EPL: Man United ‘Sedekah’ Tiga Mata Kepada Bournemouth

Momentum kemenangan yang diperolehi Manchester United pada perlawanan lepas gagal diteruskan apabila dimalukan AFC Bournemouth di gelanggang keramat mereka, Old Trafford. Skuad The Red Devils yang berjaya menewaskan Chelsea FC pada Khamis dikejutkan dengan jaringan penyerang Bournemouth, Dominic Solanke yang menyambar hantaran lintang Lewis Cook seawal minit kelima. Seakan tersentak dengan jaringan tersebut, Manchester United […]

Harry Maguire Dinobat Pemain Terbaik Bulanan EPL

Bek tengah England dan Manchester United, Harry Maguire diangkat Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan November. Beliau mengatasi cabaran calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Antara pencabar beliau ialah Jeremy Doku (Manchester City), Anthony Gordon (Newcastle United) dan Thomas Kaminski (Luton Town). Mengikut keterangan laman sesawang rasmi United, Maguire bukan saja pemain […]

EPL: Aston Villa Pamer Kecemerlangan Atasi Man City

Gol tunggal Leon Bailey buat Aston Villa sudah cukup memastikan Man City mengalami kekalahan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Selepas diikat 3-3 oleh Tottenham Hotspur pada minggu lepas, City perlu menang bagi merapatkan jurang mereka dengan pendahulu EPL, Arsenal. Sementara Villa pula mahu menjadikan The Citizens sebagai mangsa seterusnya bila bertandang ke […]

EPL: Declan Rice Pacu Arsenal Tewaskan Luton Town

Pemain tengah England, Declan Rice memastikan Arsenal kekal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas Luton Town. Walaupun berada di kedudukan empat tercorot liga, Luton membuktikan mereka pasukan liat bila beraksi di Kenilworth Road. Ini dibuktikan dengan keputusan seri 1-1 mereka dengan Liverpool. Fakta tersebut langsung tidak menggentarkan The Gunners […]

EPL: Man City Hampir Diaibkan Tottenham Hotspur

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 3-3 oleh pasukan dari utara London, Tottenham Hotspur. Dengan Liverpool dan Arsenal masing-masing meraih kemenangan, City perlu menang ke atas Spurs bagi merampas semula takhta pendahulu liga. Sementara Tottenham pula mahu menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut bagi membolehkan mereka […]

EPL: Brighton Beri Chelsea Peluang Kembali Catat Kemenangan

Dua jaringan daripada Enzo Fernandez berjaya membantu Chelsea kembali menemui rentak kemenangan meskipun bermain dengan 10 orang pemain apabila membenam cabaran Brighton and Hove Albion di Stamford Bridge. Chelsea yang mengalami kekalahan pada perlawanan menentang Newcastle United minggu lalu ingin bangkit meraih tiga mata untuk memperbaiki kedudukan mereka di carta Liga Perdana Inggeris. Chelsea membuka […]

Rekod Buruk Man United ‘Berjangkit’ Selama Dua Tahun

Selepas tewas kepada Newcastle United awal pagi ini, Man United masih belum mampu memadamkan rekod buruk mereka di tempat lawan. Rekod buruk yang dimaksudkan ialah meraih kemenangan ke atas pasukan yang menduduki kedudukan lapan teratas liga di gelanggang lawan. Kali terakhir kemenangan ini dapat dicapai ialah ke atas West Ham United pada 19 September 2021. […]

EPL: Newcastle United Malukan Man Utd Lagi

Kelab gergasi EPL, Man Utd mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini apabila tunduk 1-0 kepada Newcastle United di St. James Park. Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit semula selepas masing-masing meraih keputusan seri dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara UEFA (UCL) minggu ini. Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi perlawanan berdasarkan statistik Sofascore. Sofascore merekodkan 14 percubaan […]

EPL: Alejandro Garnacho Pacu Man United Kalahkan Everton

Gol cantik pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho memastikan Man United meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Everton awal pagi ini. Everton yang baru saja dikenakan hukuman pemotongan mata sebanyak 10 mata oleh EPL berharap dapat bangkit dalam perlawanan ini. Sementara United pula mahu meneruskan momentum kemenangan selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Luton Town […]

EPL: Trent Alexander-Arnold Bantu Liverpool ‘Rantai’ Man City

Gol bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sudah cukup untuk membantu mereka mengikat Man City 1-1 di Stadium Etihad hari ini. Perlawanan ini menyaksikan Haaland dan penyerang Mesir, Mohamed Salah masing-masing mengejar rekod tersendiri. Penyerang Norway itu memburu rekod orang terpantas menjaringkan gol ke-50 dalam EPL. Sementara Salah pula memburu rekod orang terpantas menjaringkan gol ke-150 […]

12 Pemain Liga M3 Terpilih Jalani Latihan Di Kelab EPL

12 pemain Liga M3 yang bertuah telah dipilih untuk menjalani latihan bersama kelab EPL yang berpangkalan di Midlands, Wolverhampaton Wanderers. Ini selepas 12 orang pemain ini berjaya melepasi ujian pemilihan program “Dare to Dream” yang diadakan pada minggu lepas. Antara ujian yang perlu dilepasi mereka ialah kepantasan, ketangkasan, kemahiran teknik dan simulasi perlawanan sebenar. Proses […]

Chelsea Bakal Dikenakan Hukuman Berat

Kelab gergasi EPL, Chelsea berdepan kemungkinan dikenakan hukuman berat termasuk potongan mata oleh entiti berkenaan. Ini selepas satu pendedahan yang dibuat The Guardian mengenai siri bayaran rahsia yang dibuat terhadap individu dan entiti di seluruh dunia semasa era pemilik sebelumnya, Roman Abramovich. Kebanyakan bayaran ini dibuat oleh syarikat-syarikat luar pesisir yang mempunyai kaitan dengan jutawan […]

12 Pemain Liga M3 Bakal Ke England Sertai Latihan Kelab EPL

Biarpun bukan beraksi di dalam kasta tertinggi Liga Malaysia, namun pemain-pemain yang beraksi di Liga M3 kini berpeluang untuk mengasah bakat mereka di England. Seramai 40 pemain telah menjalani sesi pemilihan dengan 12 pemain yang terpilih bakal merasai latihan bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderes FC (Wolves). 12 pemain tersebut bakal menjalani latihan yang […]

Erik ten Hag Digantung

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak dapat berada di tepi padang menjelang aksi EPL membabitkan United dan Everton pada awal pagi 27 November ini. Ini selepas beliau perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga pada Sabtu lalu. Ten Hag dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas mempertikai keputusan balingan ke dalam yang […]

EPL: Penalti Dramatik Cole Palmer Bantu Chelsea Ikat Man City

Manchester City menggigit jari apabila sekadar meraih satu mata selepas diikat 4-4 oleh Chelsea di Stamford Bridge awal pagi ini. The Citizens tahu satu lagi kemenangan bakal menjarakkan kedudukan mereka dengan Tottenham Hotspur kepada tiga mata. Sementara The Blues pula berharap dapat memintas West Ham United yang menduduki tangga kesembilan liga sekiranya berjaya mengalahkan City. […]

Malang Berganda Buat Liverpool

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool ditimpa malang berganda gara-gara pemain sayap Toulouse dari Norway, Aron Donnum. Selepas menjadi arkitek kemenangan 4-3 Les Violet ke atas The Reds pada Khamis lepas, nama bekas pemain sayap Valerenga itu kembali menghantui pasukan itu. Atau lebih tepat, pasukan wanita Liverpool yang turun menentang pasukan wanita Tottenham Hotspur dalam Liga Super […]