Copa America: Argentina Ke Suku Akhir, Benam Cabaran Chile

Juara dunia, Argentina terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi tentangan sengit Chile dalam aksi kedua Kumpulan A Copa America 2024. La Albiceleste tahu mereka boleh mara ke pusingan suku akhir lebih awal selepas berjaya menewaskan Kanada. Sementara Chile pula perlu menang selepas seri tanpa jaringan dengan Peru dalam aksi pertama kumpulan. Argentina mempertaruhkan penyerang Inter Miami, […]
Copa América: Gol Dramatik Bawa Argentina Atasi Kanada

Copa América: Argentina mencatatkan kemenangan 2-0 pada aksi pembukaan berdepan Kanada. Skuad kendalian Lionel Scaloni mempertaruhkan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Lionel Messi, Angel Di Maria, Lisandro Martinez dan juga Emiliano Martinez dalam kesebelasan utama. Aksi babak pertama berlangsung hambar apabila tidak banyak percubaan berjaya dilancarkan oleh jentera serangan berkelas dunia Argentina. Kanada lebih selesa mengatur […]
Bintang Piala Dunia Argentina Terima Ugutan Surat Layang Misteri

Seorang pemenang Piala Dunia dari Argentina berdepan ugutan bunuh selepas menerima surat layang misteri. Wartawan Argentina, Belen Corvalan mendedahkan sekumpulan penembak bertindak menembak sebuah stesen minyak di Rosario, Argentina sebelum meninggalkan nota ancaman bunuh kepada Angel Di Maria. Nota tersebut berbunyi, “Kami akan menunggu anda, Di Maria.” Insiden ini mengejutkan ramai peminat bola sepak apabila […]
Brendan Gan Jadi Bualan Orang Argentina

Nama perancang tengah KL City FC, Brendan Gan kini menjadi bualan orang Argentina. Pemain berusia 36 tahun itu melengkapkan perpindahan ke pasukan tetangga Lembah Klang daripada Selangor FC. Beliau kini menjadi arkitek utama di bawah kendalian Miroslav Kuljanac dan diletakkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Kuching City FC. Pemain tengah Harimau Malaya ini mula menjadi […]
Argentina & Ukraine ‘Tunggu’ Indonesia Di Olimpik

Indonesia bakal berdepan cabaran sukar sekiranya berjaya meraih kemenangan ke atas Iraq dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024. ASEAN Football melaporkan sekiranya mereka berjaya melakukannya, Indonesia bakal berada dalam Kumpulan B bersama Argentina, Ukraine dan Maghribi. Sementara dua wakil Asia yang bakal beradu di final Piala Asia B-23, Jepun […]
Juara AFCON 2023 Mahu Lawan Malaysia Mac Ini?

Malaysia berpotensi menjadi gelanggang persahabatan membabitkan tiga pasukan gergasi dunia termasuk juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023, Ivory Coast pada Mac ini. Ini selepas wartawan Argentina, Leo Paradizo mendedahkan Malaysia antara negara yang dipertimbang sebagai lokasi alternatif untuk dua aksi persahabatan membabitkan Argentina, Ivory Coast dan Nigeria. Selain Malaysia, Argentina dilaporkan turut menimbang tiga lokasi […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Tunduk Di Tangan Juara Bertahan, Argentina

Malaysia terpaksa mengakui kehebatan juara bertahan, Argentina apabila tumpas dalam aksi kedua Kumpulan A Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan di suku pertama dengan Argentina yang dilihat bergelut untuk memecahkan benteng pertahanan negara sehingga tiada jaringan dapat dihasilkan. Bersambung suku kedua, Malaysia memulakan serangan agresif menerusi Alfarico Liau yang melakukan percubaan […]
Mali ‘Titik’ Argentina, Muncul Tempat Ke-3 Piala Dunia B-17

Pasukan kebangsaan b-17 Mali mencatat pencapaian memberangsangkan di Piala Dunia apabila membenam cabaran Argentina untuk meraih tempat ke-3. Keputusan ini dianggap mengejutkan oleh banyak pihak tatkala kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Mali melakukan permulaan baik yang menjadi detik pemisah awal dalam perlawanan ini apabila kapten pasukan, Ibrahim Diarra meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-9 […]
Gol Izzat Zikri Tular Hingga Ke Argentina

Pemain muda Penang FC, Izzat Zikri sudah pasti tidak akan melupakan penampilan pertamanya dalam saingan Liga Super selepas berjaya meledak gol kemenangan ke atas Sri Pahang FC tempoh hari. Gol menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-70 itu sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan pertama Penang di bawah kendalian jurulatih sementara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. […]
Piala Dunia U17: Jerman Ke Final, Atasi Cabaran Argentina

Jerman bekerja keras sebelum mengatasi cabaran Argentina menerusi penentuan sepakan penalti di pentas separuh akhir Piala Dunia B-17 2023 di Stadium Manahan hari ini. Selepas menyingkirkan juara bertahan Brazil di pentas suku akhir, ubi muda Albiceleste mahu mara ke final dan mengulangi pencapaian skuad senior mereka di Piala Dunia 2022. Sementara Jerman mahu mengulangi pencapaian […]
Piala Dunia U17: Argentina Gah Hantar Brazil Pulang

Perseteruan gergasi Amerika Latin dalam aksi suku akhir Piala Dunia U17 ternyata berpihak kepada Argentina yang menewaskan Brazil Brazil 3-0. Bermula tiupan wisel pengadil, kedua-dua pasukan sudah saling mengatur gerak mencari gol awal dalam perlawanan ini. Namun serangan Argentina lebih tajam apabila perancang tengah, Claudio Echeverri berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-28 hasil jaringan luar […]
Insiden Keganasan Cemari Perlawanan Brazil & Argentina

Insiden keganasan penyokong dan polis mencemari perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan membabitkan Brazil dan Argentina hari ini. Perlawanan yang diadakan di Stadium Maracana itu terpaksa ditangguhkan selama 30 minit apabila penyokong kedua-dua pasukan mula bergaduh. Polis yang datang ke bahagian penyokong Albiceleste cuba menyuraikan keadaan. Malangnya, sesetengah penyokong tidak mengendahkan amaran dan […]
Piala Dunia U17: Argentina Belasah Venezuela Untuk Ke Suku Akhir

Perlawanan pusingan 16 terakhir diteruskan lagi dengan kali ini menemukan dua pasukan dari Amerika Selatan iaitu Argentina dan Venezuela. Argentina memulakan aksi dengan penguasaan bola yang baik dan beberapa serangan telah dilancarkan ke kubu Venezeuela. Ianya nyata membuahkan hasil apabila pada minit ke-15 mereka dihadapan melalui gol sendiri pemain Venezuela, Luis Balbo Viera. Gol tersebut […]
Argentina Dimalukan Uruguay, Lionel Messi Pula Cekik Leher Lawan

Lionel Messi dan Argentina mengalami kekalahan pertama sejak menjulang Piala Dunia 2022 apabila tunduk 2-0 kepada Uruguay hari ini. Albiceleste amat berharap kemenangan hari ini dapat menjarakkan kedudukan dengan empat pasukan di belakang mereka termasuk musuh ketat, Brazil. Bagaimanapun, hajat anak-anak buah Lionel Scaloni meraih kemenangan tidak kesampaian apabila pemain pertahanan Barcelona, Ronald Araujo menyumbat […]
Piala Dunia U17: Argentina Buat Jepun Menangis

Gergasi Asia, Jepun ditewaskan pasukan kuat Amerika Latin iaitu Argentina dengan jaringan 1-3 dalam aksi kedua Piala Dunia U17. Jepun dan Argentina kedua-dua pasukan tampil dengan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini. Argentina memecah gawang gol Jepun seawal minit ke-5 perlawanan hasil jaringan C. Echeverri. Belum sempat Jepun cuba untuk bangkit, Argentina menambah derita Jepun menerusi […]
Papu Gomez Digantung Dua Tahun

Pemain sayap kiri Argentina, Papu Gomez sah digantung dua tahun oleh pihak berkuasa doping berkuatkuasa hari ini. Menurut portal Relevo, keputusan tersebut dibuat selepas pemenang Piala Dunia 2022 itu didapati positif menggunakan bahan terlarang. Ujian tersebut dibuat secara rambang oleh pasukan perubatan kelab lamanya, Sevilla pada November 2022 sebelum beliau bertolak menyertai skuad Piala Dunia […]