Lionel Messi Ketuai Argentina Beraksi Di India

India bakal menerima kedatangan Argentina yang diketuai oleh bintang bola sepak dunia, Lionel Messi untuk satu aksi persahabatan di Kerala. Perkhabaran ini dikongsikan oleh Menteri Sukan Kerala, V Abdurahiman, dalam satu sidang media yang memaklumkan mengenai kehadiran bekas juara Piala Dunia itu serta Messi pada 2025. Tambah beliau, perlawanan tersebut bakal berlangsung dan dijalankan di […]

Jalil Elias Berbisa Di Argentina

Perancang tengah Syria, Jalil Elias mempamerkan impak berbisa di Argentina. Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua musim 2024/25. Bekas pemain San Lorenzo ini melengkapkan perpindahan ke JDT namun hanya diturunkan sekali dalam saingan Liga Super. Beliau pulang ke saingan di Argentina menyertai Velez Sarsfield dan terus […]

Messi Kecewa Dengan Keadaan Padang Di Venezuela

Legenda Argentina, Lionel Messi tidak berpuas hati dengan mutu padang Stadium Monumental selepas pasukan itu diikat Venezuela 1-1. Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan itu menyaksikan La Albiceleste pada awalnya mendahului menerusi bekas bek tengah Manchester City, Nicolas Otamendi. Walau bagaimanapun, La Vinotinto memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata menerusi rembatan bekas […]

Macam Main Atas Bendang, Perlawanan Venezuela vs Argentina Terganggu

Aksi tumpuan Venezuela vs Argentina sedikit terganggu dengan keadaan padang yang dipenuhi takungan air seakan bermain di atas bendang. Argentina hadir ke laman Venezuela dengan misi besar untuk bangkit mencatat kemenangan setelah tumpas 1-2 di tangan Colombia sebelum ini selain mengukuhkan tempat di tangga teratas. Walau bagaimanapun, hasrat Juara Piala Dunia 2022 ini tidak kesampaian […]

4 Keputusan Mengejutkan Aksi Kelayakan Piala Dunia Amerika Latin

Saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Amerika Latin menyaksikan berlaku kejutan membabitkan empat perlawanan. Pada Selasa, 10 buah negara Amerika Latin turun berentap dalam aksi kelapan Kelayakan Piala Dunia bagi memburu kedudukan enam terbaik untuk melayakkan diri ke Amerika Syarikat 2026. Daripada lima perlawanan tersebut, empat aksi melibatkan negara-negara pilihan seperti Brazil, Argentina, Uruguay […]

Indonesia Pamer Taring Malukan Argentina B-20

Skuad Indonesia Bawah 20 Tahun (B-20) mencipta kejutan dengan memalukan Argentina dalam aksi pertama Seoul On Earth Cup 2024. Seoul On Earth Cup merupakan kejohanan antarabangsa anjuran Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA). Kejohanan ini bertujuan membantu Korea Selatan bersedia menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada September ini. Selain Argentina […]

Argentina Jumpa Perancis Di Suku Akhir Sukan Olimpik

Argentina mara ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menundukkan Ukraine dalam aksi peringkat kumpulan pada semalam. Pemain tengah Argentina, Thiago Almada mencatat nama sebagai penjaring untuk jaringan pertama perlawanan sebelum Claudio Echeverri melengkapkan malam gemilang Argentina dengan gol kemenangan. Argentina mencatat kemenangan bergaya mengatasi Ukraine dengan keputusan 2-0. Kemenangan itu menjadikan skuad […]

Sukan Olimpik: Argentina Bangkit Tewaskan Iraq

Skuad Argentina menghidupkan peluang layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 apabila menewaskan wakil Asia Barat, Iraq. Selepas tewas 2-1 kepada Maghribi dalam aksi pertama Kumpulan B, La Albiceleste wajib menang ke atas Iraq jika ingin layak ke suku akhir. Sementara Iraq pula menyimpan hajat ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Ukraine 2-1. Bek tengah veteran, […]

Sukan Olimpik: Keputusan Aksi Maghribi & Argentina Dibatalkan

Aksi pembukaan peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan Olimpik 2024 diselubungi kontroversi membabitkan perlawanan Maghribi dan Argentina. Maghribi pada awalnya mendahului menerusi dua jaringan yang disumbangkan penjaring terbanyak Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/24, Soufiane Rahimi. Argentina kemudiannya merapatkan jurang menerusi Giuliano Simeone. Apabila perlawanan menghampiri penghujung tempoh masa tambahan selama 15 minit, La Albiceleste menyangka […]

Sukan Olimpik: Maghribi Malukan Argentina

Skuad Maghribi Bawah 23 Tahun (B-23) mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik 2024. Argentina berharap dapat meraih kemenangan sebagai pembuka jalan untuk kempen cemerlang di peringkat kumpulan. Sementara Maghribi pula mahu tampil cemerlang selepas layak ke Olimpik buat kali pertama sejak temasya 2012. Peledak […]

Copa América: Argentina Muncul Juara, Ulangi Pencapaian 2021

Lionel Messi membantu Argentina bergelar juara Copa America buat kali ke-16 apabila menewaskan Colombia di pentas final edisi 2024. Argentina berharap dapat bergelar juara buat kali ke-16 sebagai hadiah perpisahan kepada Angel Di Maria yang akan bersara selepas kejohanan. Sementara Colombia pula memburu gelaran juara buat kali pertama sejak edisi 2001. Messi terus diberi kepercayaan […]

Lionel Messi: Ini Pertarungan Terakhir Saya

Legenda Argentina, Lionel Messi mengakui tempohnya beraksi di pentas bola sepak elit antarabangsa semakin menghampiri ke penghujung. Penyerang veteran Inter Miami mengetuai kemaraan La Albiceleste ke final Copa America 2024 selepas menewaskan Kanada 2-0 di peringkat separuh akhir. Penyerang muda Manchester City, Julian Alvarez membuka tirai jaringan La Albiceleste pada minit ke-22. Messi melengkapkan kemenangan […]

Copa America: Lionel Messi Pimpin Argentina Ke Final, Tumbangkan Kanada

Juara dunia tiga kali Argentina bermandi peluh menewaskan Kanada untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat akhir Copa America 2024 di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey. Selepas berjaya mara ke separuh akhir buat kali pertama, Kanada berharap dapat mengejutkan La Albiceleste untuk tiket final. Sementara Argentina memburu tiket perlawanan akhir buat kali ke-30 dalam sejarah kejohanan. […]

Copa America: Messi Buat Hal, Argentina Harapkan Penalti Layak Separuh Akhir

Argentina menghela nafas lega apabila berjaya mara ke separuh akhir Copa America 2024. Kejayaan itu dicapai La Albiceleste dengan mengatasi Ecuador menerusi penentuan sepakan penalti. Argentina berharap dapat mara ke separuh akhir sekaligus mencerahkan peluang bergelar juara buat kali ke-16. Sementara Ecuador pula berharap dapat mencipta kejutan ke atas juara dunia itu. Legenda Argentina, Lionel […]

Copa America: Magis Lautaro Martinez Pimpin Argentina Tundukkan Peru

Argentina mengesahkan kemaraan ke suku akhir Copa America 2024 selaku juara Kumpulan A apabila menewaskan Peru di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida hari ini. La Albiceleste hanya perlu seri atau menang dengan La Rojiblanca untuk bergelar juara kumpulan. Sementara Peru pula melihat perlawanan hari ini sebagai peluang terakhir meraih kemenangan dalam saingan Copa America […]

Man United Buru Khidmat Pemenang Piala Dunia 2022

Manchester United kini menunjukkan minat terhadap khidmat pemain Argentina yang membantu negaranya merangkul Piala Dunia 2022 di Qatar dua tahun lalu. Masa depan Paulo Dybala yang merupakan pemain tengah menyerang bersama pasukan AS Roma masih samar walaupun pemain tersebut masih berbaki kontrak selama setahun lagi. Dybala dilaporkan mahu memperbaharui kontrak bersama AS Roma memandangkan pemain […]