“Harapnya Apa Yang Berlaku Antara BAM & Lee Zii Jia Tidak Jangkiti Sukan Lain”

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan isu yang timbul membabitkan Lee Zii Jia baru-baru ini tidak patut berlaku. Pekan merujuk kepada isu hak imej membabitkan jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu yang tersebar di media. Juara Arctic Open 2023 itu terpilih mewakili Malaysia ke Thomas Cup 2024 selepas isu hak imejnya berjaya diselesaikan […]
Badminton Asia Championship: Weikeng & Chang Leburkan Impian Juara Sze Fei & Nur Izzuddin

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara Badminton Asia Championship 2024. Ini selepas mereka tewas kepada regu nombor tiga dunia dari China, Liang Weikeng dan Wang Chang dalam aksi final. Ramai peminat badminton Asia kagum dengan persembahan yang ditampilkan Sze Fei-Izzuddin sepanjang kejohanan. Ini termasuk […]
Badminton Asia Championship: Aaron Chia-Wooi Yik Benam Cabaran Liu Yuchen-Ou Xuangyi

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Badminton Asia Championship 2024. Ini selepas mereka berjaya mengatasi cabaran regu lelaki kelapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi di peringkat suku akhir hari ini. Pertembungan dua regu ini sentiasa dinantikan ramai peminat badminton. Ini kerana dalam tujuh […]
Lee Zii Jia Ketuai Cabaran Malaysia Ke Thomas Cup

Jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia, Lee Zii Jia sah mengetuai cabaran Malaysia ke Thomas Cup 2024. Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi di kejohanan berprestij itu. Selain Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh turut dipilih sebagai wakil perseorangan lelaki negara. Tze […]
Lee Zii Jia Bakal Perkuat Malaysia Di Thomas Cup?

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bakal memperkuat cabaran Malaysia dalam saingan Thomas Cup 2024. Perkara ini dinyatakan pemain perseorangan ke-11 dunia itu kepada CGTN Sports Scene selepas aksi pusingan kedua Badminton Asia Championship 2024. Zii Jia memaklumkan beliau tidak pernah terlepas menyertai kejohanan badminton berpasukan membabitkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Walau […]
Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Chou Tien-chen

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan kecemerlangan dalam Badminton Asia Championship 2024 dengan mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan pemain perseorangan lelaki Taiwan, Chou Tien-chen dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Zii Jia ingin melebarkan rekod kemenangan ke atas jaguh Taiwan itu selepas kali terakhir melakukannya dalam […]
Badminton Asia Championship: Sze Fei & Nur Izzuddin Singkirkan Juara Dunia

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024. Ini satu kejayaan yang membanggakan buat kem negara kerana dari segi ranking dunia, kelebihan memihak kepada Min-hyuk-Seung-jae. Regu Korea Selatan itu yang juga pilihan […]
Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Berbisa Di Pagi Raya, Tewaskan Priyanshu Rajawat

Pagi 1 Syawal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah menyingkirkan wakil India, Priyanshu Rajawat dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024. Selepas tersingkir di pusingan kedua Swiss Open 2024 baru-baru ini, Zii Jia berharap dapat bangkit dalam Badminton Asia Championship 2024. Ini kerana jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu pernah bergelar juara […]
“Pengunduran Pearly Tan-Thinaah Sudah Direstui” – Rexy Mainaky

Kontinjen Uber Cup negara dijangka bersaing tanpa kelibat regu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan regu yang menduduki ranking ke-14 dunia itu fokus kepada persiapan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Malah, keputusan yang dibuat Pearly-Thinaah turut mendapat restu pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) termasuk Pengarah […]
Spain Masters: Arif Junaidi & Roy King Ke Final, Kejutkan Regu Ke-45 Dunia

Beregu lelaki muda negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King terus melakar kecemerlangan dengan mara ke final Spain Masters 2024. Arif-Roy King mara selepas mengejutkan regu ke-45 dunia dari Perancis, Christo dan Toma Junior Popov. Dari segi ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelebihan memihak kepada Christo-Toma Junior berbanding Arif-Roy King (regu ke-65 dunia). Bagaimanapun, itu […]
Goh Jin Wei Bakal Lalui Kem Latihan Khas

Jaguh perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei bakal menempuh kem latihan khas sebagai persiapan ke Sukan Olimpik 2024. Perancangan ini didedahkan oleh jurulatih beliau dari Indonesia, Nova Armada kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir untuk Nadi Arena. Kem latihan tersebut bakal diadakan pada Jun ini bagi membantu Jin Wei merealisasikan sasaran layak ke peringkat suku […]
Swiss Open: Goh Soon Huat & Shevon Lai Muncul Juara, Tewaskan Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

Beregu campuran utama negara, Goh Soon Huat & Shevon Lai berada dalam kelas tersendiri apabila mengesahkan kejuaraan Swiss Open 2024. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di pentas final yang berlangsung pada awal pagi ini. Pertemuan kedua-dua regu dianggap seimbang di mana kedua-duanya telah merekodkan satu kemenangan […]
Swiss Open: Goh Soon Huat & Shevon Lai Ke Final, Leburkan Tentangan Regu Belanda

Regu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai kembali ke pentas final Swiss Open 2024 buat kali ketiga awal pagi ini. Ini selepas regu campuran ke-14 dunia itu mengatasi cabaran regu Belanda, Robin Tabeling dan Selena Piek di peringkat separuh akhir. Dari segi rekod pertemuan, Soon Huat-Shevon memiliki kelebihan kerana mengatasi Tabeling-Piek dua kali […]
Swiss Open: Dua Regu Lelaki Malaysia Alami Nasib Berbeza

Dua beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengalami nasib berbeza dalam pusingan kedua Swiss Open 2024 hari ini. Sze Fei-Nur Izzuddin yang berstatus pilihan ketujuh kejohanan terpaksa akur dengan kehebatan regu Thailand, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kedren. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu masing-masing merekodkan satu kemenangan. Sementara […]
All England: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Mudah Atasi Regu Indonesia

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024. Ini selepas Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran regu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di pentas suku akhir. Ramai peminat badminton negara menjangkakan juara dunia beregu […]
All England: Perjuangan Hebat Pearly Tan-M. Thinaah Dihentikan Oleh Regu Jepun

Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024 tidak kesampaian. Ini selepas mereka ditewaskan oleh regu nombor 11 dunia dari Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Rekod pertemuan antara kedua-dua regu dianggap seimbang dengan masing-masing meraih satu kemenangan. Kali terakhir […]