EPL: Tottenham Hotspur Atasi Cabaran Brighton

Pemain sayap muda, Brennan Johnson memacu kelab utara London, Tottenham Hotspur meraih kemenangan 2-1 ke atas Brighton and Hove Albion di Stadium Tottenham Hotspur. Spurs berharap dapat meneruskan rekod empat perlawanan tanpa kalah dalam liga sejak tewas kepada lawan sama pada penghujung Disember 2023. Sementara The Seagulls pula ingin meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan musuh […]

EPL: Liverpool Tewaskan Burnley

Liverpool terus memberi tekanan kepada para pencabar kejuaraan selepas mudah menundukkan Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Liverpool yang bermain di hadapan para penyokong sendiri bagai mendapat tonik tambahan untuk meledak jaringan pertama menerusi Diogo Jota pada minit ke-31. Ketika separuh masa pertama hampir menuju penamat, Burnley berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi tandukan […]

Kesengsaraan Enzo Fernandez Di Chelsea Bakal Berakhir

Ejen Enzo Fernandez, Uriel Perez kini sedang dalam perbincangan dengan beberapa kelab yang sesuai buat pemain muda terbaik Piala Dunia 2022 ini. Menurut Football Transfer, pemain muda kelahiran Argentina itu sedang mempertimbang keputusan untuk keluar daripada kelab. Chelsea menandatangani Enzo Fernández dari Benfica pada tahun 2023 dengan tandaharga RM500 juta (RM 628 juta) dan mengikat […]

EPL: Arsenal Tundukkan Liverpool, Pintas Kedudukan Man City

Arsenal terus menghambat kedudukan pendahulu liga apabila menewaskan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates. Kedua-dua pasukan tampil dalam perlawanan ini dengan pemain terbaik yang mereka ada demi memastikan tiga mata berada dalam genggaman. Tuan rumah bermula baik dan berjaya memimpin perlawanan pada minit ke-14 menerusi jaringan Bukayo Saka yang mudah menyempurnakan […]

Jose Mourinho Mahu Selamatkan Man United

Pengurus terkenal, Jose Mourinho berhasrat untuk membantu kelab lamanya, Man United kembali digeruni di pentas Eropah dan dunia. Menerusi ciapan yang dibuat oleh portal Centre Devils, Jose Mourinho seakan berminat untuk kembali membimbing kelab Manchester itu bagi menyelseaikan “Jose Mourinho mengintai kepulangan sensasi ke Manchester United. Dia fikir dia mempunyai ‘urusan yang belum selesai’ di […]

EPL: Gol Minit Akhir Bantu Manchester United Tumbangkan Wolves

Wolves dilanda malang apabila jaringan pemain muda Manchester United di minit akhir perlawanan bantu mereka pulang dengan tiga mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada pagi Jumaat. Manchester United bermula garang dengan mendahului dua gol di awal permainan melalui jaringan Marcus Rashford dan Rosmus Hojlund, masing-masing pada minit ke-5 dan minit ke-22. Keputusan Wolves […]

EPL: Brighton Diikat Wolves, Pintas Kedudukan Manchester United

Brighton and Hove Albion terus mendaki carta liga meskipun diikat Wolverhampton Wanderers dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Wolves yang turun tanpa beberapa pemain tonggak seperti Hwang Hee-chan dan Rayan Ait-Nouri berjaya mengimbangi kekuatan pasukan tuan rumah. Tiada percubaan merbahaya yang dilancarkan Brighton di separuh masa pertama meskipun penguasaan bola jelas memihak skuad The Seagulls. […]

EPL: Liverpool Benam Bournemouth Penuh Bergaya

Liverpool mengukuhkan status sebagai pendahulu liga setelah menewaskan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Pada aksi yang berlangsung di Stadium Vitality itu, kedua-dua pasukan bermula sedikit perlahan dengan penguasaan bola dilihat seimbang. Ketumpulan jentera serangan menyaksikan tiada jaringan dapat dijelmakan sekaligus mengakhiri babak pertama dengan keputusan 0-0. Bersambung babak kedua, Liverpool tidak menunggu lama […]

EPL: Tottenham Hotspur Bangkit Ikat Manchester United

Manchester United terpaksa akur berkongsi mata bersama Tottenham Hotspurs dalam aksi EPL pada pagi Isnin. Manchester United hanya memerlukan tiga minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Rasmus Hojlund yang melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kiri. Spurs tidak berdiam diri dan mula serius mengatur serangan. Hasilnya, penyerang Spurs, Richarlison berjaya menanduk cantik sepakan penjuru Pedro Porro […]

EPL: Gol Dramatik Oscar Bobb Bantu Man City Tewaskan Newcastle United

Gol dramatik Oscar Bobb membantu juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City menewaskan Newcastle United di St. James Park awal pagi ini. Dengan Liverpool hanya beraksi pada minggu hadapan, City berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mata daripada lima kepada dua mata. Sementara The Magpies pula berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan […]

‘Bantuan’ Anthony Gordon Beri Kelebihan Kepada Mohamed Salah

Kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Newcastle United pada awal pagi semalam menyaksikan Mohamed Salah berjaya melepasi 150 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Pencapaian itu diraih hasil ‘bantuan’ pemain sayap The Magpies, Anthony Gordon pada minit ke-86. Liverpool berpeluang menambah gol keempat apabila Martin Dubravka didakwa menjatuhkan Diogo Jota dalam kotak penalti. Penalti ini dianggap […]

Magis Mohamed Salah Pimpin Liverpool Tumbangkan Newcastle

Dua gol penyerang Mesir, Mohamed Salah memastikan Liverpool meraih kemenangan pertama tahun 2024 dengan menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield. Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. The Reds yang dibimbing Jurgen Klopp masih belum kalah dalam lima perlawanan terakhir semua kejohanan termasuk Piala EFL. Manakala The Magpies yang dibelenggu masalah kecederaan pula mengalami empat kekalahan […]

EPL: Tottenham Hotspur Benam Cabaran Bournemouth

Kelab utara London, Tottenham Hotspur kembali mendapat rentak kemenangan apabila mengalahkan Bournemouth 3-1 di Stadium Tottenham Hotspur hari ini. Spurs amat memerlukan kemenangan selepas dibelasah Brighton 4-2 pada pertengahan minggu. Manakala Bournemouth tampak bersemangat selepas mengalahkan Fulham 3-0. Babak pertama menyaksikan tuan rumah tampil garang sebaik wisel permulaan ditiup. Dan mereka tidak menunggu lama berada […]

Padang Stadium Man City Diserang Tikus

Juara Piala Kelab Dunia FIFA, Man City berada pada laluan tepat untuk merekodkan kemenangan rutin ke atas Sheffield United semalam. Bagaimanapun, perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut terpaksa ditangguhkan sebentar gara-gara tindakan seekor tikus menceroboh padang Stadium Etihad. Rakaman tikus berkenaan yang berlari di atas padang sebelum separuh masa kedua perlawanan bermula tular di media […]

EPL: Kelalaian Man United Dihukum Nottingham Forest

Prestasi tidak konsisten Man United untuk musim 2023-2024 terus membuatkan pengurus mereka, Erik ten Hag menggaru kepala. Ini selepas The Red Devils tumpas 2-1 kepada Nottingham Forest dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground awal pagi ini. Kedua-dua pasukan berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas masing-masing meraih kemenangan ke atas Aston Villa […]

EPL: Chelsea ‘Cemas’ Sebelum Tundukkan Luton Town

Dua jaringan lewat Luton Town hampir membuatkan Chelsea terkedu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. Pada aksi yang berlangsung di Kenilworth Road itu, Chelsea jelas mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah dari wisel permulaan dibunyikan. Hasilnya, anak-anak buah Mauricio Pochettino itu berjaya mendahului perlawanan menerusi tendangan kaki kiri pemain tengah, Cole Palmer seawal minit […]