EPL: Gol Kontroversi Bantu West Ham Tewaskan Arsenal

Arsenal terlepas peluang merampas semula kedudukan pendahulu liga daripada Liverpool apabila tunduk 2-0 kepada musuh setempat, West Ham United di Stadium Emirates. Selepas Liverpool mendahului liga susulan kejayaan mereka mengalahkan Burnley, The Gunners perlu menang jika ingin kembali bertakhta di persada liga. Sementara The Hammers pula ingin meneruskan momentum selepas mengalahkan Manchester United di Stadium […]

EPL: Man City Leburkan Perjuangan Hebat Everton

Man City terpaksa bekerja keras di Goodison Park hari ini sebelum berjaya mengalahkan kelab Merseyside, Everton 3-1. Segar daripada kejayaan menggondol gelaran juara Piala Kelab Dunia FIFA, City kini fokus untuk menghambat Liverpool dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga. Manakala Everton pula mahu bangkit selepas tewas 2-1 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi […]

Rasmus Hojlund Menangis Jaringkan Gol Buat Man United

Kemenangan 3-2 Man United ke atas Aston Villa pada awal pagi tadi bukan saja menamatkan penantian kemenangan United selepas empat perlawanan. Malah, perlawanan ini istimewa buat penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund kerana menjaringkan gol pertamanya untuk The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Rembatan beliau yang menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez pada minit […]

EPL: Liverpool Rampas Takhta Pendahulu, Mudah Tewaskan Burnley

Kelab Merseyside, Liverpool kembali bergelar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalahkan Burnley 2-0 di Turf Moor awal pagi tadi. Dengan Arsenal hanya turun menentang West Ham United pada awal pagi 29 Disember ini, ini peluang keemasan buat anak buah Jurgen Klopp untuk merampas takhta peneraju liga. Manakala Burnley berharap dapat merekodkan satu lagi kemenangan […]

EPL: Manchester United Pamer Karakter Sebenar, Bangkit Atasi Aston Villa

Manchester United mencatatkan kemenangan dramatik di laman sendiri ketika turun menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Aksi longlai di awal babak pertama menyaksikan Manchester United terus dihukum jentera serangan Aston Villa menerusi jaringan pemain tengah, John McGinn pada minit ke-21. Lima minit berselang, pasukan pelawat terus menggandakan jaringan hasil penyudah Leandro Dendocker untuk […]

Jutawan Britain Muktamadkan Pembelian Saham Man United

Jutawan terkaya di Britain, Sir Jim Ratcliffe akhirnya memuktamadkan pengambilalihan 25% saham Man United semalam. Pengambilalihan saham bernilai £1.3 bilion (RM7.6 bilion) itu diumumkan di laman sesawang rasmi United. Perjanjian ini menyaksikan Ratcliffe diberi kawalan penuh operasi bola sepak United dari infrastruktur hinggalah urusan perpindahan. Ratcliffe merasa gembira selepas berjaya memuktamadkan pembelian saham tersebut dan […]

EPL: Wolves Gah Benam Cabaran Chelsea

Prestasi tidak konsisten Chelsea terus menghantui musim mereka apabila tewas 2-1 kepada Wolves di Molineux hari ini. Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap Chelsea dapat meneruskan rentak positif selepas mara ke separuh akhir Piala EFL pada pertengahan minggu ini. Manakala pengurus Wolves, Gary O’Neill berharap anak buahnya dapat bangkit selepas tewas 3-0 di tangan West Ham […]

EPL: Liverpool & Arsenal Sama-Sama Gagah

Liverpool terlepas peluang untuk merampas takhta pendahulu liga daripada Arsenal apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Anfield awal pagi ini. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih hari ini atas sebab berbeza. Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta melihat ini sebagai peluang melebarkan kelebihan di persada liga. Sementara jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp melihat kelebihan beraksi di tempat sendiri […]

EPL: Manchester United Lemau ‘Diketuk’ West Ham United

Manchester United mencatatkan kekalahan kesembilannya di liga apabila tumpas di tangan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Perlawanan berlangsung seimbang di awal permainan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari jaringan pendahuluan. Peluang terbaik untuk Manchester United membuka tirai jaringan hadir menerusi percubaan jarak dekat Alejandro Garnacho minit ke-35 namun berjaya dinafikan […]

EPL: Manchester United ‘Lega’ Ikat Liverpool

Manchester United menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pendahulu liga, Liverpool seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Liverpool yang turun sebagai tuan rumah mempamerkan aksi lebih dominan dengan penguasaan bola jelas berpihak kepada pasukan The Reds. Manchester United pula memanfaatkan kepantasan Alejandro Garnacho untuk melancarkan serangan balas ke kubu Liverpool yang dikawal rapi […]

EPL: Arsenal Kembali Ke Puncak, Tewaskan Brighton

Perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan di antara Arsenal dan Brighton yang berkesudahan dengan jaringan 2-0.  Tuan rumah, Arsenal berjaya meraih tiga mata berharga bagi memastikan kembali ke puncak Liga.  Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. The Gunners mencatatkan 3 percubaan tepat dan 5 percubaan tidak tepat manakala Brighton gagal membuat sebarang percubaan […]

Insiden Pemain Luton Town Rebah Cetuskan Kerisauan

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Luton Town dan Bournemouth terpaksa dibatalkan selepas kapten Luton, Tom Lockyer tidak sedarkan diri. Sky Sports melaporkan insiden tersebut berlaku pada minit ke-58 di Stadium Vitality dengan kedua-dua pasukan ketika itu terikat 1-1. Sebaik menyedari apa berlaku, pengurus The Hatters, Rob Edwards mengarahkan pemain-pemain memberi laluan kepada pasukan perubatan […]

EPL: Chelsea Pamer Aksi Garang Atasi Sheffield United

Chelsea mempamerkan aksi yang mantap untuk membenam Sheffield United di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu. Chelsea yang turun tanpa Enzo Fernandez dan Robert Sanchez di kesebelasan utama dilihat jelas sekali mendominasi perlawanan seawal minit pertama permainan. Sheffield United juga sesekali menghadirkan resah kepada benteng Chelsea terutamanya menerusi percubaan Cameron […]

EPL: Man City Kembali Bernyawa, Tewaskan Luton Town

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Luton Town hari ini. Selepas seri 3-3 dengan Tottenham Hotspur dan kalah 1-0 kepada Aston Villa, City tidak boleh lagi keciciran mata jika mahu mempertahankan mahkota EPL mereka. Bagaimanapun, Luton menjanjikan cabaran sukar di tempat sendiri lebih-lebih […]

EPL: Chelsea Masih Mencari Formula Kemenangan, Tewas Kepada Everton

Chelsea masih gagal menemui rentak kemenangan dalam 2 perlawanan berturut-turut apabila tewas kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park. Chelsea bermula garang di awal permainan apabila terlebih dahulu melakukan percubaan ke gawang Everton menerusi Enzo Fernandez pada minit kelima namun diselamatkan penjaga gol, Jordan Pickford. Pickford sekali lagi menjadi penyelamat pasukannya setelah […]

EPL: Arsenal Diaibkan Aston Villa

Arsenal terlepas peluang kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas mengejut 1-0 kepada Aston Villa di Villa Park hari ini. Dengan Liverpool berjaya mengatasi Crystal Palace di Selhurst Park, anak-anak buah Mikel Arteta perlu menang hari ini bagi merampas kembali kedudukan pendahulu liga. Bagaimanapun, The Villains bakal memberi cabaran getir kepada pelawat. Ini […]