“Rasa Takut, Tekanan Dari Zii Jia Ganggu Rentak Saya” – Loh Kean Yew

Jaguh perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew mengakui perasaan takut dan tekanan yang dikenakan Lee Zii Jia menjejaskan rentak permainannya semalam. Kean Yew, 26, yang berstatus juara dunia perseorangan lelaki 2019 terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Malaysia itu. Zii Jia berjaya mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan dengan keputusan 21-15, 21-12. “Saya fikir […]

All England: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Hantar Pulang Juara Dunia

Pemain nombor 10 dunia, Lee Zii Jia meneruskan momentumnya dalam All England Open Championship 2024 dengan mara ke suku akhir. Kejayaan itu dilakar dengan menewaskan juara dunia perseorangan lelaki edisi 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi pusingan kedua hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan kerana sudah menewaskan pemain nombor […]

Lee Zii Jia Terima Penghargaan Hebat Daripada Pemain India, PV Sindhu

Kesudian jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berlatih bersama jaguh perseorangan wanita India, PV Sindhu mendapat pujiannya. Menerusi satu perkongsian di X, pemain berusia 28 tahun itu menyifatkan sesi latihan bersama itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Hal ini dinyatakan Sindhu apabila mengulas video temubual Zii Jia tentang sesi latihan bersama mereka baru-baru ini. […]

All England: Lee Zii Jia Gah Singkirkan Kodai Naraoka

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua All England Open Championship 2024. Anak jati Alor Setar, Kedah itu berjaya mara selepas menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka. Kemenangan ini amat bermakna buat beliau selepas tiga kali tewas kepada Naraoka dalam empat pertemuan sebelum ini. Kali terakhir kedua-duanya bertemu […]

Lee Zii Jia Dilabel Lebih Matang & Berani

Permainan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia disifatkan sebagai lebih baik menjelang kejohanan All England 2024. Pandangan ini dilontarkan bekas jurulatih negara, Sairul Amar Ayob yang melihat peluang Lee Zii Jia untuk menumbangkan Kodai Naraoka di pusingan awal kejohanan itu tetap ada. Beliau berkata kepada Astro Arena bahawa, persembahan di atas gelanggang lebih penting baginya […]

French Open: Juara Dunia Tunjukkan Jalan Keluar Kepada Aaron Chia & Wooi Yik

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir di peringkat suku akhir French Open 2024. Ini selepas mereka disingkirkan oleh juara dunia beregu lelaki 2023 dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae. Kedua-dua regu memiliki rekod 2-2 dari segi rekod pertemuan. Min-hyuk-Seung-jae berjaya menewaskan juara dunia […]

Lee Zii Jia: Saya Hilang Keyakinan Diri

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia mengakui kesilapan mudah menjadi punca kekalahan beliau di tangan pemain Denmark, Magnus Johannesen baru-baru ini. Zii Jia ditunjukkan jalan keluar oleh Johannesen dalam aksi pusingan pertama French Open 2024 dengan keputusan 21-15, 21-19. Ini sama sekali berbeza dengan apa yang berlaku setahun lalu di German Open 2023. Zii […]

“Sekiranya Ng Tze Yong Bermain, Kecederaannya Akan Kekal” – Norza Zakaria

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria melihat kesihatan jaguh perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong patut diutamakan terlebih dahulu. Ini selepas beliau diminta mengulas tentang situasi kecederaan yang dialami Tze Yong dan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Bagi Norza, pemulihan kecederaan pemain perseorangan ke-16 dunia itu perlu […]

Ng Tze Yong Jalani Pembedahan, Terlepas Dua Kejohanan Besar

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasrat menyertai German Open 2024 dan All England Championship 2024. Ini selepas beliau bakal menjalani pembedahan kecil pada bahagian belakangnya pada minggu hadapan. Perkara ini diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka hari ini. Pembedahan kecil ini dijangka memerlukan […]

Roslin Hashim Kenal Pasti Punca Kecederaan Ng Tze Yong

Bekas jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim percaya perubahan rejim latihan sedikit sebanyak menyumbang kepada kecederaan beberapa pemain badminton negara termasuk Ng Tze Yong. Pandangan tersebut dibuat selepas melihat masalah kecederaan yang melanda pemain skuad badminton negara sebelum ini. Bagi Roslin, tidak mustahil rejim latihan yang diperkenalkan memberi kesan kepada pemain yang memiliki […]

Ng Tze Yong Beri Khabar Positif Buat Malaysia

Kem badminton Malaysia mendapat khabar positif apabila Ng Tze Yong bakal kembali ke gelanggang tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan oleh pakar perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme yang bertanggungjawab merawat kecederaan Tze Yong. Jasmiza melihat kecederaan belakang yang dialami pemain nombor 16 dunia itu merupakan kecederaan normal bagi mana-mana atlet berprestasi […]

BATC: China Muncul Juara, Sekat Impian Malaysia

Hasrat kontinjen badminton lelaki Malaysia mempertahankan trofi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kontinjen badminton lelaki China muncul juara selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas kontinjen negara. Malaysia membuat percaturan dengan menurunkan Leong Jun Hao sebagai perseorangan lelaki pertama. Ini selepas dua jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan Ng […]

BATC: Lee Zii Jia Pacu Malaysia Ke Final, Singkirkan Jepun

Skuad badminton lelaki Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024. Ini selepas skuad negara mengatasi tentangan Jepun di pentas separuh akhir yang berlangsung pada hari ini. Selepas direhatkan dalam aksi suku akhir yang berlangsung semalam, Lee Zii Jia kembali diberi kepercayaan sebagai perseorangan pertama menggantikan Ng Tze […]

BATC: Aaron Chia & Wooi Yik Ketuai Kemaraan Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Singapura

Kontinjen badminton lelaki Malaysia menepati ramalan layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024. Skuad negara berjaya mara selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas negara jiran, Singapura di peringkat suku akhir hari ini. Kem negara membuat sedikit perubahan dengan meletakkan Ng Tze Yong sebagai perseorangan lelaki pertama menggantikan pemain perseorangan ke-10 dunia, Lee […]

“Sebab Saya Malaysia Kalah”

Perseorangan wanita muda Malaysia, Wong Ling Ching tidak dapat menahan sebak selepas kem negara menamatkan kempen dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini. Kontinjen badminton wanita negara terpaksa melupakan impian layak ke separuh akhir selepas disingkirkan Indonesia 3-0 di peringkat suku akhir. Ling Ching berharap dapat menghidupkan peluang negara apabila mengatasi wakil Indonesia, […]

“Nak Pulih Sepenuhnya Tak Mungkin” – Aaron Chia

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia mengakui kecederaan bahu yang dialaminya sejak dua tahun lalu tidak akan pulih untuk selamanya. Meskipun kecederaan ini tidak menghalang Aaron untuk terus bersaing di atas gelanggang, beliau tahu kecederaan di bahunya itu tidak akan hilang. Lantas, pemain berusia 26 tahun itu berusaha memperkuatkan bahunya untuk menyokong bahagian yang cedera […]