Lee Zii Jia Tarik Diri Sertai Denmark Open

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa melupakan hasrat menyertai saingan Denmark Open. Keputusan itu dikongsikan pasukan pengurusan Zii Jia, Team LZJ dalam satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Pemain nombor lima dunia itu terpaksa menarik diri susulan kecederaan buku lali yang dialaminya dalam aksi suku akhir Arctic Open 2024 baru-baru ini. […]
Arctic Open: Beregu Kedua Dunia Lebur Impian Pearly-Thinaah

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah kempunan meraih gelaran juara kedua tahun 2024 apabila sekadar menjadi naib juara Arctic Open 2024. Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan beregu kedua dunia dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning di pentas final kejohanan. Selepas berjaya menyingkirkan regu Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi di […]
Arctic Open: Sze Fei-Izzuddin Selangkah Ke Final, Singkir Beregu Keenam Dunia

Beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan beregu keenam dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto. Kemenangan tersebut membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu kelapan dunia untuk mara ke separuh akhir Arctic Open 2024. Aksi juara China Open 2024 itu dengan beregu lelaki utama Indonesia itu […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tewaskan Pemain No. 5 Jepun

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke suku akhir Arctic Open 2024. Zii Jia berjaya mara dengan menyingkirkan pemain nombor lima Jepun, Yushi Tanaka dalam aksi pusingan kedua. Selepas menewaskan Christo Popov pada 9 Oktober lalu, bekas juara All England 2021 itu mahu meneruskan momentum kemenangan. Meskipun begitu, […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Singkirkan Pemain No. 3 Perancis

Pemain nombor empat dunia, Lee Zii Jia membuka kempen mempertahankan kejuaraan Arctic Open dengan menewaskan Christo Popov di pusingan pertama. Selepas dikecewakan Koki Watanabe dalam pusingan pertama China Open 2024, Zii Jia berharap dapat mempertahankan kejuaraan Arctic Open yang dimenanginya pada 2023. Walau bagaimanapun, Popov menjadi penghalang antara beliau dan pusingan kedua kejohanan. Zii Jia […]
Lee Zii Jia: RM100,000 Tak Banyak

Pemain nombor lima dunia, Lee Zii Jia mengakui bukan mudah untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa selaku pemain badminton profesional. Pandangan itu dinyatakan pemain badminton berusia 26 tahun itu kepada media selepas menerima insentif kewangan sebanyak RM100,000 daripada syarikat minuman isotonik, 100PLUS. Zii Jia menerima insentif berkenaan selepas meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki […]
Lee Zii Jia Dapat Habuan Lumayan

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mendapat suntikan semangat menjelang saingan Arctic Open 2024 yang akan bermula pada 8 Oktober ini. Ini selepas pemain nombor lima dunia itu menerima insentif kewangan berjumlah RM100,000 daripada syarikat minuman isotonik, 100PLUS. Perkara ini turut dikongsikan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi di platform media sosial X. “Satu lagi […]
Lee Zii Jia Hilang Tempat 3 Terbaik Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak lagi berada dalam kelompok tiga pemain terbaik dunia. Kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu kini menduduki ranking kelima dunia dengan 83,716 mata. Zii Jia dipintas dua lagi jaguh dunia, Anders Antonsen dan Kodai Naraoka. Antonsen dan Naraoka masing-masing kini […]
Aaron Chia-Wooi Yik Pulang Bawa Cabaran Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal kembali menggegar arena badminton antarabangsa pada Oktober ini. Selepas berjaya mempertahankan pingat gangsa acara beregu lelaki dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, beregu kelima dunia itu tidak menyertai beberapa kejohanan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) sejak Ogos lalu. Ini bagi membantu Wooi Yik pulih […]
Hong Kong Open: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Final, Singkirkan Regu No. 1 Korea Selatan

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke final kejohanan jelajah BWF buat kali kedua berturut-turut dengan mara ke final Hong Kong Open 2024. Kejayaan ini dilakar apabila mereka menyingkirkan pilihan utama dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee di peringkat separuh akhir. Dari segi ranking, kelebihan memihak kepada beregu Korea Selatan […]
Lee Zii Jia ‘Tekan’ Posisi Viktor Axelsen

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semakin menghampiri kedudukan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024, Viktor Axelsen. Kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menunjukkan pemain berusia 26 tahun itu kini menduduki ranking ketiga dengan 83,716 mata. Sementara bekas pemain nombor satu dunia itu kekal berada di ranking kedua dunia dengan 88,910 mata. […]
Status Lee Zii Jia Jadi Tanda Tanya

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berpotensi tidak menyertai Hong Kong Open 2024 yang bakal berlangsung dari 10 hingga 15 September ini. Astro Arena melaporkan ini berlaku kerana pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu masih melalui proses pemulihan selepas mengharungi jadual padat 2024. Zii Jia sudah mengharungi 15 kejohanan sepanjang tahun 2024 termasuk […]
Korea Open: Korea Open: Tang Jie-Ee Wei Muncul Juara, Raih RM140,000

Beregu campuran utama Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei muncul juara di pentas final Korea Open 2024. Ini selepas beregu nombor sembilan dunia itu menewaskan regu China, Guo Xin Wa dan Li Qian dalam aksi final yang menghiburkan di Stadium Tertutup Mokpo. Selepas menewaskan regu China, Cheng Xing-Zhang Chi di peringkat separuh akhir, […]
Korea Open: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Final, Singkirkan Regu No. 2 Dunia

Perjuangan regu kesembilan dunia, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Korea Open 2024 diteruskan ke peringkat akhir. Regu wanita utama Malaysia itu mempamerkan permainan mantap sebelum menyingkirkan regu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee. Selepas berjaya menyingkirkan regu Chinese Taipei, Teng Chun Hsun dan Yang Chu Hyun di peringkat suku […]
Lee Zii Jia Pintas 3 Jaguh Dunia

Kedudukan ranking terbaru Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) untuk kategori perseorangan lelaki menyaksikan Lee Zii Jia kini menduduki ranking keempat dunia. Perubahan ranking tersebut turut menyaksikan juara Thailand Open 2024 itu memintas tiga jaguh dunia. Tiga jaguh tersebut ialah Li Shi Feng (China), Anders Antonsen dan Kodai Naraoka. Shi Feng dan Naraoka masing-masing meraih pertambahan dua […]
Japan Open: Sze Fei-Izzuddin Bawa Pulang RM275,000

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani ceria apabila meraih gelaran juara Japan Open 2024. Kejayaan itu digapai beregu nombor 12 dunia itu dengan menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Min-hyuk dan Seung-jae. Ini kerana juara India Open 2024 itu […]