Jordan Pickford Diintai Tiga Kelab Gergasi EPL

Jordan Pickford ketika ini merupakan penjaga gol utama Everton. Tetapi kegagalan Toffees memuktamadkan kontrak baru lima tahun untuk penjaga gol England itu telah menarik perhatian tiga kelab utama EPL iaitu Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspur. Pickford sebelum ini menyatakan kesudian untuk memperbaharui kontrak bersama Everton. Malah, hal ini turut disuarakan oleh pengurus Frank Lampard […]
EPL: Chelsea Mudah Tewaskan Bournemouth

Chelsea bangkit selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam EPL dengan mengalahkan AFC Bournemouth di Stamford Bridge hari ini. Sebaik sepak mula, Cherries mendapat peluang mendahului menerusi sepakan percuma Philip Billing. Bagaimanapun, sepakan yang diambil bekas pemain Huddersfield itu mudah ditangkap kemas penjaga gol Sepanyol, Kepa Arrizabalaga. Minit-minit awal perlawanan menyaksikan anak-anak buah Graham Potter berdepan […]
Hati-Hati Brighton, Mac Allister Mungkin Sasaran Terbaru Chelsea

Prestasi luar biasa cemerlang ditunjukkan ketika membantu Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 minggu lalu, menjadikan nama Alexis Mac Allister meletup dan menjadi buah mulut ramai. Pemain tengah Brighton itu tidak beraksi ketika tewas mengejut dalam aksi pembukaan menentang Arab Saudi, tetapi bermain dalam kesebelasan utama dalam kesemua enam perlawanan berikutnya. Bukan setakat dianggap […]
McGregor Berminat Beli Liverpool

Bintang terkenal UFC, Conor McGregor dilaporkan berminat untuk membeli kelab gergasi EPL, Liverpool. Perkara itu dikongsikan di ciapan Twitter milik McGregor yang baru sahaja mengetahui keadaan Liverpool ketika ini dimana pemiliknya mahu menjual kelab dan bersedia untuk menerima mana-mana tawaran terbaik. Sebelum ini, peninju terkenal ini ada menyatakan untuk membeli Chelsea namun kini The Blues […]
Premier League: Potter Tergamam, Brighton Belasah Chelsea

Brighton membelasah Chelsea yang dibimbing bos lama mereka, Graham Potter 4-1 di Stadium Amex hari ini. Tuan rumah hampir mendahului seawal minit ketiga menerusi lambungan Leandro Trossard tetapi berjaya dikeluarkan oleh kapten Blues, Thiago Silva. Bagaimanapun, gawang Chelsea bocor juga dua minit kemudian menerusi Trossard selepas menggelecek penjaga gol Kepa Arrizabalaga. Blues terus dirundung malang […]
UCL: Chelsea Malukan AC Milan Buat Kali Kedua

Perlawanan pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang AC Milan di San Siro berkesudahan dengan jaringan 2-0. AC Milan dibolosi seawal 18 minit permainan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh kapten Chelsea, Jorginho kerana Mason Mount dijatuhkan oleh pertahanan AC Milan, Fikayo Tomori. Kemudiannya, AC Milan terpaksa beraksi 10 pemain sehingga tamat perlawanan kerana Fikayo […]
Chelsea Rancang Beli Portimonense

Chelsea dilaporkan dalam usaha untuk membeli kelab yang berpangkalan di Liga Portugal, Portimonense. Pemilik baharu kelab tersebut kini dalam perancangan untuk memgembangkan lagi rangkaian kelabnya. Menurut laporan oleh Sportsmail awal bulan ini memaklumkan bahawa Todd Boehly, yang merupakan pemilik bersama di Stamford Bridge telah pun mengadakan perbincangan awal dengan ejen terkenal Eropah, Jorge Mendes. Antara […]
Graham Potter Dilantik Sebagai Pengurus Baru Chelsea

Graham Potter dilantik sebagai pengurus baru Chelsea selepas menjadi pengurus Brighton selama tiga musim. Potter dijangka akan mengendali pasukan untuk perlawanan EPL seterusnya menentang Fulham. Sebelum ini, beberapa nama dicanang sebagai pengganti bos Blues yang dipecat, Thomas Tuchel. Antara nama yang dicadangkan ialah Zinedine Zidane dan Mauricio Pochettino. Bagaimanapun, pemilik Chelsea Toddy Boehly melihat Potter […]
Chelsea Pecat Thomas Tuchel

Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel secara rasminya telah dipecat oleh pasukan berkuat kuasa hari ini. Pengendali kelahiran Jerman itu baru sahaja mengendalikan The Blues selama 20 bulan namun masih tidak dapat menyelamatkan dirinya ketika ini. Hal ini susulan prestasi kurang memberangsangkan sejak permulaan liga baru-baru ini sunggupun Chelsea dilihat masih berada pada landasan terbaik. Setelah […]
Tonton: Aksi ‘WWE’ Pertahanan Spurs Ragut Kemenangan Chelsea

Pertembungan antara dua pasukan gergasi London iaitu Chelsea dan juga Tottenham Hotspur berlangsung dengan cukup sengit namun kedua-duanya terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata. Aksi yang cukup panas itu berlangsung dengan baik namun beberapa insiden jelas mencetuskan kemarahan para pemain dalam perlawanan itu. Ini jelas terbukti dengan beberapa keputusan pengadil yang boleh dipersoalkan tatkala […]
Terlalu Panas, Tuchel & Conte Dilayangkan Kad Merah

Minggu kedua saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan pertembungan ‘London Derby‘ iaitu Chelsea menentang Spurs di Stamford Bridge. Terdapat insiden panas dimana kedua jurulatih pasukan dilayangkan kad merah sejurus selepas perlawanan akibat pertengkaran yang berlaku semasa berjabat tangan. Jika dilihat pada awalnya, Conte tidak mahu bertentangan mata ketika berjabat tangan bersama Tuchel, lalu beliau (Tuchel) menahan […]
Chelsea Sah Tandatangani Kalidou Koulibaly

Pasukan gergasi Eropah, Chelsea secara rasminya membawa masuk Kalidou Koulibaly dan dikhabarkan bakal menyertai pasukan menerusi satu perpindahan daripada pasukan Liga Itali, Napoli. Pemain berusia 31 tahun ini telah pun dikaitkan untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 2019 untuk menyertai Manchester United. Walau bagaimanapun, The Red Devils memilih untuk membawa masuk pertahanan […]
Chelsea Mahu Satukan Semula De Ligt & De Jong

Pasukan yang berpangkalan di London, Chelsea dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua bekas bintang muda Ajax, Matthijs De Ligt dan juga Frankie De Jong. Khabar angin bertiup kencang mengenai usaha membawa masuk pertahanan Juventus itu selepas The Blues kehilangan dua tonggak utama iaitu Antonio Rudiger dan juga Andreas Christensen. Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan […]
Thomas Tuchel Mahu Chelsea Segera Dapatkan Cristiano Ronaldo & Neymar

Ketua jurulatih Chelsea FC, Thomas Tuchel mahu membina semula skuadnya menjelang musim baharu apabila beliau meminta pasukan untuk mendapatkan khidmat duo sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dan Neymar Jr. Pengendali kelahiran Jerman itu meminta Chelsea untuk meninjau keadaan kem United dan bintang Portugal itu selepas beliau dilaporkan mahu meninggalkan pasukan dengan segera. Hal ini disebabkan Ronaldo […]
Todd Boehly Rancang Cubaan Bawa Cristiano Ronaldo Ke Chelsea

Pemilik baharu Chelsea FC, Todd Boehly merancang untuk melakukan percubaan membawa masuk bintang terkemuka Manchester United, Cristiano Ronaldo ke Stamford Bridge musim panas ini. Penyerang berusia 37 tahun itu dilaporkan berang dengan situasi yang melanda kem United selepas kurang aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Kemasukan jurulatih baharu, Erik Tan Hag seakan tidak mendapat kerjasama […]
Jurgen Klopp Tak Mahu Lakukan Kesilapan Chelsea

Romelo Lukaku mengalami kemerosotan prestatsi yang amat teruk di Chelsea dan Liverpool yakin tidak akan melakukan kesalahan yang sama dengan pemindahan besar Darwin Nunez. Dengan kegagalan yang jelas pemain Belgium itu di Stamford Bridge walaupun dengan jumlah pembelian yang besar, penyokong Liverpool mungkin melihat Darwin Nunez dan tertanya-tanya samaada kesilapan yang sama bakal berlaku. Nunez […]