FK Jablonec Ucap Selamat Tinggal Kepada Dion Cools

Pemain datang dan pergi sememangnya lumrah dalam dunia bola sepak. Itu yang terjadi kepada pemain bintang Harimau Malaya, Dion Cools. Selepas menamatkan kontrak bersama kelab gergasi Denmark, FC Midtjylland, beliau berhijrah ke Liga Republic Czech dengan menyertai FK Jablonec pada September tahun lalu. Namun jodohnya bersama Jablonec tidak kekal lama apabila sebentar tadi, pihak kelab […]
Pemain Buriram United Mula Ikuti Media Sosial Dion Cools

Para pemain kelab Liga 1 Thailand, Buriram United dilaporkan sudah pun mula mengikuti pemain Harimau Malaya, Dion Cools di media sosial miliknya. Berita perpindahan bekas bintang Club Brugge ini sudah pun mula tersebar luas di media sosial apabila beliau difahamkan akan meninggalkan bumi Eropah. Pemain berusia 27 tahun ini dilaporkan akan menyertai sebuah kelab di […]
Dion Cools Dijangka Kekal Beraksi Di Luar Negara

Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools dilaporkan akan terus kekal beraksi di luar negara sehingga tahun 2023. Pemain berusia 27 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa kelab sepanjang kariernya. Ketika ini, pemain kelahiran Sarawak ini sedang beraksi bersama kelab di Reublik Czech iaitu FK Jablonec. […]
Media Bebas Thailand Kaitkan Dion Cools Ke Buriram United

Pertahanan sensasi Harimau Malaya, Dion Johan Cools dikatakan bakal berkelana ke bumi Thailand. Khabar angin bertiup kencang dari negara jiran, Thailand yang menyatakan bahawa pasukan Buriram United bakal mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu. Berdasarkan tinjauan di laman Facebook, terdapat media bebas dari Thailand yang mengaitkan perpindahan Cools ke Buriram United. Khabar ini secara […]
Kontrak Dion Cools Bersama Jablonec Hampir Tamat, Dijangka Hadir Ke Malaysia Januari 2023

Kontrak pemain warisan Malaysia dari Belgium, Dion Cools bersama kelab diwakilinya di Czech, FK Jablonec bakal tamat pada 31 Disember 2022 sekaligus menjawab teka-teki berkaitan kontraknya sebelum ini. Sebelum ini, kontraknya bersama Jablonec bakal tamat pada pertengahan musim 2023 namun ianya berubah menjadi lebih awal seperti yang dipaparkan oleh laman data pemain global, Transfermarkt. Sebelum […]
Nama Dion Cools Tercicir Dari Senarai Akhir Harimau Malaya

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal mewakili Malaysia di kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. Daripada 28 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan tempoh hari, seramai lima orang pemain telah digugurkan dari skuad kali ini. Lima pemain tersebut ialah penjaga gol iaitu Azri Ghani, Kogileswaran Raj, […]
Status Dion Cools Bersama Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya

Status bintang pasukan negara, Dion Cools masih menjadi tanda tanya sama ada beliau berpeluang untuk mewakili Malaysia pada pentas Piala AFF Mitshubishi Electric 2022 atau tidak. Bekas pemain muda bawah 23 tahun Belgium ini menjadi nadi utama Harimau Malaya sejak tahun lalu masih tidak dapat mengesahkan kehadiran beliau untuk memperkuatkan pasukan. Hal ini susulan perlawanan […]
Ayuh Undi Dion Cools Sebagai Pemain Terbaik Jablonec Bagi Bulan November

Dalam pada ketika rakyat Malaysia akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November depan, lain pula yang berlaku buat pemain Harimau Malaya, Dion Cools yang tersenarai dalam undian sebagai pemain terbaik FK Jablonec bagi bulan November. Pemain terbaik Jablonec pada bulan Oktober telah dimenangi oleh pemain dari Nigeria, Joshua Akpudje selepas pemain […]
FC Midtjylland Layak Ke Pusingan 16 Terakhir UEL

FC Midtjylland mencipta kejutan apabila telah mengesahkan tempat di Pusingan 16 Terakhir dalam saingan UEFA Europe League. FC Midtjylland berjaya memenangi perlawanan terakhir menentang Sk Stum Graz dengan keputusan 2-0. https://www.instagram.com/p/CkgsTLvsy4s/?igshid=NDc0ODY0MjQ= Bagi perlawanan peringkat kumpulan, FC Midtjylland mencatatkan dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan. Ia sekaligus bekas kelab Dion Cools ini berada di tangga […]
Jablonec Tamatkan Deretan Kekalahan, Tewaskan Dynamo

Kelab diwakili pemain warisan Malaysia Dion Cools, FK Jablonec menamatkan penderitaan tiga kekalahan liga berturut-turut dengan menewaskan Dynamo 3-0 di halaman sendiri. Seawal minit ke-7 Jablonec hampir-hampir mendahului perlawanan namun rembatan Polidar berjaya diselamatkan penjaga gawang Dynamo. Pavel Sulc memecah kebuntuan perlawanan menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-29 sekaligus memberikan kelebihan buat Jablonec. Bersambung babak […]
Dion Cools Alami Kekalahan Pertama Bersama Jablonec

Pemain Harimau Malaya yang kini berkelana di Liga Czech, Dion Cools mengalami kekalahan pertama sejak hadir ke FK Jablonec awal September lalu. Jablonec telah tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah FK Pardubice walaupun para pemain Jablonec dilihat menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Gol Pardubice dijaringkan oleh Michal Hlavaty pada minit ke-71 perlawanan. Dalam perlawanan tersebut, Dion […]
[Analisis] Kekuatan & Kelemahan Harimau Malaya di King’s Cup 2022

Baru-baru ini Harimau Malaya telah bermain di kejohanan empat penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup; di mana Thailand selaku tuan rumah telah menjemput beberapa pasukan – Malaysia, Trinidad & Tobago serta Tajikistan untuk bermain dalam format mini karnival di Chiang Mai. Harimau Malaya berjaya mara ke perlawanan akhir apabila menundukkan Thailand dalam perlawanan pertama, namun […]
Hampir Jaringkan Gol & 1 Bantuan Gol Menarik Dion Cools Menentang Brno

FK Jablonec meneruskan rentak kemenangan ke-4 berturut-turut dalam semua aksi liga dan Piala Czech selepas berjaya menewaskan Brno 3-1 di halaman sendiri semalam sekaligus melonjak kedudukan pasukan di tangga ke-9 Liga Utama Czech. Kemenangan ini juga menerima maklum balas baik penyokong yang sebelum ini menyaksikan pasukan mereka hambar dalam aksi pembukaan liga. Dalam perlawanan bertemu […]
Jablonec Tewaskan Brno, Dion Cools Catat 1 Bantuan Gol

Kelab diwakili pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools, FK Jablonec memperbaiki kedudukan Liga Utama Czech selepas berjaya menewaskan pasukan pelawat, Brno 3-1 di Chance Arena, Jablonec nad Nisou. Dua jaringan Jan Chramosta dan tandukan cantik Vladimir Jovović selepas menerima hantaran Dion Cools memastikan 3 mata penuh milik tuan rumah. Dalam perlawanan terbabit, Dion Cools beraksi penuh […]
Dion Cools Kekal Di Eropah Sehingga Jun 2023?

Masa depan bintang sensasi Harimau Malaya, Dion Cools bersama kelab Liga Czech, FK Jablonec terjawab apabila beliau difahamkan akan kekal lebih lama di Eropah. Beliau menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika ini apabila beraksi dengan cukup cemerlang membawa cabaran negara di Thailand dalam kejohanan King’s Cup. Spekulasi tentang masa depan bekas bintang muda Belgium […]
Dion Cools Akhirnya Jelaskan Tentang Masa Depannya Di Eropah

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengakui perpindahannya ke FC Jablonec baru-baru ini merupakan satu pilihan yang tepat. Beliau menjelaskan beliau kini gembira beraksi di Liga Czech. Pasukan yang diwakilinya juga menyambut baik kedatangan pemain berusia 26 tahun ini. “Ketika di Denmark, saya beritahu kepada jurulatih bahawa saya mahukan lebih minit permainan untuk buktikan kemampuan sebenar. […]