EPL: Victor Lindelof Dorong Man United Tewaskan Luton Town

Man United bangkit daripada kekalahan di UCL beberapa hari lepas dengan mengalahkan pendatang baru EPL, Luton Town di Old Trafford. Selepas tewas 4-3 kepada FC Copenhagen dalam UCL, United memerlukan kemenangan hari ini bagi meredakan tekanan kepada pengurus mereka, Erik ten Hag. Begitupun, Luton menjanjikan tentangan sengit lebih-lebih lagi selepas mengikat Liverpool 1-1 di Kenilworth […]
Jurulatih Copenhagen Malukan Man United Secara Terbuka

Menjelang aksi EPL Man United menentang Luton Town malam ini, mereka diingatkan betapa teruknya musim mereka setakat ini. Jurulatih FC Copenhagen, Jacob Neestrup menyifatkan kemenangan 4-3 mereka ke atas United baru-baru ini sebagai perlawanan paling lemah yang perlu diharungi dalam Kumpulan A UCL. Jika tidak kerana nasib, mereka mungkin saja memiliki lebih banyak mata berbanding […]
Mauricio Pochettino Mahu Kekal Di Chelsea 25 Tahun Lagi

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap dapat kekal sebagai pengurus pasukan itu untuk 25 tahun yang seterusnya. Pengurus berdarah Argentina mengeluarkan komen sedemikian bila ditanya sama ada beliau mahu kembali menjadi pengurus Tottenham Hotspur pada masa akan datang. Bagi Pochettino, beliau tidak menolak jika perkara itu berlaku. Namun begitu, pada masa sama, beliau berharap dapat kekal […]
EPL: Chelsea Leburkan Rekod Tanpa Kalah Tottenham Hotspur

Chelsea memastikan rekod tanpa kalah pasukan dari utara London, Tottenham Hotspur dalam EPL lebur dengan meraih kemenangan besar 4-1 awal pagi ini. Perlawanan derby London ini turut mendapat jolokan perlawanan derby Mauricio Pochettino. Ini disebabkan Pochettino pernah melatih Spurs sebelum menerima tawaran sebagai pengurus Chelsea pada awal musim ini. Dengan rekod tanpa kalah EPL mereka […]
EPL: Liverpool Bangkit Elak Dimalukan Luton Town

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih keputusan seri 1-1 dengan Luton Town di Kenilworth Road tengah malam tadi. Perlawanan hari ini penuh emosi buat Luis Diaz yang berada di bangku simpanan hari ini. Ini susulan masih belum ada khabar berkenaan bapanya selepas diculik oleh kumpulan bersenjata ELN di Colombia. Kedua-dua pasukan turun […]
EPL: Man United Cemas Sebelum Tewaskan Sheffield United

Man United terpaksa berhempas pulas di Bramall Lane sebelum menewaskan pasukan tercorot EPL, Sheffield United awal pagi tadi. Sebelum perlawanan, The Red Devils dikejutkan dengan berita pemergian legenda mereka, Sir Bobby Charlton pada usia 86 tahun. Justeru, United mahu mendapatkan kemenangan sebagai tanda penghormatan kepada legenda yang melakar pelbagai pencapaian termasuk Piala Eropah pada 1968 […]
EPL: Mohamed Salah Pacu Liverpool Tewaskan Everton

Liverpool terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan Everton 2-0 dalam aksi terbaru EPL hari ini. The Reds berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mereka dengan dua jiran utara London, Tottenham Hotspur dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga. Sementara Everton pula berharap dapat mencuri satu mata di Anfield dan melebarkan kelebihan mata dengan […]
Aston Villa Kini Di Asia, Jalin Kerjasama Dengan Vissel Kobe

Kelab EPL, Aston Villa mula mengembangkan pengaruhnya di benua Asia dengan menjalin kerjasama dengan kelab J1 League, Vissel Kobe. Kerjasama ini diumumkan oleh Villa menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka baru-baru ini. Menerusi kerjasama ini, ini bukan sekadar membantu kelab Midlands itu mengenalpasti bakat-bakat baru yang muncul dari benua berkenaan. Malah, ini akan […]
EPL: Liverpool & Brighton Sama-Sama Gagah

Penyakit ‘lambat panas’ kembali menghantui Liverpool apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Brighton di Stadium Amex hari ini. Kontroversi perlawanan mereka dengan Tottenham Hotspur sudah dilupakan The Reds dengan fokus kini mendapatkan tiga mata daripada The Seagulls. Begitupun, anak-anak buah Roberto De Zerbi membuktikan mereka pasukan yang liat dan menghiburkan lebih-lebih lagi selepas mengalahkan Manchester […]
Chelsea Mahu Buat Pinjaman Beli Pemain Baru

Chelsea difahamkan mahu mendapatkan pinjaman lebih £500 juta (RM2.8 bilion) bagi membantu mereka berbelanja besar dalam tetingkap perpindahan Januari tahun depan. Akhbar The Sun mendedahkan pemilik The Blues, Todd Boehly mahu terus berbelanja biarpun sudah membelanjakan lebih £1 bilion (RM5.7 bilion) di pasaran perpindahan sejak musim lepas. Pinjaman ini bakal dibuat dengan institusi-institusi perbankan Amerika […]
EPL: Manchester City Tewas Mengejut Kepada Wolves

Saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Manchester City menentang Wolves yang berkesudahan dengan keputusan 2-1. Jaringan yang dihasilkan Wolves daripada Hwang Hee-Chan dan Manchester City, Julian Alvarez dan Ruben Dias (mencatat jaringan ke gawang sendiri). Separuh masa pertama hanya berkesudahan dengan Wolves 1-0 Manchester City. Rembatan Pedro Neto terbias ke kaki Ruben Dias. Separuh […]
EPL: Arsenal Mudah Atasi Bournemouth

Mikel Arteta mengetepikan sentimen terhadap rakan lamanya, Andoni Iraola dengan membimbing Arsenal menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality hari ini. Perlawanan EPL hari ini dianggap jejak kasih bagi Arteta dan Iraola. Ini kerana kedua-duanya merupakan rakan sepasukan lama di kelab remaja Basque, Antiguoko lebih 30 tahun lalu. Bagaimanapun, sebaik wisel babak pertama ditiup, The Gunners bermula […]
Elkan Baggott ‘Singkirkan’ Kelab EPL

Bek tengah muda Indonesia, Elkan Baggott membantu Ipswich Town melakar kejutan dengan menyingkirkan kelab EPL, Wolves dari saingan Piala EFL semalam. Kejayaan hebat ini dilakar anak-anak buah Kieran McKenna biarpun pada satu ketika, mereka ketinggalan 2-0 pada babak pertama. Gol Wolves dijaringkan oleh penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan dan Toti Gomes. Bagaimanapun, The Tractor Boys […]
Man United Catat 27 Peratus Penguasaan Bola Berdepan Pasukan Corot EPL

Biarpun berjaya meraih kemenangan ke atas Burnley pada Sabtu lepas, Man United hanya meraih 27% penguasaan bola dalam perlawanan tersebut. Peratusan ini dikongsikan oleh BR Football selepas perlawanan semalam. Sementara The Clarets pula memiliki penguasaan bola sebanyak 73%. Dari satu segi, peratusan penguasaan bola ini sudah dijangka memandangkan falsafah pengurus Burnley, Vincent Kompany mementingkan penguasaan […]
EPL: Liverpool Gah Atasi West Ham

Liverpool terus memburu Manchester City di persada liga apabila meraih kemenangan 3-1 ke atas West Ham United di Anfield. Selepas bangkit daripada ketinggalan buat kali keempat di LASK beberapa hari lepas, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu anak-anak buahnya memburu gol awal. Separuh masa pertama menyaksikan Liverpool mendahului pada minit ke-16 menerusi penalti Mohamed Salah. Ini […]
EPL: Badi Chelsea Berterusan, Tewas Kepada Aston Villa

Kelab gergasi London, Chelsea terus dibelenggu prestasi tidak menentu apabila tunduk 1-0 kepada Aston Villa di Stamford Bridge hari ini. Selepas diikat tanpa jaringan dengan Bournemouth, Mauricio Pochettino amat memerlukan kemenangan bagi memberi keyakinan kepada barisan pemain muda The Blues. Atas sebab itu, Chelsea terus melancarkan serangan ke atas Villa sebaik sepak mula. Begitupun, The […]