Ranking Terkini Lee Zii Jia Menjelang World Tour Finals

Kedudukan terkini Lee Zii Jia menjelang World Tour Finals menyaksikan beliau mampu memperbaiki kedudukan 10 pemain terbaik dunia. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 berjaya layak ke saingan World Tour Finals (WTF) 2024 meskipun tersingkir pada pusingan pertama China Masters 2024. Ini selepas bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menyingkirkan pencabar terdekatnya, Koki Watanabde […]

China Masters: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Suku Akhir, Singkirkan Beregu Ke-300 Dunia

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah meneruskan kemaraan ke suku akhir China Masters 2024. Ini selepas mereka berjaya mengalahkan beregu wanita Jepun, Arisa Igarashi dan Ayako Sakuramoto dalam aksi pusingan kedua kejohanan di Shenzhen. Pearly-Thinaah semakin bersemangat selepas meraih kemenangan ke atas wakil China, Ding Ke Yun dan Wang Yi Duo dalam […]

Tiga Senario Berbeza Menanti Aaron Chia & Wooi Yik

Harapan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk beraksi dalam saingan World Tour Finals (WTF) BWF pada Disember ini bergantung kepada tiga senario. Kedudukan semasa Race to Guangzhou menyaksikan bekas juara dunia 2022 itu kini berada di kedudukan kesembilan dengan 66,690 mata. Sekiranya Aaron-Wooi Yik ingin layak, mereka perlu berada dalam […]

China Masters: Pearly Tan-M. Thinaah Atasi Cabaran Beregu Ke-143 Dunia

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah mudah melangkah ke pusingan kedua China Masters 2024. Ini selepas juara Hong Kong Open 2024 itu mengatasi cabaran wakil China, Ding Ke Yun dan Wang Yi Duo dalam aksi pusingan pertama kejohanan. Selepas tersingkir di pusingan pertama Japan Masters 2024, Pearly-Thinaah berharap dapat bangkit dalam kejohanan […]

Japan Masters: Leong Jun Hao Singkirkan Pemain No. 1 Indonesia, Tempah Tiket Final

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao memberi tentangan sengit kepada Jonatan Christie sebelum mara ke final Japan Masters 2024. Selepas Lee Zii Jia tersingkir di peringkat suku akhir, Jun Hao menjadi wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan lelaki. Pemain berusia 25 tahun itu mara ke separuh akhir selepas menewaskan jaguh tuan rumah, Kodai Naraoka […]

Japan Masters: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Pemain Ke-34 Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bekerja keras sebelum mara ke peringkat suku akhir Japan Masters 2024. Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu menewaskan pemain Chinese Taipei, Su Li Yang dalam aksi pusingan kedua kejohanan itu. Selepas mengatasi cabaran rakan senegara, Justin Hoh di pusingan pertama, Zii Jia semakin bersemangat untuk […]

Lee Zii Jia Tidak Sertai Korea Masters

Tiada kelibat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk saingan Korea Masters 2024. Ini selepas hanya 10 wakil Malaysia yang sah beraksi di kejohanan yang diadakan di Gimnasium Iksan, Iksan City itu. Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengetuai cabaran beregu lelaki negara. Sementara Justin Hoh dan Kok Jing Hong […]

Minta Gaji RM2 Juta? Ini Respon Aaron Chia

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia menafikan ada pemain negara meminta gaji sebanyak RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Sebelum ini, satu laporan media menyatakan pemain-pemain negara mahu mendapatkan gaji tahunan sebanyak RM2 juta. Sekiranya permohonan ini menjadi kenyataan, jumlah gaji berkenaan bakal mengatasi gaji tertinggi yang diterima ahli sukan lain di Malaysia termasuk […]

3 Wakil Malaysia Kumpul RM1.5 Juta

Tiga wakil Malaysia dalam sukan badminton iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah telah mengumpul hadiah wang hampir RM1.5 juta. Selepas mengharungi 15 kejohanan antarabangsa, Zii Jia telah meraih hadiah wang lebih AS$112,000 (RM487,000). Ini termasuk kejayaannya bergelar juara Thailand Open 2024 dan Australian Open 2024. Selain itu, Zii Jia […]

Lee Zii Jia Cedera, Hairul Azreen Tolong Jawabkan

Selebriti terkenal, Hairul Azreen mendedahkan status terkini kecederaan yang dihadapi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. Sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki semasa aksi suku akhir Arctic Open 2024. Kecederaan tersebut mengakibatkan Zii Jia tewas kepada Jepun, Koki Watanabe dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-12. Meskipun […]

Lee Zii Jia & Liek Hou Terima Wang Ganjaran RM1.1 Juta

Dua jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dan Cheah Liek Hou menerima wang ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM1.1 juta. Liek Hou menerima ganjaran RM1 juta atas kejayaannya mempertahankan pingat emas untuk acara perseorangan lelaki SU5 di pentas Paralimpik 2024. Anak jati Kuala Lumpur itu mengatasi cabaran musuh ketat dari Indonesia, Suryo […]

Habuan Setengah Juta Milik Lee Zii Jia

Kejayaan meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 menyaksikan Lee Zii Jia menerima habuan setengah juta ringgit. Zii Jia mengikut jejak Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemenang pingat Olimpik ketiga Malaysia. Ini selepas beliau mengalahkan jaguh perseorangan lelaki dari India, Lakshya Sen dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa. […]

Badminton & Hoki Tersisih Dari Acara Sukan Komanwel Glasgow

Temasya Sukan Komanwel di Glasgow menyaksikan sukan Badminton & Hoki antara yang disisihkan. Mengikut perancangan awal, temasya sukan tersebut bakal dilangsungkan di Victoria, Australia namun disebabkan faktor peningkatan kos penganjuran, tuan rumah Sukan Komanwel kini beralih ke Glasgow, Scotland. Walau bagaimanapun, senarai sukan yang dipertandingkan telah dikecilkan bilangannya dengan hanya 10 sukan bakal berlangsung berbanding […]

Beregu Malaysia Rayu Bantuan Kewangan, Bakal Jalani Pembedahan Lutut

Pemain beregu wanita Malaysia, Ng Qi Xuan memohon bantuan kewangan bagi membolehkannya menjalani pembedahan pada bahagian lutut. Nama pemain berusia 25 tahun itu menjadi sebutan ramai apabila mengalami kecederaan serius di bahagian lutut kanan dalam aksi separuh akhir saingan badminton Malaysia Super 100. Pada ketika itu, Qi Xuan bergandingan dengan Yap Rui Chen sedang mendahului […]

Dua Rekod Hebat Lee Zii Jia Sukar Digugat

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus memukau peminat badminton meskipun tersingkir di peringkat suku akhir Arctic Open 2024. Ini selepas dua pukulan kuat yang dihasilkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu berada dalam carta 10 pukulan smash terpantas Arctic Open 2024. Carta yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) itu menyaksikan Zii Jia […]