Dion Cools Anggap Feroz Baharudin Cukup ‘Syarat’ Bersama Harimau Malaya

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Dion Cools teruja apabila melihat nama pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin dipanggil ke kem latihan kebangsana kali ini. Pemain muda berusia 22 tahun itu telah tampil sebagai nadi utama di bahagian pertahanan JDT sejak akhir musim lalu terus diberi kepercayaan oleh Tano Solari untuk beraksi dalam kesebelasan utama […]

Dion Cools ‘Terassist’ Pihak Lawan, Kembali Bangkit Bantu Buriram Perkukuh Kedudukan Liga

Buriram United memperkukuh kedudukan di tangga teratas Liga Thailand menerusi kemenangan 4-1 mengatasi Khon Kaen United untuk hari perlawanan ke-24. Kemenangan ini juga bermakna, Buriram hanya memerlukan 2 kemenangan lagi untuk bergelar juara Liga Thailand 1. Buriram United menguasai permainan seawal minit pertama dan berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-20 menerusi jaringan Lonsana Doumbouya. […]

Kemajuan Dion Cools Di Thailand Legakan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi komen jujur mengenai perpindahan pertahanan tengah negara, Dion Cools yang sudah pun melengkapkan perpindahan ke Thailand bersama Buriram United. Bekas bintang Club Brugge di Belgium ini telah pun melengkapkan perpindahan ke kelab gergasi Thailand tersebut awal tahun ini sekaligus menafikan spekulasi beliau akan kembali ke Malaysia. Namun begitu, […]

Thai League 1: Kecemerlangan Dion Cools Bantu Buriram United Tewaskan PT Prachuap

Ketenangan Dion Cools mengepalai pertahanan Buriram United membantu kelab itu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas PT Prachuap dalam perlawanan Thai League 1 hari ini. Kemenangan ini turut membantu Thunder Castle mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga musim ini. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Ini disebabkan tuan rumah berusaha mengekang jentera […]

Tiga Bintang Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Thai League Cup

Prestasi memberangsangkan tiga bintang sensasi Malaysia di Thailand terus mencuri tumpuan apabila berjaya memacu cabaran pasukan ke peringkat separuh akhir Thai League Cup. Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid meneruskan permulaan cemerlang bersama Ratchaburi apabila membantu mereka menewaskan Samut Songkram dengan keputusan 2-1. Beliau berjaya menjadi watak penting apabila menyumbang satu bantuan gol semalam. Malah, prestasi […]

Thai League Cup: Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram Ke Separuh Akhir

Ketenangan bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools membantu Buriram mara ke separuh akhir Thai League Cup. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan Bangkok United 3-0 di Stadium Thammasat. Walaupun berstatus pasukan pilihan, Buriram terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk membuka tirai jaringan. Pemain tengah Suphanat Muenta membua jaringan buat pasukan pelawat selepas menanduk sepakan percuma […]

Thai League 1: Aksi Cemerlang Dion Cools Bantu Buriram United ‘Tapau’ Police Tero

Pendahulu Liga 1 Thailand, Buriram United terus mengukuhkan cengkaman liga apabila mudah mengatasi Police Tero hari ini. Pemain sensasi Harimau Malaya, Dion Cools terus mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengemudi barisan pertahanan tuan rumah. Turun tanpa tekanan, anak didik Masatada Ishii terus mengatur langkah dengan beberapa percubaan awal yang hampir menerjah gawang. Usaha ini membuahkan hasil […]

Thai League 1: Buriram Mudah Tewaskan BG Pathum

Buriram terus unggul sebagai pendahulu liga dan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. Ini selepas BG Pathum United tunduk 1-0 kepada Thunder Castle di Stadium BG, Pathum Thani hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan seimbang. Tetapi Buriram terlebih dahulu di hadapan menerusi bekas pemain Newcastle United, Haris Vuckic pada minit […]

Thai League 1: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Januari

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terpilih sebagai pertahanan terbaik bagi bulan Januari dalam saingan Thai League 1. Pemain berusia 26 tahun itu jelas mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu setelah melengkapkan perpindahan daripada FK Jablonec kira-kira sebulan yang lalu. Bekas bintang Club Brugge ini terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Masatada Ishii apabila tenang mengemudi […]

Info Siaran Langsung Buriram United vs Chonburi | Thai League 1

Aksi minggu ke-17 menyaksikan pertembungan antara pendahulu liga, Buriram United FC yang turun berdepan dengan pasukan tangga ketiga liga, Chonburi FC. Perlawanan yang berlangsung di Chang Arena ini menyaksikan pasukan tuan rumah berhasrat untuk mengekalkan penguasaan dalam liga apabila kini selesa mendahului saingan Liga 1 Thailand selepas 16 perlawanan musim ini. Pasukan tuan rumah, Buriram […]

Dion Cools: Buriram United Sudah Lama Mahukan Saya

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools menyatakan bahawa kelabnya Buriram United sudah lama mengintai khidmatnya. Bekas pertahanan FK Jablonec itu akui Buriram United adalah sebuah pasukan yang kuat di Asia. Oleh sebab itu, beliau memilih untuk berkelana di Thailand. “Buriram adalah kelab terbesar di Asia, dan saya adalah pemain bebas. Ia adalah satu langkah yang baik.  “Buriram […]

Minggu-16: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Thai League

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools tersenarai dalam kesebelasan terbaik nagi aksi Liga 1 Thailand minggu ke-16. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain import yang baru sahaja menyertai pasukan selepas akhirnya melengkapkan perpindahan dari kelab Republik Czech, FK Jablonec. Cools pada awalnya telah pun menjadi pilihan utama jurulatih, Masatada Ishii dalam aksi persahabatan […]

Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram United Belasah Sukhotai

Selepas membuat penampilan pertama bersama Buriram United untuk Asian Charity Shield, Dion Cools tampak tidak kekok di atas padang. Dan itu dibuktikan oleh bek tengah Harimau Malaya itu dengan membantu Buriram mengalahkan Sukhotai 3-0. Beraksi menggunakan formasi 3-4-3, barisan pertahanan diterajui Cools, Rebin Sulaka dan Chitipat Tanklang berupaya mengekang asakan barisan serangan pasukan tuan rumah. […]

Dion Cools Hanya Perlukan 12 Hari Julang Trofi Pertama Di Asia

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools hanya memerlukan 12 hari untuk membuktikan kalibernya beraksi di pentas bola sepak Asia. Anak jati kelahiran Sarawak ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah dan mencuba haluan bola sepak baru di Asia Tenggara bersama Buriram United. Pemain berusia 26 tahun ini secara rasmi menjadi milik juara Liga 1 […]

Dion Cools Terlalu Bersahaja, Cemerlang Dalam Aksi Debut

Pemain kacukan Malaysia/Belgium, Dion Johan Cools menampilkan aksi memukau dalam penampilan pertamanya bersama pasukan baharu, Buriram United. Buriram United telah dijadual bertemu pasukan Kelantan dalam perlawanan Asean Charity Shield. Aksi yang berlangsung di Stadium Songkhla itu menyaksikan Buriram United berjaya menewaskan Kelantan dengan keputusan 7-0.  Mendapat kepercayaan pengendali Buriram United, Dion Cools telah diturunkan dalam […]

Rasmi: Dion Cools Sah Perkuat Buriram United

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Johan Cools (Dion Cools) secara sah berkelana ke bumi Thailand, menyertai pasukan Buriram United. Dalam satu hantaran di laman media sosial Buriram United hari ini, Cools telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru mereka musim ini. Desas-desus kehadiran Dion Cools ke Buriram United ini tidaklah sekencang dengan khabar angin tentang […]