Cristiano Ronaldo Bergusti Dengan Pemain Al-Hilal

Awal pagi tadi, penyokong kelab Al-Nassr kecewa selepas pasukan mereka tewas 2-0 kepada juara musim 2021/2022, Al-Hilal. Tetapi apa yang menarik perhatian penyokong ialah tindakan kapten Al-Alami, Cristiano Ronaldo bergusti dengan seorang pemain Al-Hilal. Bekas penyerang Manchester United itu membuat cabaran ala gusti ke arah Gustavo Cuellar dengan memegang kepala menggunakan lengannya sebelum menjatuhkannya. Ronaldo […]
Ronaldo Bantu Al-Nassr Sasar Zidane, Mourinho Sebagai Bos Baru

Selepas melepaskan Rudi Garcia sebagai pengurus mereka, Al-Nassr kini sibuk memburu pengurus baru bagi menggalas cabaran kejuaraan Saudi Pro League. Dan difahamkan dengan bantuan Cristiano Ronaldo, Al-Alami sedang mensasarkan Jose Mourinho atau Zinedine Zidane sebagai pengurus baru mereka. Kedua-duanya bukanlah asing kepada bekas penyerang Manchester United itu kerana pernah melatihnya di Real Madrid. Ia juga […]
Cristiano Ronaldo Mahu Jurulatih Al-Nassr Dipecat Segera

Susulan keputusan seri tanpa jaringan menentang Al-Feiha beberapa hari lepas, kedudukan pengurus Al-Nassr, Rudi Garcia kini dalam bahaya. Dan beberapa laporan menyatakan Cristiano Ronaldo bakal menjadi punca bekas pengurus Lille itu disingkirkan. Dengan Al-Alami kini ketinggalan tiga mata di belakang Al-Ittihad yang kini bergelar pendahulu Saudi Pro League, situasi kelihatan tegang. Menurut akhbar Marca, pertengkaran […]
Cristiano Ronaldo Mengamuk Diikat Pasukan Pertengahan Liga

Bukan sekali Cristiano Ronaldo mengamuk di atas padang lebih-lebih jika pasukan yang diwakilinya tewas atau diikat oleh pasukan lawan. Dan itulah yang berlaku beberapa hari lepas selepas Al-Nassr diikat 0-0 dengan Al-Feiha. Keputusan tersebut meletakkan Al-Nassr di tangga kedua dengan pendahulu liga Al-Ittihad mendahului dengan tiga mata. Ini selepas The Tigers menang ke atas Al-Wehda […]
Cristiano Ronaldo Ketuai Pesta Gol Al-Nassr Belasah Al-Adalah

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo sekali lagi memberi impak yang cukup luar biasa bersama pasukannya apabila menjadi watak penting untuk menumbangkan Al-Adalah. Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Rudi Garcia untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Momentum baik bekas peledak berbisa Manchester United ini berterusan apabila membuka tirai jaringan pada minit […]
Todd Boehly Dengar Jawapan Cristiano Ronaldo Lantik Jurulatih Baharu Chelsea

Pemilik Chelsea FC, Todd Boehly berkemungkinan akan mengikut cadangan bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo untuk melantik jurulatih baharu Chelsea. The Blues telah membuat keputusan untuk memecat ketua jurulatih, Graham Potter sejurus tewas kepada Aston Vilaa yang menyaksikan mereka jatuh ke tanggga ke-11 EPL. Kini, beberapa calon telah pun dikenal pasti untuk mengambil alih posisi […]
Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Penampilan Antarabangsa

Dengan penampilannya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan J Kelayakan EURO 2024 Portugal-Liechtenstein, Cristiano Ronaldo telah mencipta sejarah tersendiri. Ini kerana legenda Portugal itu merekodkan penampilan ke-197 sekaligus merekodkan penampilan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman. Ini membantunya mengatasi rekod Badr al-Mutawa yang merekodkan 196 penampilan bersama Kuwait dan legenda bola sepak Malaysia, Datuk Soh Chin Aun (195 penampilan). […]
Bapa Messi Minta Al-Hilal RM2.8 Bilion Bawa Anaknya Ke Arab Saudi

Bapa kepada bintang sensasi dunia, Lionel Messi iaitu Jorge Messi meminta Al-Hilal sejumlah 600 Juta Euro sekiranya mahu mendapatkan khidmat anaknya di Arab Saudi. Lionel Messi berkemungkinan akan meninggalkan Eropah untuk beraksi di Timur Tengah dengan bermain menentang musuh lama, Cristiano Ronaldo yang juga beraksi bersama Al-Nassr. Menerusi beberapa laporan awal dari El Chiringuito mengatakan […]
Cristiano Ronaldo Dihukum Saat Al-Nassr Layak Ke Separuh Akhir

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dihukum saat membantu pasukannya untuk mara ke pentas separuh akhir King Cup of Champions. Pemain berusia 38 tahun itu turun sekali lagi untuk mengetuai cabaran pasukannya jelas bermula garang apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit pertama menerusi Al-Najei pada minit pertama. Anak didik Rudi Garcia terus cemerlang menambah gol kedua […]
Cristiano Ronaldo ‘Hilang’ Saat Al-Nassr Dikejutkan Al-Ittihad

Penyerang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada Al-Ittihad. Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dalam aksi penting malam semalam. Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu jelas bergelut tatkala rakan sepasukannya tidak menampilkan persembahan yang diharapkan. Ronaldo mendapat peluang terbaik pada […]
Tindakan Cristiano Ronaldo Santuni Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Raih Perhatian

Seorang kanak-kanak Syria yang terselamat daripada tragedi gempa bumi bulan lalu tidak menyangka impiannya bertemu Cristiano Ronaldo menjadi realiti. Ini selepas Rabea Shaheen, 10, dipertemukan dengan wiranya itu. Tidak lama selepas tragedi yang melanda sebahagian wilayah Turki dan Syria itu, nama Shaheen tular di media sosial selepas menyatakan keinginannya mahu bertemu dengan Ronaldo. Video temubualnya […]
Cubaan Penjaga Gol Al-Batin Tipu Cristiano Ronaldo Hampir Memakan Diri

Tindakan berani penjaga gol Al-Batin yang meninggalkan gawang gol hampir memakan diri tatkala penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo nyaris memanfaatkan peluang tersebut. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Al-Nassr menentang Al-Batin menyaksikan anak didik Rudi Garcia mahu terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga. Sungguhpun mereka dikejutkan dengan jaringan awal, Al-Nassr tetap berjuang sehingga wisel penamat yang […]
Al-Nassr Tewaskan Al-Batin Menggunakan Masa Kecederaan

12 minit masa kecederaan dalam aksi Liga Saudi antara pasukan Al-Nassr dan Al-Batin menjadi penyelamat buat pasukan tuan rumah. Al-Nassr berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi Al-Batin dengan keputusan 3-1. Tiga gol pada babak akhir permainan memastikan pasukan diwakili bintang dunia, Cristiano Ronaldo itu mengutip tiga mata berharga. Mendominasi permainan sepanjang perlawanan, Al-Nassr gagal mencetak sebarang […]
Cristiano Ronaldo Tapau Pemain Terbaik Liga Saudi

Selepas meledakkan lapan gol dan mencipta dua bantuan gol dalam Liga Pro Saudi baru-baru ini, Cristiano Ronaldo diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Bulan Liga Pro Saudi untuk bulan Februari. Pada awalnya, bergelut selepas berpindah ke Al-Nassr secara percuma, bekas penyerang Manchester United itu kembali bangkit. Pada bulan lepas, lapan golnya membantu Pahlawan Najd merekodkan tiga kemenangan […]
Ronaldo Berpeluang Terima Medal Piala Carabao Dari Manchester United

Awal pagi Isnin lepas, Manchester United menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan memenangi Piala Carabao. Menariknya, legenda Portugal, Cristiano Ronaldo juga berpeluang menerima pingat kejohanan tersebut daripada kelab berkenaan. Sebelum meninggalkan kelab pada pertengahan November lepas, Ronaldo dilihat tidak sebulu dengan pengurus Erik Ten Hag. Walaupun dijadikan sebagai pemain simpanan, bekas penyerang Real Madrid […]
Ronaldo Berbisa, Catat Hatrik Bersejarah Buat Al-Nassr

Cristiano Ronaldo terus membuktikan impaknya bersama pasukan baru Al-Nassr. Ini selepas legenda Portugal itu meledakkan hatrik bagi membantu Pahlawan Najd menewaskan Damac dalam perlawanan terbaru Liga Pro Arab Saudi. Al-Nassr yang tiba sebagai pasukan pelawat mula mencari ruang untuk gol pembukaan. Pada minit ke-17, wujud kekasaran dalam kotak penalti membabitkan pemain Damac, Farouk Chafai dengan […]