakej kewangan melebihi Red Devils. Ini sudah pasti merosakkan agenda bekas pengurus United, Jose Mourinho yang mahu memantapkan Giallorossi untuk […]

Brentford Bawa ‘Kawan Dion Cools’ Jonas Lössl Ke EPL

Selepas penjaga gol utama Brentford, David Raya mengalami kecederaan jangka panjang pada Oktober lepas, Brentford mula bergelut dengan prestasi tidak menentu. Walaupun penjaga gol kedua Alvaro Fernandez berusaha mengisi kelompangan yang ditinggalkan Raya, ia masih belum mencukupi. Dan terbaru, penjaga gol berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk beberapa perlawanan. Dengan […]

EPL: Manchester United Menang 3-1, Ukir Senyuman Rangnick

Selepas permainan suram yang ditampilkan di St James Park beberapa hari lepas, barisan pemain Manchester United tahu mereka perlu bangkit. Justeru, perlawanan menentang Burnley di Old Trafford semalam merupakan peluang terbaik untuk menebus kehampaan. Sebagai tambahan, hadiah hari lahir ke-80 kepada pengurus legenda United, Sir Alex Ferguson. Enam pertukaran dibuat Ralf Rangnick dengan Edinson Cavani, […]

EPL: Brighton Hampakan Chelsea, Jaringan Saat Akhir Welbeck Katip Gigi Tuchel

Sebaik saja tandukan pemain Brighton, Danny Welbeck gagal dinafikan Edouard Mendy, pengurus Chelsea Thomas Tuchel seolah-olah merasakan cabaran kejuaraan EPL Chelsea telah berakhir. Ketika ini, jurang mata Blues dengan Manchester City ialah lapan mata dan ia boleh bertambah kepada 12 mata sekiranya Chelsea tewas di tangan Liverpool pada Ahad. Sebelum jaringan Welbeck, Chelsea terlebih dahulu […]

Pemilik Blackburn Rovers Janji Bonus RM56 Juta Kalau Layak EPL

Tanyalah mana-mana pemain liga bawahan England tentang impian mereka. Ada dua jawapan iaitu beraksi untuk kelab kesayangan mereka dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Justeru, banyak kelab liga bawahan menganggap EPL sebagai matlamat utama terutama bagi kelab yang tersingkir. Ini juga turut menjelaskan mengapa pemilik Blackburn Rovers, keluarga Venky bersedia membayar bonus sebanyak £10 […]

Gary Neville Membebel, Minta Kelab Jangan Tangguh Perlawanan Disebabkan Virus

Situasi Covid-19 di beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) memaksa perlawanan-perlawanan mereka ditangguhkan. Setakat ini, 15 perlawanan EPL ditangguhkan bulan ini. Terbaru, perlawanan Everton-Newcastle terpaksa ditangguhkan atas permintaan Magpies berikutan berdepan masalah kekurangan pemain akibat Covid dan masalah kecederaan. Mengikut peraturan EPL, sesebuah perlawanan boleh diteruskan dengan syarat pasukan mempunyai minimum 13 orang pemain dan […]

EPL: VAR Padam Sejarah Cantik Tottenham Hotspur, Seri Dengan Southampton

Selepas tamat perlawanan semalam, Harry Kane pasti tertanya-tanya mengapa pembantu pengadil video (VAR) membatalkan dua gol Tottenham Hotspur pada separuh masa kedua sebagai ofsaid. Tetapi bagi Southampton yang dibimbing Ralph Hassenhuttl, itu semua tidak penting. Ini kerana mereka berjaya pulang dengan satu mata walaupun dipaksa bermain dengan 10 orang. Ini selepas Mohammed Salisu dikenakan kad […]

EPL: Liverpool Dimalukan Leicester City, Van Dijk Salahkan Barisan Serangan

Dalam tempoh tiga hari, Manchester City dapat menikmati keputusan perlawanan mereka dengan Leicester City. Beberapa hari sebelumnya, mereka menang bergaya dengan keputusan perlawanan 6-3. Dan kali ini, Foxes mengejutkan pesaing kejuaraan City, Liverpool dengan kemenangan tipis 1-0. Bagi pengurus Leicester Brendan Rodgers, ia merupakan satu kemenangan bermakna kepada kelab. Ini kerana Foxes berdepan masalah kemerosotan […]

Real Madrid Untung Besar, Perpindahan Raphael Varane Ke United Dirancang 10 Tahun Lalu

Hasrat Manchester United untuk menandatangani pertahanan berkelas dunia, Raphael Varane termakbul apabila telah mencapai persetujuan bersama bintang tersebut untuk membawanya ke Old Trafford pada musim hadapan. Perpindahan bintang Real Madrid itu menjadi perhatian seluruh dunia tatkala mengenangkan aksi kebal yang ditampilkan bersama rakan sepasukannya di sana, Sergio Ramos. Gandingan serasi ini telah mencipta nama di […]