Habuan RM81 Juta Buat Aston Villa Jika Man City Juarai EPL

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa bakal menerima habuan lumayan sekiranya berjaya membantu Manchester City muncul sebagai juara liga musim ini. Hal ini disebabkan ia berkait rapat dengan perpindahan yang telah berlaku pada musim panas lalu apabila The Citizens mengumumkan bahawa beliau sah mendapatkan khidmat Jack Grealish. Kemas kini: Penyokong Aston Villa memohon maaf […]

Harry Maguire Terlepas Aksi Terakhirnya Bersama Manchester United

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal terlepas peluang untuk beraksi pada musim ini selepas beliau disahkan cedera baru-baru ini. Kapten pasukan The Red Devils ini merupakan antara pemain utama dalam pasukan untuk mengetuai barisan pertahanan sungguhpun sering dikritik hebat. Malah, pemain berusia 29 tahun itu sering menjadi sasaran para peminat yang meletakkan […]

Astro Perbaharui Hak Siaran Liga Perdana Inggeris Sehingga 2025

KUALA LUMPUR, 23 April 2022 – Astro Malaysia Holdings Berhad berjaya memperoleh hak siaran eksklusif Liga Perdana di Malaysia untuk tiga musim akan datang dari 2022/23 hingga 2024/25. Euan Smith, COO Kumpulan dan CEO, TV Astro berkata: “2021 adalah tahun sukan yang besar, tetapi 2022 menjanjikan lebih menarik untuk peminat sukan di Malaysia. Kami berbesar […]

Harry Maguire: Kalau Saya Tak Bagus Takkan Saya Main Setiap Perlawanan

Kapten pasukan Manchester United, Harry Maguire menyelar semula tuduhan yang dilemparkan terhadapnya susulan prestasi kurang memberangsangkan bersama pasukan pada musim ini. Pemain berusia 29 tahun itu menerima pelbagai bentuk kecaman selepas kecuaiannya telah menyebabkan penyerang pasukan Norwich, Teemu Pukki untuk menjaringkan gol penyamaan. Walau bagaimanapun, dalam satu perlawanan sebelum perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, Maguire […]

Harry Maguire Bakal Dilucutkan Jawatan Kapten Manchester United

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal diluuctkan jawatan kapten pasukan susulan persembahan hambarnya pada musim ini. Pertahanan pasukan kebangsaan England itu dikritik hebat setelah beliau dilihat menjadi punca kemerosotan prestasi The Red Devils yang kini terleposok di tangga ketujuh liga. Hal ini telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar penyokong yang mahu Manchester United […]

Harry Maguire Buat Hal Lagi, Minta Pengadil Hukum Rakan Sepasukan Sendiri

Kapten kesayangan pasukan Manchester United, Harry Maguire terus menjadi punca kemerosotan prestasi pasukannya sendiri apabila mereka dihukum oleh Everton sebentar tadi. The Red Devils yang turun dengan mempertaruhkan penyerang lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ternyata masih gagal untuk merobek gawang pasukan Everton yang dikendalikan oleh Frank Lampard. Hasilnya, pasukan tuan rumah memperoleh jaringan tunggal menerusi pemain […]

Manchester United Mungkin Tak Jadi Jual Harry Maguire

Pasukan gergasi EPL, Manchester United berkemungkinan tidak akan melepaskan khidmat pertahanan tengah dan juga kapten pasukan, Harry Maguire pada jendela perpindahan musim panas ini. Pertahanan berusia 29 tahun itu sedang dikritik hebat ketika ini susulan persembahan kurang memberangsangkannya selain kesilapan-kesilapan mudah yang telah menyebabkan pasukan The Red Devils kehilangan mata dengan mudah. Oleh yang demikian, […]

Everton Bakal Dikenakan Pemotongan Mata EPL?

Selepas dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti prestasi merudum dan pertukaran pengurus, Everton berdepan risiko dikenakan pemotongan mata oleh EPL. Ini selepas Everton dikatakan melanggar peraturan pengurusan dan kelestarian kewangan liga. Risiko ini timbul selepas Toffees lewat menghantar laporan akaun mereka pada musim lepas. Ia sepatutnya dihantar pada Disember lepas tetapi ditangguhkan bagi mendapatkan input EPL […]

Roman Abramovich Sedia Jual Chelsea

Lebih 19 tahun yang lalu, jutawan Rusia Roman Abramovich mencuri tumpuan dengan membeli Chelsea daripada pemilik sebelumnya Ken Bates. Sejak itu, kelab bertukar menjadi salah satu kelab gergasi di Eropah. Dan kini, akibat konflik Ukraine-Rusia, Abramovich bersedia menjual Blues pada harga yang bersesuaian. Sebelum itu, beliau mengumumkan bahawa urusan pentadbiran kelab akan diambil alih oleh […]

Kemerosotan Romelu Lukaku Bimbangkan Chelsea

Segar daripada kemenangan Piala Kelab Dunia FIFA, Chelsea berharap ia dapat menyemarakkan semangat pemain untuk terus memburu pendahulu liga, Manchester City. Tetapi pada Sabtu lepas, Blues terpaksa bergelut sebelum menewaskan Crystal Palace 1-0 di Selhurst Park. Salah seorang pemain yang bergelut dalam perlawanan itu ialah penyerang berbisa Romelu Lukaku. Dalam tempoh 90 minit perlawanan pada […]

Antonio Conte Bagi ‘Amaran’ Kepada Pengurusan Spurs

Ramai penyokong Tottenham Hotspur tidak terlalu menaruh harapan tiga mata untuk perlawanan EPL awal pagi tadi. Ini kerana lawan mereka ialah juara bertahan Manchester City. Dengan Spurs bertandang ke Stadium Etihad dengan kekalahan tiga perlawanan berturut-turut sebelumnya, mereka tampil sebagai pasukan bukan pilihan. Tetapi pada akhir perlawanan, yang pulang dengan duka ialah penyokong tuan rumah. […]

“Berhenti Salahkan Pengadil…”: Arteta

Apabila Gabriel Martinelli mengutip kad merah pada babak kedua perlawanan EPL Wolves vs Arsenal minggu lepas, ia merupakan kad merah ke-15 dikutip dalam era pengurus Mikel Arteta. Arsenal juga mencipta sejarah sebagai pasukan EPL pertama mengutip 100 kad merah. Kegagalan mengawal disiplin sepanjang perlawanan amat merungsingkan Arteta. Walaupun ada keputusan kad merah diragui seperti kad […]

Graham Potter Bakal Bos Baru Manchester United?

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan digantikan oleh pemangku jurulatih Ralf Rangnick, beberapa nama dikaitkan dengan kerusi panas Manchester United itu. Antara yang dikaitkan ialah Henk ten Cate (Ajax Amsterdam) dan Mauricio Pochettino (Paris Saint Germain). Terkini, pengurus Brighton Graham Potter dicanang sebagai pengurus baru United untuk musim hadapan. Pengurusan kelab memantau rapi perkembangannya sebagai […]

EPL: Fabinho Curi Tiga Mata Untuk Liverpool

Bagi jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, kemenangan 1-0 Reds ke atas Burnley merupakan kemenangan rutin. Ia membantu merapatkan kedudukan mereka dengan pendahulu Manchester City. Tetapi bagi pengurus Burnley, Sean Dyche, kekalahan ini langsung tidak membantu mereka keluar dari zon penyingkiran EPL. Trio penyerang Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane kembali membarisi bahagian serangan buat kali […]

EPL: Sepakan Percuma Trippier Raih Tiga Mata Untuk Newcastle United

Sebelum perlawanan EPL Newcastle United-Aston Villa, Kieran Trippier dilihat masih belum cergas. Bekas bek kanan Spurs itu mengalami kecederaan semasa Magpies membenam Everton 3-1 beberapa hari sebelumnya. Tetapi keputusan pengurus Eddie Howe untuk menurunkannya dianggap berbaloi selepas gol Trippier benam Villa di St James Park. Magpies membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Javier Manquillo dan […]

EPL: Kesilapan Lloris Hadiahkan Kemenangan 2-0 Wolves

Selepas wisel perlawanan ditiup, pastinya kapten dan penjaga gol Tottenham Hotspur Hugo Lloris pasti merasa bersalah atas apa yang berlaku. Dua kesilapan yang dilakukannya pada babak pertama membantu Wolverhampton Wanderers mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Spurs. Kedua-dua pasukan muncul masing-masing dengan kekalahan daripada perlawanan sebelumnya. Wolves tewas tipis di tangan Arsenal 1-0 di Molineux. […]