Cubaan Pak Arab Sabotaj Cristiano Ronaldo Gagal

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo hampir-hampir mengalami kecederaan sebelum aksi bermula apabila diserang oleh seorang penyokong yang masuk ke dalam kawasan stadium. Pertemuan antara Al-Nassr menentang Al-Taawoun itu menyaksikan kapten pasukan kebangsaan Portugal itu memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1. Namun begitu, sebelum perlawanan bermula, terdapat seorang penonton yang meluru ke […]

Cristiano Ronaldo Buktikan Otak, Mata & Kakinya Bergerak Seiring

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo cemerlang membantu pasukannya mencatat kemenangan dalam aksi Saudi Pro League awal pagi tadi. Beraksi di laman sendiri, Al-Nassr berjaya menewaskan Al-Taawon dengan keputusan 2-1 sekaligus memastikan tiga mata berharga berada dalam cengkaman. Dua gol dari pasukan tuan rumah terhasil hasil bantuan jaringan daripada Cristiano Ronaldo. Gol pertama Al-Nassr hadir seawal […]

“Cristiano Ronaldo Kini Dilayan Berbeza” – Jurulatih Al-Nassr

Ketua jururlatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengesahkan bahawa bintang sensasi pasukan, Cristiano Ronaldo kini menerima layanan berbeza di kelab. Pengendali kelahiran Brazil itu berkata dalam satu temubual bahawa rakan sepasukan mula memberi layanan berbeza kepada pemain berusia 38 tahun itu setelah meledak 4 gol tempoh hari. Beliau mengesan perkara ini kerana pernah mengingatkan para pemainnya agar […]

Ronaldo Mengganas, Ledak 4 Gol Buat Al-Nassr

Penyerang berbisa Al-Nassr, Crustiano Ronaldo membuktikan beliau masih antara penyerang terbaik apabila meledak 4 gol menentang Al-Wehda malam tadi. Pemain berusia 38 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas berada dalam kelas tersendiri. Keserasian kapten pasukan kebangsaan Portugal ini terserlah apabila mula meledak gol menerusi permainan berpasukan. Gol pertama hadir apabila beliau turun mendapatkan […]

Pengadil Batalkan Jaringan Ronaldo

Aksi Saudi Pro League diteruskan membabitkan pertembungan pasukan Al- Nassr menentang pasukan tuan rumah, Al-Fateh. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Abdullah Jalawi menyaksikan jaringan bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo telah dibatalkan pengadil. Pada minit ke-23 permainan, ledakan sempurna Ronaldo tidak diterima pengadil. Ronaldo telah dikesan berada dalam kedudukan offside. Tak henti setakat itu, Ronaldo […]

Cristiano Ronaldo Jadi Wira Al-Nassr

Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan satu gol bagi membantu pasukannya, Al-Nassr mengutip satu mata berharga. Aksi Saudi Pro League yang menemukan pasukan Al-Fateh dan Al-Nassr berakhir dengan keputusan seri 2-2. Jaringan penyamaan pada babak akhir permainan menerusi Cristiano Ronaldo berjaya menyelamatkan Al-Nassr dari dimalukan pasukan tuan rumah. Sebelum wisel penamat ditiupkan, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan […]

Kehadiran Ronaldo Ubah Polisi Perpindahan Kelab Arab

Selepas Cristiano Ronaldo menyertai kelab Al-Nassr, ia mengubah arena bola sepak Arab Saudi 360 darjah. Ini termasuk mengubah polisi perpindahan kelab-kelab pesaing mereka untuk memburu pemain yang setaraf dengannya. Salah satu kelab yang berbuat demikian ialah pemenang Piala Super Arab Saudi, Al-Ittihad. Ironinya, kelab ini juga yang menggagalkan Ronaldo daripada menggondol gelaran pertama di Arab […]

Pemilik Al-Nassr Dah Tak Tahan Dengan Ronaldo

Baru beberapa perlawanan bersama Al-Nassr, kehadiran Cristiano Ronaldo sudah mula dipertikai peminat Faris Najd. Dan susulan kekalahan kelab itu di tangan Al-Ittihad pada separuh akhir Piala Super Arab Saudi, tular video pengarah kelab itu merungut tentang ketumpulan legenda Portugal itu. Selepas tamat perlawanan, pengarah Al-Nassr merasa marah dengan apa yang berlaku dan melihat Ronaldo tidak […]

Jurulatih Al-Nassr Harap Pemain Tak Selalu Beri Bola Kepada Ronaldo

Jurulatih Al-Nassr, Luis Garcia berharpa agar para pemainnya tidak selalu memberikan bola kepada Cristiano Ronaldo. Pemain berusia 38 tahun itu baru sahaja beraksi sebanyak dua perlawanan bersama kelab yang menyaksikan mereka hanya mencatatkan satu kemenangan. Malah, Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Saudi apabila tewas kepada Al-Itthihad mengundang pelbagai tanda tanya kepada pasukan. Menerusi satu kenyataan, […]

Jurulatih Al-Nassr Anggap Ronaldo Punca Kekalahan

Ketua jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia menganggap bahawa bintang baharu pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi punca kekalahan pasukan semalam. Pemain berusia 38 tahun itu turun selaku kapten pasukan semalam ketika berdepan Al-Ittifaq menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 3-1. Dalam satu kenyataan sidang media selepas perlawanan, beliau menganggap kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang terhidang pada babak pertama mengubah keputusan […]

Al-Nassr Tagih Sentuhan Cristiano Ronaldo Kukuhkan Cengkaman Liga

Awal pagi esok, Al-Nassr bakal berdepan Ettifaq untuk saingan Liga Pro Arab Saudi. Perlawanan ini turut dinantikan oleh para penyokong Faris Najd kerana itu merupakan perlawanan rasmi pertama Cristiano Ronaldo bersama kelab tersebut. Ketika ini, kelab tersebut menduduki tangga kedua liga selepas Al-Hilal mengatasi Al-Fayha 3-0 semalam. Tetapi Al-Nassr boleh merampas kedudukan pendahulu daripada Al-Hilal […]

Tiket Aksi Ronaldo & Messi Dijual Pada Harga RM11.5 Juta

Pertembungan antara Ronaldo dan Messi bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pemain ini dijadualkan bertemu dalam satu aksi persahabatan Khamis ini. Kapten pasukan kebangsaan Portugal berusia 38 tahun itu akan mengetuai pasukan dibarisi pemain kelab Al Hilal dan Al Nassr menentang Messi dan PSG dalam skuad Riyadh ST XI. Impian melihat pertembungan dua bintang bola sepak […]

Xavi Ingatkan Ronaldo Liga Saudi Tak Semudah Yang Disangka

Ramai menyangka bila Cristiano Ronaldo berpindah ke kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Nassr, liganya lebih mudah berbanding liga-liga Eropah. Tetapi bagi pengurus Barcelona, Xavi, ianya tak semudah seperti disangka semua. Xavi amat masak dengan perkembangan bola sepak di Timur Tengah. Ini kerana beliau pernah beraksi dengan kelab Qatar, Al-Sadd dari 2015 hingga 2019 dan menjadi […]

Cristiano Ronaldo Hanya Mampu Jadi Penonton Aksi Al-Nassr

Walaupun terpaksa menjadi penonton susulan penggantungan dua perlawanan, itu tidak menghalang Cristiano Ronaldo daripada menyatakan sokongan terhadap kelab barunya, Al-Nassr. Dalam perlawanan terbaru liga Al-Nassr semalam, Faris Najd mudah menundukkan lawan mereka 2-0. Kemenangan tersebut melebarkan jurang mata mereka sebagai pendahulu liga kepada lima mata. Sebelum perlawanan, Ronaldo diperkenalkan kepada para penyokong sebelum dibawa ke […]

Aksi Al-Nassr Ditangguh Kerana Stadium Tiada Elektrik

Pertembungan kelab baharu Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Saudi menentang Al-Ta’i terpaksa ditangguhkan akibat ketiadaan bekalan elektrik di stadium. Aksi yang dijadualkan berlangsung semalam itu terpaksa ditangguhkan dalam tempoh 24 jam selepas keadaan stadium difahamkan tidak berada dalam tahap terbaik bagi sepak mula tersebut. Perkara ini telah pun disahkan oleh laman rasmi kelab apabila venue […]

Al-Nassr Sedia Lawan Hukum FIFA

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr sedia melawan peraturan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA) bagi memastikan debut bintang mereka, Cristiano Ronaldo dapat direalisasikan. Umum mengetahui bahawa kapten pasukan kebangsaan Portugal itu tidak dapat diturunkan lagi akibat menjalani penggantungan dua perlawanan ketika bersama Manchester United. Bekas pemain Real Madrid ini telah dikenakan tindakan […]