Papu Gomez Tunggu Tawaran Terbaik

Pemain kebangsaan Argentina, Papu Gomez yang kini berstatus ejen bebas mahu menunggu tawaran terbaik sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana pasukan. “Saya sedang menunggu peluang yang terbaik. Jika peluang itu tidak sampai, saya mungkin akan bersara. Saya berikan semuanya untuk bola sepak dan saya tidak mahu mengakhirinya dengan kepahitan.” ujar Papu Gomez. Pemain berusia 35 tahun […]

Pemain Argentina Bawa Tong Oksigen Menjelang Aksi Di Bolivia

Pemain tengah Liverpool dan Argentina, Alexis MacAllister dikesan menggunakan tiub oksigen menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bolivia. Ini berdasarkan satu foto yang dikongsikan EuroFoot semalam. Bagi mana-mana pasukan yang beraksi di ibu negara Bolivia, La Paz, ia satu tugas yang mencabar. Ini kerana La Paz merupakan ibu negara paling tinggi di dunia pada […]

Jaringan Cantik Lionel Messi Berjaya Pukau Penonton

Lionel Messi sekali lagi membuktikan magis beliau apabila berjaya memukau penonton dengan jaringan cantik dalam perlawanan menentang Ecuador. Jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-78 perlawanan membantu Argentina menang tipis ke atas Ecuador bagi aksi kelayakan Piala Dunia. Penyerang berusia 36 tahun ini sudah menjaringkan 104 gol dan mencipta 56 bantuan jaringan buat pasukan Argentina […]

Pertemuan Indonesia & Argentina Buka Mata Thomas Doll

Indonesia mempamerkan aksi terpuji walaupun tewas 2-0 kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 19 Jun lepas. Dan aksi tersebut membuka mata ramai pihak termasuk jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll. Ini kerana dari segi ranking, Indonesia bukan tandingan Argentina yang berstatus juara dunia. Tetapi anak-anak buah Shin Tae-yong berjaya mengekang Albiceleste selama 38 minit sebelum […]

“Perlawanan Ini Sukar Kerana Kami Tidak Turunkan Skuad Utama” – Lionel Scaloni

Perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina berakhir dengan kemenangan 2-0 buat juara Piala Dunia 2022 itu. Tetapi bagi jurulatih Albiceleste, Lionel Scaloni, perlawanan menentang Tim Garuda dianggap sukar lebih-lebih lagi tanpa kelibat beberapa bintang utama mereka termasuk Lionel Messi. Sebelum perlawanan ini, Scaloni sudah menyatakan bahawa Messi, Nicolas Otamendi dan Angel Di Maria tidak akan menyertai perlawanan tersebut. […]

Lionel Scaloni Ulas Tentang Teknik Lontaran Pratama Arhan

Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni tampil mengulas berkenaan pemain muda berbakat Indonesia, Pratama Arhan. Pemain Tokyo Verdy, Pratama Arhan sememangnya memiliki keupayaan untuk melontar bola jarak jauh. Pengendali Argentina, Lionel Scaloni bagaimanapun tetap memuji sikap anak buahnya ketika berjaya menyekat lontaran yang dibuat Arhan. Memetik artikel daripada Bola.com, pengendali Argentina itu telah menjawab soalan yang […]

Indonesia vs Argentina: Juara Dunia Bergelut Sebelum Tewaskan Indonesia

Indonesia vs Argentina: Selepas berjaya menewaskan Australia sebelum ini dalam satu aksi perlawanan persahabatan, juara dunia, Argentina bergelut untuk menewaskan Indonesia dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Jaringan Leandro Paredes pada separuh masa pertama dan Cristian Romero pada separuh masa kedua pastikan Argentina pulang selesa ke Amerika Selatan dengan rekod […]

Bomoh Hujan Beraksi Di Gelora Bung Karno Persediaan Hadapi Argentina

Dengan perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina bakal berlangsung pada malam ini, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu memastikan perlawanan hari ini berjalan lancar. Justeru, tidak hairanlah mereka turut memanggil bomoh hujan ke Stadium Gelora Bung Karno hari ini. Menurut laporan Pikiran Rakyat, Raden Roro Istiati Wulandari atau turut dikenali sebagai Rara Pawang Hijau dipanggil selepas hujan lebat […]

Erick Thohir Janjikan Bonus Jika Indonesia Berjaya Kekang Argentina

Aksi persahabatan Indonesia-Argentina bakal menjadi tumpuan ramai penyokong di Gelora Bung Karno esok. Dan bagi membakar semangat anak-anak buah Shin Tae-yong, Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir bersedia memberi bonus kepada mereka jika berjaya mengikat Albiceleste. Erick mengakui mencipta kemenangan ke atas anak-anak buah Lionel Scaloni dianggap satu misi mustahil. Tetapi jika Indonesia […]

Argentina Akan Turunkan Skuad Simpanan Hadapi Ancaman Indonesia

Ramai penyokong Indonesia tidak berpuas hati apabila Lionel Messi tidak akan menyertai skuad Argentina yang akan menentang Tim Garuda pada 19 Jun ini. Dan hal ini turut disahkan jurulatih Albiceleste, Lionel Scaloni dengan pasukan simpanan mereka bakal menjadi lawan pasukan bimbingan Shin Tae-yong itu. Keputusan ini mungkin menghampakan ramai penyokong dan pemain Timnas Indonesia. Tetapi […]

Argentina Mudah Atasi Cabaran Australia

Argentina memulakan perlawanan persahabatan pertama Asia mereka dengan bergaya. Ini selepas Albiceleste mengatasi cabaran Australia 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Pekerja, Beijing, China hari ini. Cubaan Australia untuk memberi tentangan awal kepada Albiceleste tidak berhasil apabila Lionel Messi menyumbat gol pertama perlawanan pada minit kedua. Gol yang dijaringkan dalam tempoh 80 […]

Lionel Messi Tidak Akan Beraksi Menentang Indonesia

Bintang Argentina, Lionel Messi dikhabarkan mungkin tidak akan beraksi bagi perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 19 Jun ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang media daripada Argentina, yang menyatakan bahawa Messi tidak akan terbang ke Indonesia, sebaliknya akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Australia.  “Beliau hanya akan bermain perlawanan pertama menentang Australia, yang mana dia […]

Tiket Perlawanan Indonesia-Argentina Habis Dijual Dalam 2 Minit

Sejak perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina diumumkan beberapa minggu lepas, ramai tak sabar mahu menonton perlawanan berkenaan di Gelora Bung Karno. Dan difahamkan, dalam tempoh dua minit, tiket perlawanan tersebut sudah habis dijual. Ini disebabkan sudah ramai yang menunggu mendapatkan tiket perlawanan Indonesia-Argentina secara dalam talian melalui platform Ticket.com. Mengikut laporan CNN Indonesia, lebih 500,000 orang berusaha […]

Hamidin: Brazil & Argentina Pelawa Malaysia Berentap

Dengan Indonesia bakal berentap dengan Argentina untuk aksi persahabatan pada 19 Jun ini, ramai penyokong tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak melakukan perkara sama. Tetapi menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, sebenarnya Harimau Malaya ada menerima jemputan daripada Argentina dan Brazil untuk aksi persahabatan. Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun berpandangan ini bukanlah masa […]

Jordi Amat Tak Sabar Nak Rantai Lionel Messi

Dengan perlawanan persahabatan Indonesia menentang Argentina bakal diadakan pada 19 Jun ini, ramai penyokong Indonesia tidak sabar menonton perlawanan itu. Bagi kapten Tim Garuda, Jordi Amat, ia satu perlawanan istimewa di mana dia berharap dapat merantai legenda Argentina, Lionel Messi. Sebelum berkelana ke banyak kelab termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Amat pernah beraksi untuk kelab […]

PSSI Bakal Kutip Lebih RM11 Juta Hasil Jualan Tiket Menentang Argentina

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bakal mengutip sekurang-kurangnya RM11 Juta hasil jualan tiket aksi persahabatan antara Indonesia menentang Argentina kelak. PSSI pada semalam telah mengumumkan senarai harga tiket bagi aksi persahatan antarabangsa tersebut. Perlawanan yang bakal diadakan di Gelora Bung Karno itu dijual pada tanda harga bermula Rp600 Ribu iaitu bersamaan RM185. Empat jenis kategori […]