AFC Asian Cup: Pemain Vietnam Bertindak Ganas, Siku Muka Jordi Amat

Disebalik kemenangan tipis Indonesia ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan D Piala Asia 2023 semalam, beberapa insiden kekasaran yang dilakukan pemain Vietnam menjadi perhatian ramai. Dalam satu video yang dikongsikan MakanBola Indonesia, beberapa insiden kekasaran dapat dirakam kamera. Antaranya ialah insiden sikuan terhadap pemain pertahanan, Jordi Amat. Kekasaran ke atas Jordi Amat itu berlaku dalam […]
AFC Asian Cup: “Indonesia Menang Kerana Kesilapan Kecil” – Philippe Troussier

Kesilapan kecil yang dilakukan pemain Vietnam telah menghadiahkan kekalahan kedua Vietnam dalam saingan Piala Asia 2023 ini. Itu merupakan perkara yang bermain di dalam fikiran jurulatih Vietnam, Philippe Troussier selepas menyaksikan anak buahnya terpaksa akur tewas dengan jaringan penalti Asnawi Mangkualam. “Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini. Ia adalah perlawanan berkualiti tinggi di mana keputusan […]
AFC Asian Cup: Netizen Malaysia Sambut Baik Kemenangan Indonesia, Mohon Doa Kemenangan Malaysia Pula

AFC Asian Cup: Kemenangan Timnas Indonesia berdepan jaguh Asia Tenggara, Vietnam semalam telah mengetuk pintu hati netizen Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada rakan serumpun itu. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya bangkit selepas ditundukkan oleh Iraq dengan keputusan 3-1 tempoh hari. Kemenangan menerusi gol tunggal kapten pasukan, Asnawi Mangkualam sudah cukup untuk memastikan harapan Sang Garuda […]
AFC Asian Cup: Jepun Buktikan ‘Andre Onana’ Wujud Di Piala Asia

Penjaga gol skuad kebangsaan Jepun, Zion Suzuki telah melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya dalam saingan Piala Asia 2023 hinggakan dirinya disamakan dengan penjaga gol Manchester United, Andre Onana oleh pemerhati bola sepak. Dua aksi awal Jepun menyaksikan Zion Suzuki telah dibolosi empat jaringan iaitu dua jaringan ketika menang 4-2 ke atas Vietnam dan dua […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Bahrain vs Malaysia (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Bahrain bakal menjadi lawan kedua Malaysia apabila kedua-dua pasukan akan bertemu bagi aksi penting di Qatar malam ini. Saksikan Live Now Skuad bimbingan Kim Pan-gon kehilangan mata penting FIFA selepas tewas 4-0 di tangan Jordan. Ketua jurulatih negara itu juga optimis untuk kembali bangkit namun mahu anak buahnya terus mengekalkan identiti berdepan […]
AFC Asian Cup: Shahrul Saad Anggap Aksi Bahrain Sebagai Hidup Dan Mati

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad menganggap aksi kedua Malaysia bertemu Bahrain dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023 sebagai perlawanan hidup dan mati. Hanya dengan kemenangan mampu mencerahkan peluang Malaysia mara ke pusingan 16 terakhir selepas tewas besar 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama. “Sudah tentu perlawanan esok merupakan misi hidup mati buat kami. […]
AFC Asian Cup: Kesilapan Jalil Elias Buat Syria Merana

Kesilapan yang dilakukan oleh perancang tengah Syria, Jalil Elias makan diri selepas Australia berjaya mencatatkan kemenangan untuk melangkah ke pusingan kalah mati. Pemain berusia 27 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dan menbentuk gandingan yang akat baik pada babak pertama bersama Ezequiel Ham untuk menamatkan saingan 45 minit tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, bekas […]
AFC Asian Cup: Iran ‘Berpeluh’ Atasi Hong Kong

Iran berjaya menumbangkan ego Hong Kong dalam aksi penuh menarik di saingan kumpulan C AFC Asian Cup. Iran yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan dengan aksi bertenaga Hong Kong di awal permainan yang hampir-hampir membuka tirai jaringan menerusi Everton Camargo. Tersentak, Iran terus merencana serangan dan berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan selepas tendangan leret Mehdi […]
Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Malaysia bakal membuat perhitungan hidup dan mati apabila turun menentang Bahrain dalam aksi kedua peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023 pada hari Sabtu. Harimau Malaya wajib mencatatkan kemenangan dalam menghidupkan sisa-sisa perjuangan mereka dalam kempen Piala Asia ini setelah dibedil Jordan 4-0 dalam aksi pembukaan tempoh hari. Berdasarkan hipotesis awal, tiada perbezaan besar di antara […]
AFC Asian Cup: Iraq Pamer Watak Hebat Kejutkan Jepun

Aksi Kumpulan D kempen Piala Asia AFC 2023 hari ini pertembungan antara pasukan Iraq dan Jepun. Skuad kendalian Jesus Casas sudah pasti menurunkan barisan yang terkuat demi meneruskan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Indonesia pada aksi pertama Kumpulan D empoh hari. Iraq memulakan perlawanan dengan garang apabila pada minit awal permainan pemain Iraq Aymen Hussein […]
Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Catat Unjuran Positif, Hampiri Kedudukan Terbaik 19 Tahun Lalu

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia memperoleh peluang untuk menambah mata penting FIFA berdepan jaguh Timur Tengah, Bahrain bagi aksi kedua peringkat kumpulan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon melalui kempen yang cemerlang di Kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pembukaan. Harimau Malaya kini berada pada landasan terbaik untuk kembali memungut mata FIFA selepas […]
AFC Asian Cup: “Kenapa Perlu Ubah? Ini Cara Malaysia Bermain” – Kim Pan-gon

AFC Asian Cup: Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yakin pasukannya bakal tampil dengan mentaliti berbeza namun kekal dengan percaturan sama berdepan Bahrain bagi aksi kedua peringkat kumpulan. Pengendali berusia 54 tahun itu dalam sesi sidang media berkata bahawa pasukan sedang melakukan persiapan terbaik selepas menerima tamparan hebat selepas tewas 0-4 kepada Jordan. Beliau telah pun […]
AFC Asian Cup: Beraksi Lawan Indonesia Ibarat Final, Kata Jurulatih Vietnam

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier membayangkan aksi pasukan kendaliannya menentang Indonesia dalam aksi kumpulan D AFC Asian Cup bakal menjadi perlawanan yang sengit. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan berkata, anak-anak buahnya akan turun berjuang habis-habisan untuk menewaskan Indonesia dan layak ke pusingan seterusnya. “Pemain Vietnam akan memasuki permainan (menentang Indonesia) dengan semangat juang, […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Vietnam vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan antara dua wakil Asia Tenggara, Vietnam dan Indonesia menjadi tumpuan peminat bola sepak rantau ini. Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong tidak akan melihat kepada rekod pertemuan lalu apabila Indonesia menentang Vietnam Jumaat ini. Dalam empat pertemuan dengan Vietnam sejak mengemudi Indonesia, mereka merekodkan dua seri dan dua kekalahan tetapi bekas […]
AFC Asian Cup: Australia Hadapi Laluan Berliku Tewaskan Syria

Australia meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya menghadapi laluan yang berliku menewaskan Syria pada perlawanan Kumpulan B Piala Asia 2023 sebentar tadi. Aksi yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bermula garang, apabila saling berbalas serangan dalam memburu gol awal. Peluang yang dibuka pertahanan Australia hampir mengembirakan peminat Syria pada […]
AFC Asian Cup: “Saya Merasakan Ini Tahun Terakhir Saya” – Shahrul Saad

Fokus pasukan dan disiplin di antara para pemain akan menjadi faktor utama yang dapat meringankan tekanan Harimau Malaya berdepan Bahrain menjelang aksi kedua peringkat Kumpulan E, Piala Asia 2023 Sabtu ini. Tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad mengakui pasukan Bahrain beraksi lebih cemerlang daripada pasukan Jordan. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat pasukan, beliau pastu Malaysia akan […]