Chelsea Terima Habuan RM94 Juta Selepas Bantu Real Madrid Juarai UCL

Juara Eropah tahun lalu, Chelsea FC dilaporkan menerima sejumlah wang kira-kira RM 92 Juta selepas membantu Real Madrid menjuarai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini. Pasukan gergasi London itu difahamkan menerima jumlah wang tersebut hasil daripada penjualan pemain bintang mereka, Eden Hazard ke kelab Sepanyol itu kira-kira 3 tahun lalu. Dalam perjanjian kontrak Hazard […]
Pulisic Beri Bayangan Tinggalkan Chelsea

Pemain yang digelar ‘Captain America’, Christian Pulisic memberi bayangan akan meninggalkan Chelsea FC selepas memadam tulisan Chelsea di bio akaun Instagram miliknya harini ini. Bukan itu sahaja, pemain muda ini turut menukar gambar akaun Instagramnya kepada gambar lain yang mana sebelum ini dilihat dengan jersi Chelsea. Hal ini kerana aksi kurang konsisten yang ditampilkan oleh […]
Rudiger Sah Tinggalkan Chelsea, Sertai Real Madrid

Pemain pertahanan Chelsea, Toni Rudiger sah meninggalkan pasukannya dan akan sertai pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak 4 tahun iaitu sehingga 2026. Pemain kebangsaan Jerman ini beraksi cemerlang sepanjang kariernya ketika bermulanya era kendalian jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel. Beliau berjaya membantu Chelsea menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu dan merupakan salah seorang […]
Thomas Tuchel Pun Sebenarnya Tak Tahu Apa ‘Fungsi’ Kai Havertz Dalam Sistem Chelsea

Jurulatih pasukan Chelsea FC, Thomas Tuchel dalam satu temubual mendedahkan bahawa beliau sendiri pun tidak pasti mengenai posisi yang dimainkan oleh pemain muda pasukannya iaitu Kai Havertz. Jurulatih kelahiran Jerman itu seringkali menurunkan bekas pemain Bayer Leverkusen itu sering bermain sebagai pemain ‘False 9’ dalam sistemnya. Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai posisi sebenar pemain itu, […]
Apa Sudah Jadi Dengan Chelsea?

Persembahan kurang memberangsangkan yang ditampilkan oleh juara bertahan Eropah, Chelsea dalam usaha untuk mengekalkan mahkota kejuaraannya musim ini mengundang seribu tanda tanya. Pasukan yang berpangkalan di London itu bagai ditimpa musibah apabila prestasi dua perlawanan terakhir mereka membuatkan para penyokong tidak senang duduk. Bermula dengan kemelut pemilikan kelab yang bermula dengan pemilik kelab, Roman Abramovich […]
Christian Eriksen Bantu Brentford Malukan Chelsea Di Stamford Bridge

Saingan liga perdana inggeris yang berlangsung di Stamford Bridge hari ini menyaksikan pasukan Chelsea tewas ditangan pasukan Brentford dengan keputusan 4-1. Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan buntu dalam membuka akaun jaringan. Chelsea yang dilihat lebih mendominasi permainan bagaimanapun masih gagal menjaringkan gol di babak pertama perlawanan. Menjelang separuh masa kedua, Chelsea berjaya memecah kebuntuan […]
10 Pemain Terkenal Yang Bakal Tamat Kontrak Jun Ini

Masih berbaki hampir 3 bulan sebelum musim 2021/2022 melabuhkan tirai namun berita beberapa pemain terkenal yang bakal tamat kontrak pada bulan Jun ini telah mula mencetuskan gosip hangat berkenaan perpindahan mereka. Malah sudah ada beberapa kelab yang mula menghubungi pemain-pemain ini bagi menawarkan kontrak baharu. Berikut merupakan 10 pemain terkenal yang bakal tamat kontrak pada […]
Chelsea VS Newcastle United: Pertembungan ‘Si Miskin’ & ‘Si Kaya’

Pada hari Ahad nanti Chelsea akan menerima kunjungan Newcastle United bagi perlawanan minggu ke 28 Premier League. Pertemuan kali ini menarik perhatian peminat bola sepak Eropah berdasarkan situasi semasa kedua-dua kelab. Newcastle baru sahaja menjadi kelab kaya-raya namun berbeza pula dengan Chelsea yang tiba-tiba dilanda pelbagai masalah. Umum mengetahui bahawa Newcastle United kini mula menemui […]
UK Beku Aset Abramovich, Chelsea Turut Terpalit

Kerajaan UK pada hari ini secara rasminya telah menyekat Roman Abramovich dan membekukan segala aset kepunyaan beliau di UK. Perkara ini menyebabkan kelabnya, Chelsea terjejas teruk ekoran segala urusan jual beli adalah dilarang. Menurut kenyataan Fabrizio Romano, Chelsea dilarang melakukan sebarang urusan jual beli pemain malah penawaran kontrak baru serta penjualan barangan kelab (merchandise) turut […]
Karier Eden Hazard Tenggelam Setelah Sertai Real Madrid

Eden Hazard sewaktu di Chelsea bagaikan harimau bertaring yang lincah memburu mangsa, namun setelah beliau menyarung jersi Real Madrid, harimau kini bertukar menjadi kucing. Lincah memegang bola, tajam dihadapan gol serta jarang mengalami kecederaan, ciri-ciri pemain tersebut hilang serta-merta. Jadi dimanakah silapnya? Karier Awal di Lille Pemain kelahiran Belgium ini mula mencipta nama di kelab […]
Roman Abramovich Sedia Jual Chelsea

Lebih 19 tahun yang lalu, jutawan Rusia Roman Abramovich mencuri tumpuan dengan membeli Chelsea daripada pemilik sebelumnya Ken Bates. Sejak itu, kelab bertukar menjadi salah satu kelab gergasi di Eropah. Dan kini, akibat konflik Ukraine-Rusia, Abramovich bersedia menjual Blues pada harga yang bersesuaian. Sebelum itu, beliau mengumumkan bahawa urusan pentadbiran kelab akan diambil alih oleh […]
Barcelona Mahu Sambar 2 Pemain Bintang Chelsea

Barcelona kini giat memperkuatkan kesebelasan utama dengan mendapatkan beberapa pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Adama Traore dan Ferran Torres pada Januari lalu walaupun kewangan mereka masih belum stabil sepenuhnya. Walaupun musim 2021/2022 belum berakhir, kelab sudahpun mula mencari pemain baharu bagi jendela musim panas kelak. Antara nama yang semakin hangat dikaitkan adalah Andreas Christensen dan César […]
Kemerosotan Romelu Lukaku Bimbangkan Chelsea

Segar daripada kemenangan Piala Kelab Dunia FIFA, Chelsea berharap ia dapat menyemarakkan semangat pemain untuk terus memburu pendahulu liga, Manchester City. Tetapi pada Sabtu lepas, Blues terpaksa bergelut sebelum menewaskan Crystal Palace 1-0 di Selhurst Park. Salah seorang pemain yang bergelut dalam perlawanan itu ialah penyerang berbisa Romelu Lukaku. Dalam tempoh 90 minit perlawanan pada […]
EPL: Chelsea Ratah Spurs 2-0

Punah sudah harapan Antonio Conte untuk mencuri tiga mata daripada pasukan lamanya, Chelsea. Ini selepas Tottenham yang dikemudinya tewas 2-0 di tangan Blues di Stamford Bridge. Seperti Liverpool, Chelsea juga mahu merapatkan kedudukan mata dengan Manchester City selepas Citizens diikat Southampton 1-1. Sementara Spurs pula mahu membalas dendam selepas kecundang di tangan lawan sama dalam […]
EPL: Gol Kevin De Bruyne Julang Man City Tewaskan Chelsea

Sebaik saja Kevin De Bruyne melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-70, Thomas Tuchel sudah tahu. Manchester City terus melebarkan jurang mata dengan pasukan-pasukan lain. Dan sekiranya trend ini berterusan, ini bermakna kejuaraan EPL akan terus kekal di Stadium Etihad untuk satu musim lagi. Kedua-dua pasukan segar dari kemenangan dalam Piala FA […]
Analisis ‘Attacking Transition’ Luar Biasa Chelsea Beri Kelebihan Buat The Blues Benam Tottenham

Aksi Separuh Akhir pertama Carabao Cup ini merupakan kali pertama Thomas Tuchel mengubah sistem permainan kepada formasi 4-2-2-2, setelah Thiago Silva digugurkan di saat-saat akhir dari kesebelasan utama. Namun, ianya tidak memberi implikasi besar kepada Chelsea yang terus mengekalkan formasi 3-2-5 ketika menyerang, serta 5-3-2 ketika mereka bertahan. Gol pertama mereka terhasil menerusi defending organization […]