Norza Zakaria Letak Jawatan

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. Keputusan itu dinyatakan beliau dalam majlis penyerahan ganjaran RM125,000 kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM). Berita ini turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari menerusi satu hantaran di platform X. […]

Japan Open: Regu No. 3 Dunia Sekat Kecemerlangan Pearly Tan-M. Thinaah

Hajat beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir Japan Open 2024 tidak kesampaian. Ini selepas Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehandalan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning. Selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, pencapaian […]

Japan Open: Pemain No. 29 Dunia Singkirkan Lee Zii Jia

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia tersingkir daripada saingan Japan Open 2024 apabila tewas mengejut kepada wakil Perancis, Alex Lanier di pusingan pertama. Kejayaan meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki di Paris diharap dapat dimanfaatkan anak jati Alor Setar, Kedah itu untuk tampil lebih cemerlang untuk baki musim 2024. Tampil menentang Lanier […]

Ranking Lee Zii Jia Naik Mendadak

Lee Zii Jia terus menunjukkan kemajuan dari segi kedudukan ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Bekas juara All England 2021 itu berjaya meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 apabila menewaskan Lakshya Sen dari India. Kemenangan itu dikecapi dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11. Pencapaian ini membolehkan Zii Jia meraih 11,500 mata ranking BWF. Dan berdasarkan semakan […]

Lee Zii Jia Buka Mulut Selepas Tunduk Di Separuh Akhir Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melihat kekalahan di peringkat separuh akhir bukan bermakna perjuangannya dalam Sukan Olimpik 2024 sudah berakhir. Zii Jia turun menentang juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir dengan misi memburu kemaraan ke final. Hajat bekas juara All England 2021 itu untuk mengikut jejak Datuk Lee […]

Olimpik Paris: Juara Dunia Halang Impian Final Lee Zii Jia

Hajat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi pemain Malaysia pertama layak ke final Sukan Olimpik sejak edisi 2016 tidak kesampaian. Ini selepas usaha anak jati Alor Setar, Kedah itu disekat juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir. Pertembungan dua wakil Asia Tenggara ini dinantikan ramai selepas kedua-duanya berjaya menyingkirkan […]

Siaran Langsung Badminton Olimpik: Lee Zii Jia vs Kunlavut Vitidsarn (Live Streaming)

Aksi tumpuan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 bakal menemukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn. Pertembungan dua jaguh Asia Tenggara ini menjadi kenyataan selepas kedua-dua pemain berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir. Zii Jia mara selepas menewaskan jaguh Denmark, Anders Antonsen. Sementara Kunlavut yang berstatus juara dunia […]

Olimpik Paris: Hasrat Pearly Tan-M. Thinaah Raih Gangsa Tertangguh Di Tangan Wakil Jepun

Hajat beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah meraih pingat gangsa Sukan Olimpik tidak kesampaian. Ini selepas Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Arena Porte de la Chapelle, Paris. Dari segi ranking dan rekod pertemuan lalu, kelebihan tampak memihak Matsuyama-Shida. Ini kerana regu […]

Aaron Chia-Wooi Yik Miliki Kelebihan Besar Lawan Kim Astrup-Anders Rasmussen

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dijangka memiliki kelebihan bila berdepan wakil Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen. Kedua-dua beregu terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 2024. Aaron-Wooi Yik memberi tekanan kepada regu nombor satu dunia, Liang Wei Keng dan Wang Chang […]

Pearly-Thinaah Azam Raih Pingat Gangsa

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah berharap dapat meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024. Selepas berjaya mengalahkan Kim So-yeong dan Kong Hee-yong di peringkat suku akhir, Pearly-Thinaah ingin meneruskan momentum kemenangan di peringkat separuh akhir. Beregu nombor satu China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan menjadi penghalang antara mereka dengan pentas […]

Olimpik Paris: Aaron Chia-Wooi Yik Gah Ke Separuh Akhir, Lepasi Badi Regu India

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Kejayaan ini dilakar bekas juara dunia 2022 itu dengan menamatkan badi tiga perlawanan dengan beregu lelaki utama India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty. Dari segi kelebihan ranking, kelebihan memihak juara French Open 2024 itu kerana […]

Olimpik Paris: Pearly Tan-Thinaah Ke Separuh Akhir, Kejutkan Juara All England

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum mara ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024. Pearly-Thinaah mengatasi cabaran beregu wanita nombor 10 dunia, Kim So-yeong dan Kong Hee-yong dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle. Selepas mencipta kejutan ke atas beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan […]

Siaran Langsung Badminton Olimpik: Lee Zii Jia vs Toma Junior Popov (Live Streaming)

Aksi tumpuan pusingan 16 acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2024 menemukan Lee Zii Jia dan wakil Perancis, Toma Junior Popov. Zii Jia dan Popov mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 terbaik selepas muncul juara kumpulan masing-masing. Wakil tuan rumah itu muncul juara Kumpulan H selepas mencipta kejutan mengalahkan jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting. Sementara Zii Jia […]