Olimpik Paris: Tangan Emas Lee Zii Jia Bawa Langkah Ke Pusingan 16

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menjuarai Kumpulan G Sukan Olimpik 2024 apabila menewaskan wakil Sepanyol, Pablo Abian. Selepas menewaskan wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe pada 28 Julai lalu, bekas juara All England 2021 itu hanya perlu menang ke atas Abian untuk layak ke pusingan seterusnya. Meskipun berstatus pemain ke-63 dunia, pemain Sepanyol berusia […]
“Dulu Takut Silap, Itu Bukan Pearly Tan-Thinaah Yang Sebenar”

Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah M. yakin aksi sebenar mereka bakal tiba tidak lama lagi. Perjuangan dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris diteruskan dengan penuh bergaya apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Kejayaan manis menewaskan beregu ke-13 dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir Kumpulan A memastikan […]
Olimpik Paris: Pearly Tan-Thinaah Ke Suku Akhir, Tumpaskan Apriyani-Siti Fadia 43 Minit

Hajat beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 menjadi kenyataan. Ini selepas beregu wanita ke-13 dunia itu berjaya mengalahkan regu wanita dari Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir Kumpulan A. Selepas meraih kemenangan ke atas Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara pada 28 […]
Goh Jin Wei Tahan Sebak ‘Tak Sangka Sampai Sini Lagi’

Jaguh perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mengakui tidak menyangka beliau akhirnya berjaya membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik 2024. Selepas bergelar juara BWF World Junior Championship sebanyak dua kali dan pingat emas Sukan Olimpik Remaja, ramai orang menjangkakan beliau menjadi permata baru badminton negara. Walau bagaimanapun, Jin Wei diuji apabila perlu menjalani pembedahan membuang […]
Olimpik Paris: Tang Jie-Ee Wei Melangkah Ke Suku Akhir, Kejutkan Regu Kedua Dunia

Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 sebagai juara Kumpulan D. Kejayaan ini dicapai apabila mereka melakar kejutan ke atas regu kedua dunia dari China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping dalam aksi terakhir kumpulan. Kedua-dua regu sebelum ini mengesahkan kemaraan ke suku […]
Jurang Ranking Lee Zii Jia & Ng Tze Yong Makin Ketara

Jurang ranking yang wujud antara jaguh perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong semakin melebar. Hal ini dilihat menerusi kemas kini terbaru ranking yang disediakan oleh Persekutuan Badminton Sedunia (BWF). Berdasarkan kemas kini terbaru, Zii Jia masih berstatus pemain nombor tujuh dunia dengan 78,816 mata. Sementara dua lagi wakil negara, Tze […]
“Kenapa Dengan Jari Lee Zii Jia?”

Keadaan jari jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selepas perlawanan Kumpulan G Sukan Olimpik 2024 menarik perhatian ramai peminat badminton Malaysia. Bekas juara All England 2021 itu turun ke gelanggang untuk membuka tirai cabaran Kumpulan G. Selain Zii Jia, kumpulan itu turut mengandungi Viren Nettasinghe dari Sri Lanka dan Pablo Abian (Sepanyol). Pemain nombor […]
Olimpik Paris: Aaron Chia-Wooi Yik Atasi Regu Ke-30 Dunia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semakin menghampiri slot suku akhir badminton Sukan Olimpik 2024. Ini selepas beregu lelaki keempat dunia itu mudah menewaskan gandingan ke-30 dunia dari Kanada, Adam Dong dan Nyl Yakura dalam aksi kedua Kumpulan A. Selepas terpaksa bekerja keras menewaskan gandingan Great Britain, Ben Lane dan Sean […]
Siaran Langsung Badminton Olimpik: Aaron Chia-Wooi Yik vs Adam Dong-Nyl Yakura (Live Streaming)

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal turun dalam aksi seterusnya beregu lelaki Kumpulan A Sukan Olimpik 2024. Aaron-Wooi Yik mahu meneruskan momentum kemenangan selepas mengatasi cabaran wakil Great Britain, Ben Lane dan Sean Vendy. Gandingan Lane-Vendy yang menduduki ranking ke-18 dunia memaksa bekas juara dunia 2022 itu bekerja keras di […]
Jurulatih China Bongkar Kelemahan Lee Zii Jia Secara Terbuka

Jurulatih perseorangan lelaki China, Sun Jun tidak teragak-agak mendedahkan kelemahan yang dimiliki jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia. Acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2024 menyaksikan China menghantar dua jaguh utama mereka iaitu Shi Yuqi dan Li Shifeng. Yuqi ialah pemain nombor satu dunia dengan Shifeng berstatus pemain keenam dunia. Sementara cabaran Malaysia dalam acara […]
Lee Zii Jia Berpeluang Raih 3 ‘Habuan’ Sekelip Mata

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia berpeluang mendapat tiga ganjaran lumayan seandainya berjaya meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik 2024. Temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis menyaksikan Zii Jia menjadi sandaran pingat negara dalam acara badminton. Seandainya bekas juara All England 2021 itu berjaya merealisasikan impian meraih pingat emas, nama Zii […]
Perbezaan Ranking Lee Zii Jia & Dua Lawan Di Olimpik Jadi Bualan

Perbezaan ranking dunia membabitkan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan dua lawannya di peringkat kumpulan Sukan Olimpik 2024 menjadi bualan ramai. Peringkat kumpulan untuk acara perseorangan lelaki menemukan Zii Jia dengan wakil Sepanyol, Pablo Abian dan jaguh Sri Lanka, Viren Nettasinghe. Perbezaan ranking ketiga-tiga pemain ini yang menjadi bualan. Ini kerana Zii Jia […]
Olimpik 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Hadapi Cabaran Beregu Pertama Dunia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal berdepan cabaran getir dalam acara badminton Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Aaron-Wooi Yik menjadi antara sandaran emas kontinjen negara di Paris. Ini selepas mereka meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2020. Selepas sesi undian membabitkan beregu lelaki ditangguhkan pada 12 Julai lalu, sesi […]
Aaron Chia Hilang Berat Badan Mendadak Menjelang Olimpik

Penampilan terkini jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia menarik perhatian peminat badminton Malaysia baru-baru ini. Aaron yang hadir dalam sidang media yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 10 Julai lalu kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini. Penampilan baru beliau timbul tiga minggu sebelum saingan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bakal membuka tirainya. […]
‘Sebabtu Awak Juara’ Tular Juara Cilik Badminton Tak Dilayan Ketika Bergambar

Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang kanak-kanak yang tidak diendahkan orang ramai ketika diminta untuk mengambil gambarnya setelah memenangi satu pertandingan badminton. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Oh My Media di Tiktok, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berada di atas gelanggang bersama pingat, sijil dan dua hamper setelah muncul pemenang pertandingan badminton. Sebagai kenangan, […]
Lee Zii Jia Raih ‘Durian Runtuh’ RM300,000

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menerima geran kewangan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Geran kewangan ini merupakan inisiatif sokongan KBS untuk membantu atlet-atlet profesional yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Menerusi geran ini, atlet yang terpilih dapat memanfaatkannya untuk kejohanan antarabangsa, kem latihan dan perkhidmatan sokongan. Ini […]