EPL: Man United Jumpa Cara Menang, Tewaskan Burnley

Man United kembali temui rentak kemenangan dalam EPL apabila mengalahkan Burnley di Turf Moor awal pagi ini. Selepas tiga kali tewas termasuk di tangan Bayern Munich baru-baru ini, anak-anak buah Erik ten Hag amat memerlukan kemenangan untuk kembali menstabilkan kempen mereka. Justeru, tidak hairanlah United tampil garang pada babak pertama. Biarpun Burnley memiliki kelebihan sebagai […]

EPL: Chelsea Teruskan Rentak Buruk, Diikat Bournemouth

Chelsea terus bergelut memburu kemenangan kedua EPL selepas diikat Bournemouth tanpa jaringan di Stadium Vitality hari ini. Selepas tewas mengejut 1-0 di tangan Nottingham Forest, anak-anak buah Mauricio Pochettino berharap dapat bangkit dengan mengalahkan The Cherries di gelanggang keramat mereka. Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang jaringan pada separuh masa pertama. Ini dibuktikan dengan statistik […]

Mauricio Pochettino: Pemain Bukan Mesin

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengingatkan penyokong dan penganalisis bola sepak di luar sana bahawa pemain bola sepak bukan mesin. Komen ini dibuat susulan permulaan kempen EPL yang kurang konsisten yang dihadapi Chelsea musim ini. Sejak diambil alih oleh Todd Boehly pada musim lepas, The Blues telah membelanjakan £1 bilion (RM58 bilion) dalam tetingkap perpindahan. Begitupun, […]

EPL: Manchester City Pamer Kebangkitan Tundukkan West Ham

Aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara West Ham dan Manchester City yang berkesudahan dengan keputusan 3-1.  The Citizen dan The Hammers turun dengan reputasi terbaik selepas tidak pernah tewas dalam 5 perlawanan sebelum ini.  Bintang baharu The Hammers, James Ward-Prowse membuka jaringan pada minit ke-36 dengan tandukan deras menewaskan Ederson selepas mudah […]

EPL: Liverpool Bangkit Tewaskan Wolves

Liverpool bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux. The Reds yang tempang tanpa beberapa tonggak memilih memberi kemunculan pertama kepada bek tengah muda, Jarell Quansah. Quansah bergandingan dengan Joel Matip di bek tengah dengan Joe Gomez berperanan sebagai bek kanan. Begitupun, percaturan pengurus Jurgen Klopp memakan diri sebaik babak […]

EPL: Arsenal Hampir Dimalukan Fulham

Aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Arsenal dan Fulham yang berlangsung di Emirates Stadium berkesudahan dengan keputusan 2-2. Perlawanan bermula rancak apabila seawal minit pertama permainan pemain sayap Fulham, Andres Pereira membuka jaringan dengan sepakan bersahaja mengelirukan penjaga gol, Aaron Ramsdale.  Tersentak dengan jaringan tersebut, Arsenal cuba menguasai perlawanan namun sehingga separuh […]

Juara Eropah Buru Sanusi

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan kental Porto FC, Zaidu Sanusi. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara bintang paling konsisten bersama pasukan gergasi Portugal itu sejak dua musim kebelakangan ini. Kecemerlangan pertahanan kiri Nigeria ini telah membuka mata ramai pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Menerusi beberapa laporan di Eropah, […]

Kelab EPL Terpaksa Tangguh Perlawanan Seketika Kerana Tandas Tiada Air

Perlawanan antara Brentford dan Tottenham Hotspur semalam terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah bekalan air yang menyebabkan tandas dan unit katering terjejas. Sepak mula perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama hampir 7 minit ekoran masalah bekalan air di Gtech Community Stadium. Ini kerana perkara tersebut boleh menyebabkan masalah kebersihan ekoran jumlah penyokong yang hadir ke stadium adalah […]

EPL: Arsenal Mula Langkah Kanan, Tewaskan Nottingham Forest

Perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Arsenal menentang Nottingham Forest yang berakhir dengan keputusan 2-1.  Arsenal turun dengan tonggak baharu seperti Declan Rice, Kai Havertz dan Justin Timber. The Gunners turun dengan reputasi sebuah pasukan terbaik.  Separuh masa pertama, The Gunners dahului dengan 2-0 menerusi Nketiah dan Bukayo Saka.   Separuh masa […]

Raphael Varane Luah Kekecewaan Terhadap FA England

Pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane telah meluahkan kekecewaannya terhadap Persatuan Bola Sepak England (FA England) berkenaan isu jadual padat dan perubahan masa tambahan. Varane menyatakan bahawa para pengurus dan pemain telah berkongsi kebimbangan sejak sekian lama tentang perlawanan yang terlalu banyak dan jadual padat yang boleh memberi kesan kepada aspek fizikal dan mental pemain. […]

Community Shield: Penalti Dramatik Pastikan Arsenal Muncul Juara Tewaskan Man City

Pertembungan Arsenal dan Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti (Community Shield) menyaksikan perlawanan berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik tatkala Mikel Arteta menurunkan tiga pemain baharunya iaitu Kai Havertz, Declan Rice dan Justin Timber. The Citizens mengekalkan barisan pemain terbaiknya sambil kemasukan Mateo Kovacic ditagih mengemudi jentera tengah pasukan. Perlawanan berlangsung baik pada […]

Kelab EPL, Wolves Pinjam Duit Kerajaan RM588 Juta Bantu Pasukan

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Wolves telah meminjam wang daripada kerajaan United Kingdom (UK) sebanyak £99 juta (RM588 juta) untuk membantu menstabilkan kewangan mereka. Akhbar Express & Star melaporkan pinjaman tersebut dibuat menerusi UK Export Finance, sebuah agensi kerajaan UK yang bertanggungjawab membantu syarikat-syarikat eksport negara itu dengan dana sebanyak £6.5 bilion (RM38.5 bilion). Wolves […]

Frank Lampard Bakal Jadi Jurulatih Chelsea Kali Kedua?

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC berkemungkinan kembali menagih sentuhan bekas pengendali, Frank Lampard untuk mengemudi pasukan. Berdasarkan beberapa laporan di Eropah, lagenda kelab tersebut difahamkan antara nama yang disebut kembali menjawat jawatan tersebut setelah dipecat kira-kira dua tahun lalu. Beliau bagaimanapun difahamkan akan dilantik sebagai pengurus sementara sehingga The Blues mendapat jurulatih baharu. […]

Mengapa Sebenarnya Pemain Arsenal Bergambar Dengan Jam Besar Ini?

Ahad lepas, pasukan Arsenal berjaya melakar kemenangan yang ke- 21 ketika menentang Fulham dengan keputusan 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas tamat permainan, pemain pertahanan Arsenal, Zinchenko menbuat satu hantaran gambar di Intagram miliknya yang menyaksikan seluruh pemain Arsenal dan kakitangan staf bergambar meraikan kemenangan itu dengan mempamerkan jam dinding analog.  Apa yang menjadi […]

EPL: Arsenal Tamatkan Badi Kemenangan, Tewaskan Aston Villa

Arsenal menamatkan badi tiga perlawanan EPL tanpa kemenangan apabila mencatat kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park hari ini. Sebaik sepak mula, tuan rumah yang baru saja mengharungi dua kekalahan baru-baru ini mahu bangkit dan menjadikan Gunners sebagai mangsa mereka. Hasilnya, mereka mendahului menerusi penyerang Ollie Watkins pada minit kelima. Bagaimanapun, kelebihan Villa […]

Mikel Arteta Tak Tahu Apa Lagi Arsenal Boleh Buat Cabar Trofi EPL

Ketua jurulatih Arsenal FC, Mikel Arteta kelihatan seperti sudah buntu apabila pasukan kendaliannya tewas kepada Manchester City di laman sendiri semalam. Beliau sudah tentu mahu membawa haluan yang lebih baik setelah mereka gagal mencipta sebarang kemenangan dalam 4 aksi terakhir. Arsenal sebelum ini sudah pun tewas 1-0 kepada The Citizens mahu memanfaatkan aksi di laman […]