“Mungkin Staf Pencuci Pun Chelsea Akan Beli” – CEO Brighton

Musim ini menyaksikan ramai staf Brighton and Hove Albion diambil Chelsea termasuk bos lama mereka, Graham Potter. Dengan Roberto De Zerbi menjadi sasaran berikutan kemerosotan Blues di bawah kendalian Potter, CEO Seagulls berseloroh Chelsea mungkin mahu mendapatkan tukang cuci mereka! Selain berjaya membawa Potter ke Stamford Bridge, pemilik Blues, Todd Boehly turut membayar pampasan bagi […]
Chelsea Mahu Sambar Jurulatih Brighton

Dengan Graham Potter bergelut menstabilkan semula Chelsea kebelakangan ini, sudah mula suara-suara yang mahukan Potter disingkirkan. Atas sebab inilah, Blues mahukan pengganti Potter di Brighton, Roberto De Zerbi sebagai calon mengisi kerusi panas di Stamford Bridge. Selepas dilantik sebagai pengurus baru Seagulls pada 18 September tahun lepas, De Zerbi membantu pasukan menduduki tempat kelapan liga […]
Liverpool Mahu Selamatkan Karier Mason Mount

Selepas berbelanja lebih RM3 bilion dalam pasaran perpindahan Januari dan musim panas lepas, Chelsea sudah berkira-kira menjual beberapa pemain termasuk Mason Mount. Mount dikhabarkan sedang diintai bekas juara EPL musim 2019-2020, Liverpool. Menurut laporan TeamTalk, ketika ini, pemain tengah England itu mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Blues. Tetapi usaha memperbaharui kontrak graduan akademi […]
EPL: Tottenham Tambah Derita Chelsea, Pecah Rekod 5 tahun

Chelsea terus merudum di bawah kepimpinan pengurus Graham Potter. Kali ini, mereka tewas lagi kepada musuh setempat London, Tottenham Hotspur dalam satu-satunya perlawanan EPL di Stadium Tottenham Hotspur. Babak pertama menyaksikan Spurs mendominasi jiran mereka itu. Dan malang hampir menimpa Blues apabila Hakim Ziyech dilayangkan kad merah oleh pengadil Stuart Attwell sebelum rehat separuh masa […]
EPL: Chelsea Makin Aib, Kalah Kepada Pasukan Tercorot Liga

Walaupun sudah berbelanja lebih £611 juta (RM3.2 bilion), Chelsea seakan tiada jawapan kepada kemerosotan mereka. Kali ini, mereka tewas kepada Southampton di Stamford Bridge menerusi sepakan percuma James Ward-Prowse. Sebelum perlawanan bermula, barisan pemain, jurulatih dan penyokong kedua-dua pasukan bertepuk tangan selama seminit sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Christian Atsu. Atsu mati dalam tragedi gempa […]
Bosan Di PSG, Neymar Mahu Tolong Kelesuan Serangan Liverpool

Musim panas 2023 dijangka dihangatkan dengan perpindahan penyerang utama PSG, Neymar. Ini selepas beberapa kelab EPL termasuk Liverpool dikaitkan dengan perpindahan tersebut. Penyerang Brazil itu telah melakar banyak pencapaian domestik bersama Les Parisiens selepas berpindah dari Barcelona pada 2017. Namun begitu, kedudukannya dalam bilik persalinan sudah mula goyah terutama selepas bertelagah dengan beberapa pemain termasuk […]
West Ham Vs Chelsea: Penalti Atau Tidak?

Semalam, perlawanan EPL membabitkan dua musuh setempat London iaitu Chelsea dan West Ham berakhir dengan keputusan seri 1-1. Tetapi satu insiden yang hangat diperkatakan ramai penyokong dan penganalisis bola sepak insiden Tomas Soucek menghalang bola dengan tangannya. Babak pertama menyaksikan Chelsea terlebih dahulu membuka jaringan di Stadium London menerusi Joao Felix pada minit ke-16. Tetapi […]
Pemilik Chelsea Terlupa Chelsea Tidak Layak Ke UCL

Pemilik Chelsea, Todd Boehly mendakwa pada awalnya bahawa skuad The Blues akan layak ke Liga Juara-Juara Eropah setiap musim. Chelsea kini berada di tangga ke-9 liga dan ia berkemungkinan besar skuad kendalian Graham Potter ini gagal untuk berada di kedudukan empat terbaik dalam Liga. Namun sebaliknya, Todd Boehly berpendapat dengan berbelanja dalam pelbagai perkara akan […]
Chelsea Bawa Kepakaran New Zealand Pulihkan Mentaliti Kemenangan

Dengan Chelsea terus bergelut walaupun berbelanja RM3.2 bilion dalam pasaran perpindahan Januari, ramai menjangkakan Graham Potter akan dipecat. Tetapi Blues memilih membawa masuk bekas jurulatih New Zealand, Gilbert Enoka bagi membantu pasukan itu. Menurut akhbar The Telegraph, Enoka dibawa masuk sebagai perunding jangka pendek bagi membantu pasukan membentuk semula mentaliti kemenangan yang hilang dalam kalangan […]
Bekas Pemain Chelsea Jadi Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Turki

Bekas pemain Chelsea, Christian Atsu antara salah seorang mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gemba bumi yang sedang melanda Turki. Pemain kelahiran Ghana itu pernah beraksi di EPL beberap musim lalu bersama beberapa buah kelab sebelum berpindah ke Turkiye menyertai Hatayspor. Menerusi beberapa laporan yang diterima, Atsu dan beberapa ahli pasukan baharunya terpaksa diselamatkan oleh […]
Pemilik Chelsea Leka Bermain Telefon Ketika Aksi Sedang Berlangsung

Semalam, perlawanan awal EPL minggu ini menyaksikan Chelsea diikat 0-0 dengan jiran setempat dari London, Fulham. Tetapi apa yang menarik perhatian para penyokong ialah telatah pemilik Blues, Todd Boehly bermain telefon semasa perlawanan. Walaupun menurunkan pemain-pemain yang dibeli pada pasaran perpindahan Januari lepas termasuk pemain termahal dunia Enzo Fernandez, Blues tampak buntu depan gol lawan. […]
Berbelanja RM3.2 Bilion, Chelsea Boleh Daftarkan 3 Pemain Baharu Sahaja

Semua maklum dalam pasaran perpindahan Januari lepas, Chelsea berbelanja besar dengan nilai perbelanjaan £611 juta (RM3.2 bilion) untuk lapan orang pemain. Tetapi pengurus Graham Potter kini berhadapan dengan dilema kerana hanya boleh mendaftarkan tiga pemain baru untuk pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Selain itu, beliau juga harus melepaskan seorang pemain yang didaftarkan bagi […]
Penyerang Berdarah Thailand, Jude Soonsup-Bell Sertai Gergasi EPL

Dengan pasaran perpindahan Januari bakal berakhir hari ini, kelab-kelab mula memuktamadkan urusan perpindahan mereka. Terbaru, kelab gergasi London, Tottenham Hotspur telah memuktamadkan pembelian penyerang berdarah Thailand-Inggeris, Jude Soonsup-Bell dari Chelsea. Soonsup-Bell dipandang tinggi oleh jurulatih-jurulatih Chelsea di Cobham. Tetapi dengan kontraknya berbaki enam bulan, Blues mengambil keputusan menjualnya daripada membiarkan penyerang itu meninggalkan kelab secara […]
EPL: Liverpool & Chelsea Seri, Hadiah Perlawanan Ke-1000 Buat Klopp

Hasrat Jurgen Klopp meraikan perlawanan ke-1000 dalam karier pengurusannya dengan kemenangan di Anfield tidak kesampaian. Ini selepas Liverpool diikat 0-0 oleh pasukan gergasi London, Chelsea dalam perlawanan awal EPL hari ini. Sebaik sepak mula, Chelsea menyangka telah mendahului menerusi tolakan mudah Kai Havertz pada minit ketiga. Bagaimanapun, VAR kemudiannya membatalkan gol tersebut selepas beberapa pemain […]
EPL: Chelsea Tamatkan Kemarau Kemenangan, Tewaskan Crystal Palace

Selepas hanya mengutip satu kemenangan sejak Oktober lepas, akhirnya Chelsea menang juga. Ini selepas mereka mengatasi cabaran Crystal Palace 1-0 di Stamford Bridge dalam perlawanan EPL hari ini. Sebaik sepak mula, Chelsea mula mengasak kubu pertahanan Palace. Tetapi The Eagles yang pertama menguji kecekapan Kepa Arrizabalaga menerusi percubaan Tyrick Mitchell pada minit ke-19. Michael Olise […]
Jeonbuk Hyundai Lantik Bekas Jurulatih Chelsea Selaku Penasihat Teknikal

Kelab gergasi Korea, Jeonbuk Hyundai Motors terus memperkasa struktur pengurusan mereka. Selepas melantik legenda Manchester United, Park Ji-sung sebagai pengarah teknikal mereka, Jeonbuk membawa masuk bekas pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo sebagai penasihat teknikal kelab itu. Berita perlantikan ini disahkan oleh ketua editor portal K-League United, Matthew Binns di Twitter hari ini. Di Matteo merupakan […]