Malaysia Masters: Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Final, Tundukkan Angus Ng Ka Long

Hajat Lee Zii Jia untuk mara ke final Malaysia Masters 2024 menjadi kenyataan hari ini apabila menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di peringkat separuh akhir. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada anak jati Alor Setar itu dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelumnya. Ini termasuk kejayaan menggondol gelaran juara Thailand Open […]

Info Siaran Langsung Suku Akhir Malaysia Masters: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Sembilan wakil Malaysia meneruskan cabaran di peringkat suku akhir Malaysia Masters 2024 yang berlangsung hari ini. Antara yang berjaya meneruskan cabaran ialah Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Mereka bakal berdepan cabaran lebih sukar di peringkat ini. Ini kerana jaguh-jaguh badminton elit seperti Viktor Axelsen, […]

Malaysia Masters: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Singkirkan Kiran George

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke suku akhir Malaysia Masters 2024. Pemain perseorangan ke-10 dunia itu mara selepas bekerja keras menyingkirkan wakil India, Kiran George dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Meskipun kedua-dua pemain bertemu buat kali pertama, kelebihan memihak kepada Zii Jia. Dari segi ranking, beliau berada […]

Info Siaran Langsung Malaysia Masters: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Selepas kejohanan Thailand Open 2024, peminat badminton kini beralih pula kepada kejohanan Malaysia Masters 2024 yang membuka tirainya hari ini. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan ramai jaguh dunia seperti Viktor Axelsen, Li Shifeng, Han Yue, Beiwen Zhang dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. Sementara cabaran kem negara bakal diketuai Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan […]

Russia Buru Kepakaran Lee Chong Wei

Kepakaran yang dimiliki legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei telah menarik minat Russia. Minat ini timbul selepas negara itu kagum dengan pencapaian yang dilakar barisan pemain badminton negara di peringkat antarabangsa termasuk Chong Wei. Lantas, pada 16 Mei lalu, satu permintaan telah diajukan kepada Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Profesor Dr […]

Thailand Open: Lee Zii Jia Leburkan Tentangan Hebat Jeon Hyeok-jin

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak baik dalam Thailand Open 2024 apabila mara ke pusingan suku akhir kejohanan. Anak jati Alor Setar, Kedah itu mara selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan ke atas Hyeok-jin kerana […]

Lee Zii Jia Pasang Cita-Cita Besar Jadi Juara Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memiliki impian besar iaitu memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Cita-cita ini dikongsikan beliau dengan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena semalam. Zii Jia menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang menggalas cabaran untuk kategori perseorangan lelaki. Bekas juara All England 2021 itu melihat […]

Thomas Cup: China Muncul Juara Kali Ke-11, Atasi Cabaran Indonesia

Tuan rumah Thomas Cup 2024, China muncul juara selepas menoktahkan cabaran Indonesia di pentas final hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. China berharap ingin melengkapkan gelaran berganda selepas pasukan badminton wanita negara itu muncul juara Uber Cup 2024. Manakala Indonesia pula berharap dapat menamatkan kemarau kejuaraan Thomas Cup sejak tahun 2020. Selain itu, […]

Thomas Cup: China Sekat Impian Final Malaysia

Hajat Malaysia mengakhiri penantian ke final Thomas Cup 2024 tidak kesampaian apabila kemaraan mereka disekat China dalam aksi separuh akhir hari ini. Selepas berjaya menyingkirkan Jepun di pentas suku akhir, Malaysia berdepan tugas sukar kerana menentang tuan rumah kejohanan, China. China pula mahu menebus kekecewaan dengan mara ke final edisi 2024 selepas disingkirkan Indonesia di […]

Adab Tinggi Viktor Axelsen Bantu Mop Lantai Gelanggang Terima Pujian

Gelagat pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen membantu mengemop lantai gelanggang mencuri perhatian warga maya baru-baru ini. Menerusi satu video yang dikongsikan akaun TikTok Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), jaguh Denmark itu pada awalnya memberi ruang kepada atendan untuk mengelap gelanggang. Axelsen kemudiannya meminta mop diserahkan kepadanya bagi membolehkan beliau mengelap bahagian gelanggang yang dirasakan licin. […]

Uber Cup: Malaysia Akhiri Penantian Kemenangan, Tewaskan Australia

Kontinjen badminton wanita Malaysia akhirnya berjaya merekodkan kemenangan dalam Uber Cup 2024 apabila menewaskan Australia dalam aksi terakhir Kumpulan B. Kedua-dua pasukan tersingkir daripada kejohanan selepas masing-masing tewas kepada Taiwan dan Thailand dalam dua aksi awal Kumpulan B. Justeru, perlawanan hari merupakan peluang terakhir bagi Malaysia dan Australia untuk mengutip mata sulung kejohanan. Malaysia menurunkan […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Denmark (Live Streaming)

Perlawanan ketiga Kumpulan D Thomas Cup 2024 bakal menemukan Malaysia dan kuasa badminton Eropah, Denmark pada petang Isnin. Selepas kedua-dua pasukan berjaya mara ke suku akhir, perlawanan ini bakal menentukan pasukan mana bergelar juara Kumpulan D. Malaysia dijangka menurunkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh sebagai wakil perseorangan lelaki. Sementara bekas juara […]

Uber Cup: Thailand Ketepikan Cabaran Malaysia

Malaysia sekali lagi tewas dalam aksi kedua Kumpulan B Uber Cup 2024, kali ini di tangan negara serantau, Thailand. Selepas tewas 4-1 kepada Taiwan dalam aksi pembukaan kumpulan semalam, Malaysia perlu menang hari ini jika ingin menghidupkan peluang ke peringkat suku akhir. Sementara Thailand pula perlu menang ke atas skuad negara hari ini jika ingin […]

Haikal Nazri ‘Belanja’ Dialek Kelantan Depan Orang China

Pemain beregu lelaki negara, Haikal Nazri buat peminat badminton Malaysia tidak kering gusi bila bertutur menggunakan dialek Kelantan. Perkara ini berlaku semasa beliau dan regunya, Choong Hon Jian ditemubual SPOTV Malaysia selepas tamat perlawanan Thomas Cup 2024 antara Malaysia dan Algeria semalam. Haikal pada awalnya terkejut bila diminta bercakap dalam loghat Kelantan oleh wartawan SPOTV […]

Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B. Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan. Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan. Goh […]

Thomas Cup: Malaysia Benam Cabaran Hong Kong

Kontinjen Malaysia membuka kempen Thomas Cup 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi cabaran Hong Kong dalam aksi pertama Kumpulan D. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih untuk meningkatkan peluang merebut slot naib juara kumpulan. Ini ditambah dengan fakta pasukan pilihan iaitu Denmark turut berada dalam kumpulan sama. Satu lagi pasukan dalam Kumpulan D ialah wakil […]