Ronaldo Tak Dibenarkan Beraksi Buat Al-Nassr Lagi

Hasrat para penyokong Al-Nassr untuk melihat Cristiano Ronaldo dalam perlawanan menentang Al-Ta’ee hari ini tidak kesampaian. Ini selepas bekas penyerang Manchester United itu masih perlu menjalani penggantungan dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA). Hukuman tersebut dikenakan ke atas Ronaldo selepas mereka mendapati dia bersalah kerana memecahkan telefon seorang peminat cilik Everton pada April lepas. […]

Cristiano Ronaldo Dijangka Ketuai Jentera Serangan Al-Nassr Berdepan Al-Ta’ee

Kapten Portugal Cristiano Ronaldo dijangka akan mengetuai jentera serangan Al-Nassr berdepan Al-Ta’ee dalam perlawanan Liga Saudi Profesional di Stadium King Saud University, Riyadh Saudi Arabia malam esok. Ronaldo yang baru sahaja menyertai Al Nassr minggu lalu dengan menandatangani kontrak menerusi perjanjian yang dipercayai bernilai lebih daripada RM929 juta yang akan mengekalkannya sehingga Jun 2025. Menurut […]

Ronaldo Dibenarkan Tinggalkan Al-Nassr

Walaupun telah sah menyertai Al-Nassr, cita-cita Cristiano Ronaldo untuk menambah koleksi gol Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih membara. Dan jika benar laporan akhbar ini, hajat bekas penyerang Manchester United itu untuk menambah koleksi gol UCL dijangka dapat direalisasikan. Mengikut laporan Marca, Faris Najd bersedia membenarkan Ronaldo meninggalkan kelab secara pinjaman dengan syarat Newcastle United layak […]

Al-Nassr Tunai Impian Lihat Ronaldo & Messi Kembali Bertarung

Ramai menyangka dengan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, pertarungan antara dia dengan Lionel Messi sudah berakhir. Tetapi khabarnya, kelab Arab Saudi itu bakal bersemuka dengan Paris Saint Germain untuk aksi persahabatan sekaligus mengembalikan semula memori pertarungan dua pemain terhebat itu. Piala Riyadh Musim 2023 bakal menemukan PSG dengan kesebelasan pilihan Al-Nassr. Ia sepatutnya dilangsungkan pada […]

Cristiano Ronaldo Hampir Sertai Kelab MLS Sebelum Terima Al-Nassr

Awal pagi tadi, Cristiano Ronaldo telah mengesahkan perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr. Tetapi ia boleh saja jadi kisah berbeza sekiranya bekas penyerang Manchester United itu menerima tawaran kelab MLS, Sporting Kansas City (SKC). Ini didedahkan bekas pemain Amerika Syarikat, Taylor Twellman dalam ciapan Twitternya. Menurut bekas penyerang New England Revolution itu, beberapa kelab MLS […]

Rasmi: Cristiano Ronaldo Sertai Al Nassr, Terima RM946 Juta Setahun

Teka-teki mengenai kelab baharu bintang dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya terjawab. Beliau sah sertai kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al- Nassr. Difahamkan, Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak selama dua tahun setengah iaitu sehingga 2025. Pemenang lima kali Ballon d’OR itu bakal menerima gaji hampir sebanyak RM946 Juta setahun setahun termasuk perjanjian komersial menurut wartawan terkenal Eropah, […]

Al Nassr Harap Ronaldo Terima Tawaran Kontrak RM78 Juta Sebulan

Selepas Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama, terdapat banyak spekulasi mengaitkan Ronaldo dengan kelab-kelab. Dengan legenda Portugal itu tidak lagi mendapat perhatian kelab-kelab Eropah, kelab Al-Nassr berharap beliau menerima tawaran kontrak mereka berjumlah RM78 juta sebulan. Sebelum ini, wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano mendedahkan Al-Nassr telah membentangkan cadangan kontrak dua tahun setengah dengan […]

Cristiano Ronaldo Kembali Berlatih Dengan Real Madrid

Bagi membantu mengekalkan kecergasannya, Cristiano Ronaldo berlatih di pusat latihan Real Madrid – empat tahun selepas meninggalkan Los Blancos. Ronaldo berlatih secara bersendirian sementara menunggu tawaran dari kelab-kelab selepas menamatkan kontrak secara bersama dengan Manchester United. Legenda Portugal itu meminta kebenaran berlatih di Valdebebas dengan presiden kelab, Florentino Perez selepas A Selecao tersingkir dari suku […]

“Saya Tidak Pernah Sekalipun Membelakangkan Negara Saya” – Cristiano Ronaldo

Tersingkirnya Portugal daripada Piala Dunia Qatar 2022 selepas kekalahan tidak diduga kepada Maghribi, maka berakhir juga lah impian Cristiano Ronaldo untuk menoktahkan karier dengan menjulang trofi paling agung dan berprestij itu. Lima kali dia mencuba, semuanya berakhir dengan kegagalan, namun kegagalan di bumi Qatar pastinya paling menyedihkan, paling beremosi kerana ini adalah peluang terakhirnya menjulang […]

Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Soh Chin Aun

Cristiano Ronaldo menitiskan air mata selepas Portugal disingkirkan Maghribi dari suku akhir Piala Dunia 2022. Tetapi beliau turut memecahkan rekod legenda bek tengah negara, Datuk Wira Soh Chin Aun dengan membuat penampilan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut. Dalam perlawanan tersebut, jurulatih Portugal Fernando Santos memasukkan Ronaldo dengan harapan dapat menembusi gawang Maghribi. Ini menjadikan […]

“Semua Mahu Tunjukkan Buruknya Ronaldo, Demi Mengejar Publisiti” – Mesut Ozil

Bekas bintang Real Madrid, Mesut Ozil menyelar tindakan media yang berterusan menjaja cerita dan sisi buruk mengenai Cristiano Ronaldo yang disifatkannya sebagai tidak lebih dari mahu mengejar publisiti murahan. Sejak beberapa bulan lalu, apa sahaja berkaitan Ronaldo, akan menjadi bahan berita dan disensasikan, dengan dia sedaya upaya dipertontonkan kepada orang ramai sebagai seorang yang besar […]

Merehatkan Ronaldo Ibarat Tidak Mengenang Segala Jasanya Kepada Negara

Cristiano Ronaldo tidak boleh diketepikan daripada kesebelasan utama walau apa pun sebabnya, dia wajib diturunkan selagi belum bersara. Itu pendapat disuarakan kakak kepada pemain itu, Elma Aveiro yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Fernando Santos tidak menyenaraikan Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika Portugal membenam Switzerland 6-1 dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia. Elma […]

“Kalau Pengurus Letak Saya Di Bangku Simpanan, Saya Pun Marah”- Bruno Fernandes

Peranan Cristiano Ronaldo untuk baki aksi Portugal dalam kempen Piala Dunia dilihat semakin tipis selepas pemain tersebut diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan menentang Switzerland tempoh hari. Tempat Ronaldo diisi oleh penyerang muda Benfica, Goncalo Ramos yang berjaya meledak hatrik sekali gus membantu Portugal menang 6-1 menewaskan Switzerland. Bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, […]

Laporan Ronaldo Sertai Kelab Arab Saudi Rupanya Palsu

Sejak beberapa hari lalu tersebar berita mengatakan Cristiano Ronaldo yang kini merupakan ejen bebas, akan menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan bayaran cukup lumayan. Bekas pemain terbaik dunia yang berusia 37 tahun itu dilaporkan oleh media Sepanyol, Marca, bahawa telah bersetuju menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan Al-Nassr dan akan menerima sekitar 173 juta pound […]

Jurulatih Portugal Harap Ronaldo Boleh Terima Pasukan Bermain Baik Tanpanya

Jurulatih Portugal, Fernando Santos mengakui menolak Cristiano Ronaldo ke bangku simpanan adalah salah satu keputusan sukar yang dibuatnya sebelum aksi pusingan kedua Piala Dunia menentang Switzerland, namun gembira ia membawa impak lebih hebat daripada yang dijangka. Ronaldo yang bermain di kesebelasan utama dalam tiga aksi peringkat kumpulan, digantikan oleh Goncalo Ramos dan dia membalas kepercayaan […]

Gara-gara Dikeluarkan, Jurulatih Portugal Kena Maki Hamun Dengan Ronaldo?

Benarkah Cristiano Ronaldo telah memaki hamun jurulatih Portugal, Fernando Santos kerana mengeluarkannya pada minit ke-61 ketika perlawanan menentang Korea Selatan? Itu persepsi dan andaian dibuat media Portugal setelah melihat bekas pemain Manchester United itu seolah tidak berpuas hati dan bercakap sesuatu kepada Santos ketika berjalan keluar padang, tatkala perlawanan tersebut menyaksikan Portugal mengalami kekalahan 1-2. […]