Dion Cools & Buriram United Terlepas Piala Berharga, Ditundukkan Bangkok United

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools kempunan menambah koleksi trofinya bersama Buriram United selepas juara treble itu tewas 2-0 kepada Bangkok United dalam perlawanan Thailand Champions Cup hari ini. Selepas dikecewakan Thunder Castle pada aksi final Thai FA Cup dan bergelar naib juara Thai League 1 musim lepas, Bangkok Angels yang dibimbing Tochtawan Sripan tidak […]
Safawi Rasid & Dion Cools Tersenarai Sebagai Pemain ‘Bintang’ Di Thailand

Penyokong Harimau Malaya bangga apabila Thai League 1 menyenaraikan Safawi Rasid dan Dion Cools dalam Barisan Bintang ASEAN liga berkenaan. Akaun Twitter Harimau Abroad berkongsikan imej bintang-bintang ASEAN yang beraksi dalam liga itu pada musim lepas. Selain duo tonggak utama skuad senior Malaysia itu, Irfan dan Ikhsan Fandi (Singapura) serta Faiq Bolkiah turut tersenarai dalam […]
Dua Bekas Pemain Eropah Jadi ‘Masalah’ Dion Cools Ke Asia

Pertahanan kental Buriram United FC, Dion Cools berdepan persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya bagi memastikan tugasnya ke pentas Asia terjamin. Pemain berusia 27 tahun beraksi dengan cemerlang buat pasukannya di sana dan membantu mereka untuk menjuarai tiga trofi pada musim lalu. Khidmat beliau bagaimanapun menerima tentangan yang cukup hebat apabila Buriram memutuskan untuk membawa masuk […]
Dion Cools Buat ‘Hal’ Di Thailand

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools kembali menjadi bualan ramai di Thailand ketika ini. Pemain berusia 26 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan pentas bola sepak Eropah dan membawa haluan ke Asia dengan menyertai pasukan tersebut. Bekas pemain Club Brugge ini sudah pun memasuki musim keduanya selepas melengkapkan perpindahan dari FK Jablonec di Republik Czech […]
Dion Cools Julang Treble Bersama Buriram United

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools menjulang trofi ketiganya di Thailand apabila membantu pasukannya iaitu Buriram United menewaskan Bangkok United. Aksi final Piala FA itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Beraksi selaku pertahanan tengah, bekas bintang Club Brugge ini tidak berdepan sebarang masalah […]
Dion Cools Julang Trofi Kedua Di Thailand

Selepas menjulang gelaran Thai League 1 pada minggu lepas, Dion Cools meraih satu lagi trofi bersama Buriram United. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan BG Pathum United 2-0 dalam aksi final Thai League Cup di Stadium Thunderdome semalam. Turun sebagai pasukan pilihan, anak-anak buah Masatada Ishii membuka tirai jaringan menerusi Goran Causic pada minit ke-13. […]
Dion Cools Beri Sokongan Padu Kepada Skuad Malayan Tigress

Menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 menentang Thailand esok, anak-anak buah Petronella Downy dilihat tidak sabar menentang pasukan tuan rumah. Dan mereka turut mendapat suntikan motivasi apabila kem Malayan Tigress B-17 menerima kunjungan kapten Harimau Malaya, Dion Cools. Ia merupakan satu kejutan yang baik buat anak-anak buah Petronella sepanjang tempoh mereka […]
Dion Cools Bantu Buriram United Mara Ke Final Thai League Cup

Segar daripada pencapaian membantu Buriram United memenangi Thai League 1, bek tengah kebangsaan Dion Cools memastikan pemburuan treble mereka terus membara. Ini selepas Thunder Castle mara ke final Thai League Cup selepas mengalahkan PT Prachuap 1-0. Dengan matlamat treble kini menjadi fokus, Masatada Ishii menurunkan barisan terkuat menentang tuan rumah. Ini termasuk Cools yang kembali […]
Dion Cools Cipta Rekod Pemain Malaysia Paling Berjaya Di Luar Negara

Kejayaan menjulang Thai League 1 bersama Buriram United semalam membantu Dion Cools mencipta sejarah tersendiri. Kejayaan tersebut menjadikan beliau pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara paling banyak menjulang gelaran liga dengan empat gelaran. Hal ini dikongsikan oleh pengguna Twitter, Lee Seng Foo bila melihat rekod yang dimiliki bek tengah kebangsaan berdarah Belgium-Malaysia itu sebelum […]
Dion Cools Bantu Buriram Julang Kejuaraan Thai League

Kemenangan tipis 2-1 ke atas Chiangrai United sudah cukup untuk Dion Cools dan rakan-rakan sepasukannya dari Buriram United menjulang kejuaraan Thai League 1 musim ini. Ini merupakan trofi pertama daripada tiga trofi yang menjadi buruan Thunder Castle untuk musim 2022/2023. Sebaik sepak mula, tuan rumah yang menggunakan formasi 5-3-2 dilihat mahu menyekat pasukan pelawat daripada […]
Dion Cools Garang Bawa Buriram United Ke Final Tumbangkan Port

Bek tengah kebangsaan, Dion Cools berpeluang mencipta pencapaian treble bersama pasukannya Buriram United. Ini selepas bek tengah berdarah Belgium-Malaysia itu membantu Thunder Castle menewaskan Port 2-0 dalam aksi separuh akhir Thai FA Cup hari ini. Sebaik sepak mula, tuan rumah garang mengasak pasukan pelawat. Tetapi pasukan yang dimiliki oleh Nualphan Lamsam atau Madam Pang itu […]
Dion Cools Dilayangkan Kad Kuning Kerana Kesalahan Pelik Ini

Pertahanan Buriram United, Dion Johan Cools telah dilayangkan kad kuning dalam aksi separuh akhir Piala FA Thailand hari ini. Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan Port FC itu dilangsungkan di Stadium Mitr Phol. Dion Cools diberi kepercyaan oleh pengendali Buriram untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Kapten Harimau Malaya itu digandingkan bersama […]
Dion Cools Gah Pacu Buriram United Hampiri Kejuaraan Thai League 1

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya meraih trofi penting bersama pasukannya, Buriram United selepas menundukkan Lampang. Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke Asia Tenggara daripada kelab FK Jablonec di Republik Czech. Beliau jelas memberi impak yang cukup besar kepada pasukan Thailand tersebut apabila muncul selaku pemain utama bersama Buriram. Kebolehan bekas […]
Rekod Tanpa Kalah Dion Cools & Buriram Lebur

Hasrat bek tengah kebangsaan, Dion Cools menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama Buriram United dengan rekod tanpa kalah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Thunder Castle tewas tipis 4-3 kepada pasukan yang menduduki tempat kedua, Bangkok United. Buriram tahu sekiranya mereka menang di Stadium Thammasat hari ini, mereka bakal menggondol kejuaraan Thai League 1 buat […]
Dion Cools Mahu Padam Memori Luka Berdepan Turkmenistan

Kemenangan 3-1 semasa pusingan kelayakan Piala Asia tahun lepas ke atas Turkmenistan sememangnya diingati oleh ramai penyokong Harimau Malaya. Tetapi bagi Dion Cools, perlawanan persahabatan malam ini dilihat peluang memadamkan memori luka tahun lepas. Dalam perlawanan tersebut, Safawi Rasid, Faisal Halim dan La’Vere Corbin Ong muncul sebagai penjaring negara. Tetapi Turkmenistan meraih gol saguhati menerusi […]
“Saya Jadi Lebih Baik Lepas Sertai Harimau Malaya” – Dion Cools

Pengalaman mewakili Harimau Malaya bukan sekadar satu penghormatan. Tetapi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa menjadikan seseorang pemain itu lebih baik di atas mahupun di luar padang – fakta yang diakui bek tengah skuad kebangsaan, Dion Cools. Kini beraksi bersama Buriram United di Thailand, Cools mengakui selepas menerima panggilan skuad kebangsaan, ia menjadikan beliau lebih matang […]